05, has gone

19 4 15
                                    

"kebahagiaan musnah disebabkan satu orang yang dengki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"kebahagiaan musnah disebabkan satu orang yang dengki. "





































Warning!
blood, or something sensitive like that.










































Happy reading









































"ABANG! ABANG BUAT APA NI?!! ABANG DAH GILA KER?! " jerit Ahmad. Mukanya sudah kemerahan menahan amarah melihat kegilaan abang iparnya.

Syahfri yang mendengarnya hanya berdecik. Dia meletakkan bayi itu di sebelah Humayrah yang sudah menjadi mayat yang mengerikan itu dengan berhati-hati. Seolah-olah tidak mahu mengejutkan bayi itu daripada tidurnya.

"kau ni bisinglah. Kau tak nampak ker anak ngan bini aku tengah tidur?! " tegasnya. Diambil pisau tadi yang dicampaknya, kemudian mendekati mereka bertiga yang masih berada di depan pintu.

"kalau kau nak berbincang, kita berbincang kat luarnya. " kata Syahfri dengan tenang sambil meletakkan tangan yang disaluti darah dan sesetengahnya sudah kering memegang bahu Ahmad, menolaknya dengan lembut supaya mereka dapat berbincang di luar dan tidak mengganggu tidur anaknya.

"kau jangan sentuh aku lah syaitan! " Ahmad terus menarik tangan Syahfri supaya tidak memegang bahunya dengan tangan jijik itu. Tangan yang penuh darah kakaknya.

Syahfri yang mula merasakan dirinya ditindas mengangguk faham sambil mengangkat tangannya menandakan dia tidak akan memegang Ahmad lagi.

"sepatutnya aku dengar cakap kakak Hanis. Aku tak sepatutnya percaya orang luar macam kau! " ujar Ahmad dengan sinis. Sambil menunjuk-nunjuk Syahfri dengan pandangan yang jijik.

Syahfri yang tidak tahan dihina begitu apalagi berkaitan yang dia masih dianggap orang luar. Terus dia menarik baju Ahmad. Mencuba untuk menusuknya tapi sempat dihalang oleh Ahmad yang memang tangkas dalam seni mempertahankan diri.

Di elaknya pisau itu dan memukul titik kelemahan tangan Syahfri supaya pisau itu dapat dilepaskan, dan itu berhasil.

Ahmad terus menumbuk muka Syahfri dari arah kanan menyebabkan kepala Syahfri terteleng dan tersungkur hingga pinggangnya terkena bucu meja di situ. Syahfri mengerang kesakitan bersama dengan amarahnya kembali.

Ahmad yang melihat Syahfri tersungkur terus memandang belakang. Memandang Huda dan Amar yang masih di pintu dan tidak melakukan apa-apa pun.

"Alang! Call polis sekarang! Amar tolong aku ikat iblis ni! " Huda mengangguk mendengar arahan itu. Diambil telefon yang berada dalam beg dengan tangan terketar-ketar. Sementara Amar ingin memdekati terhenti apabila-

PAY BACK √Where stories live. Discover now