Sebaik sahaja Farid masuk ke dalam bangunan itu, dia terus melutut. Rafiq merenung tajam ke arahnya.
“Maafkan kami boss! Rayyan ada dengan Delya sepanjang perancangan kita nak culik Delya, jadi.. Kami tak dapat culik dia.” dia cuba beranikan diri untuk memberitahu kebenaran.
“Arghh!” jerit Rafiq.
“Kalau macam tu, kita tukar plan.” ujar Rafiq yang masih dalam kemarahan. Mereka hanya memasang telinga untuk mendengar plan seterusnya.
________________________
“Tengku, boleh ikut kami ke balai?” Delya yang baru keluar dari galerinya sudah dikerumun oleh tiga orang polis.
“Kenapa?” soal Delya, sedangkan hatinya sedang menahan rasa takut.
“Tentang kes Zeff Wadi..” jawab Faiz.
“Saya rasa Rayyan dah bagitahu semuanya, yang saya bukan pembunuh sebenar!”
“Maafkan kami cik, tolong beri kerjasama.” baru sahaja polis itu hendak memaksa dia untuk masuk ke dalam kereta, dia merelakan diri sahaja. Dia tidak suka dipaksa.
Tiba sahaja di balai polis, Tuan Jaffar mendekati Tengku Delya. Delya sudah takut, takut dimasukkan penjara.
“Tengku? Silakan duduk.” Delya mengeluh berat, tapi dia akur sahaja arahan polis itu.
“Kenapa? Ada bukti yang mengatakan saya bunuh Zeff Wadi?” soal Delya tidak puas hati. Iyalah, polis selagi tiada bukti yang kukuh, selagi itulah dia menyiasat.
“Sorry to say, tapi ada.” Delya terkejut mendengar jawapan dari polis itu. Bagaimana bukti boleh ada sedangkan dia tidak melakukan apa–apa.
“Encik, encik fikir semua ni logik ke? Sebabkan saya tak suka Zeff Wadi tu. Tak adalah sampai tahap membunuh!” suaranya ditinggikan, lalu dua orang polis menghampiri mereka. Tuan Jaffar hanya mengangkat tangan tanda tidak perlu.
“Maafkan kami tengku, kami perlu soal siasat tengku lebih lagi. Sila beri kerjasama.” ujar Tuan Jaffar.
“Tengku dah kenal Rafiq sejak bila?”
“Saya tak kenallah Rafiq tu!” dia cuba membela dirinya dengan penipuan kecil.
“Tengku, saya ni belum bodoh lagi. Sebelum tengku jawab soalan ni, saya dah siasat semuanya. Saya nak dengar kejujuran dari tengku je sekarang.”
Delya mengeluh berat. “Ya, saya kenal Rafiq tu. My ex, and bekas tunang.” balas Delya.
“Lepas tu, kenapa tengku putus dengan dia?”
“Sebab something, I can't tell you.”
Tuan Jaffar mengeluh. “Apa yang membuatkan awak putus dengan dia. Itu soalan susah ke?” Soal Tuan Jaffar.
“Dia sebenarnya..” belum sempat Delya menjawab, dia terdengar derapan kaki yang agak kuat menghampirinya.
“Tuan, saya dah kata Delya bukan pembunuh sebenar!” Rayyan menengking Tuan Jaffar. Dia sangat marah apabila ketua polis itu tidak mempercayai kata–katanya.
“Suhaimi dah jumpa bukti, senjata pada hari kejadian ada cap Jari Tengku Delya.” terang Tuan Jaffar. Dia bukan saja–saja menuduh gadis itu, tetapi disebabkan dia sudah menjumpai bukti.
“Maksudnya ni semua kerja si Suhaimi tu! Mana dia?” yang lain hanya menggeleng tidak tahu.
“Delya, awak ikut saya balik.” baru sahaja tangannya ingin mencapai tangan Delya, Tuan Jaffar pantas menghalang.
“Rayyan, jangan masukkan emosi dalam kes–kes macam ni. Kami cuma nak tahu apa hubungan dia dengan suspek pertama. Saya harap, awak dapat berundur buat masa sekarang.”
“Hah! Tuan, Delya adalah isteri saya. Tuan tak ada hak nak suruh saya berundur dari kes ni. Tuan nak saya tengok isteri saya masuk jail ke?” Rayyan merengus geram. Kalau dia berundur, entah apa yang bakal terjadi.
“Sebab tu saya kata berundur, kalau isteri awak dah memang bersalah, awak masih nak mempertahankan dia?” soal Tuan Jaffar dengan muka serius.
“Saya dah kata, isteri saya tak ada kena mengena dalam kes ni. Kenapa tuan tak tangkap suspek pertama? Takut? Takut kena bunuh?!”
Belum sempat ketuanya menjawab soalan tersebut. Dia terus menarik Delya keluar dari balai.
Delya memandang suaminya yang sedang memandu, perasaanya sudah bercampur baur. Kasihan ada, gerun pun ada.
“Awak.. saya nak minta maaf.”
“Awak tak salah apa–apa, diorang yang salah. Dah memang jadi tanggungjawab saya untuk pertahankan awak. Lagipun saya percaya, awak takkan buat perkara macam tu.” ujar Rayyan, dia memang tidak pernah menyalahkan gadis itu.
Delya hanya memberi senyuman nipis, walaupun dalam hatinya sedang terseksa di saat itu.
YOU ARE READING
JODOH UNTUK TENGKU DELYA
RomanceGenre : Romance, Humor & Crime Satu percintaan yang sudah lama dijalinkan, tiba-tiba sahaja mereka putus sehari sebelum perkahwinan disebabkan rahsia yang disimpan oleh ibubapa mereka. Tengku Delya pasrah dengan takdirnya, tapi tidak pada Rafiq. Di...