“Hah, ada apa kau nak jumpa aku?” tegur Rafiq sebaik sahaja nampak kelibat Hidayah.
“Diorang dah jumpa bukti yang kukuh, dan akan tarik tuduhan yang Delya bunuh Zeff Wadi.” jawab Hidayah.
Rafiq mendengus geram. “Kau tak reti buat kerja elok–elok ke?!” tengking Rafiq.
“Aku ni pendakwa, bukannya pegawai polis, Hakim atau detektif. Aku hanya ikut arahan yang dibagi!” Tengking Hidayah pula.
“Aku nak.. Delya dapat gelaran pembunuh walaupun dia dah mati..” kali ini anak mata milik Hidayah bergerak sedikit. Dia mulai gerun. Sekarang ini dia sedang berhadapan dengan pembunuh.
“Yang penting, aku dah masukkan Delya dalam penjara. Dan salah siapa yang jadikan kes ni macam ni? Kaulah! Kau yang lepaskan Delya!” dia cuba memberanikan diri.
“Tugas kau yang sebetulnya, kekalkan gelaran pembunuh tu dekat Delya. Kau ni, kalau tak reti buat kerja baik mati!” tengking Rafiq lagi.
Hidayah terus melutut. Dia tidak boleh mengawal ketakutannya lagi.
“Kenapa? Takut aku bunuh kau?” soal Rafiq, dia tersenyum sinis.
“Ak.. Aku taknak terlibat dah. Tolong lepaskan aku..” Rayu Hidayah, air matanya mula mengalir.
“Boleh, bagi balik duit yang aku bagi dekat kau. Dan tutup mulut kau, jangan bocorkan rahsia ni.”
Hidayah mengangguk laju. Dia terus berjalan laju meninggalkan tempat itu. Sesekali dia mengesat air mata yang mengalir deras.
_______________________
“Tahniah Rayyan, akhirnya awak berjaya buktikan yang dia tak salah.” ucap Tuan Jaffar. Rayyan hanya tayangkan senyuman hambar.
“Habis tu tuan, kalau Delya dijumpai nanti, dia tetap kena soal siasat ke?” soal Rayyan.
“Tak, dia sudah difitnah berulang kali. Tapi bila semua tuduhan ditarik balik. Delya tidak perlu disoal siasat lagi. Jangan risau, kami akan cari isteri kamu sampai jumpa.” balas Tuan Jaffar.
_______________________
“Delya.. Delya..” panggil Haris, namun tiada sahutan.
Dia pergi ke dapur, dilihatnya Delya sedang membaca satu surat khabar sambil air matanya mengalir deras. Haris mendekati gadis itu.
“Kenapa?” soal Haris.
“Dia bunuh abang aku..” balas Delya sambil tangannya sudah mengempal penumbuk.
“Ini.. Abang kau?” Soal Haris tidak percaya. Delya mengeluh berat, air mukanya sudah bertukar menjadi serius.
“Abang aku, sanggup dia bunuh abang aku!” ujar Delya sebelum mengambil pisau yang berada di hadapannya.
“Del.. Delya, kau nak buat apa?!” Haris mula menggelabah apabila gadis itu memegang pisau.
“Aku nak bunuh dialah!” tengking Delya, lalu dia meneruskan langkah untuk keluar dari rumah itu. Belum sempat dia keluar, Haris memeluknya dari belakang.
“Please.. Letak pisau tu.. aku merayu..” dia cuba bercakap sehabis dengan Delya supaya Delya kembali waras.
“Dia bunuh abang akulah!” Delya meronta–ronta minta dilepaskan. Haris memeluk gadis itu sekuat mungkin.
“Iya, tolonglah letak pisau tu. Bukan sekarang masanya untuk kau balas dendam. Please Delya..” Delya cuba merenggangkan pelukan itu. Dia sangat terdesak untuk membunuh si Rafiq.
“Lepaslah!” air matanya mula mengalir. Namun Haris masih belum melepaskan pelukan itu, dia tahu, gadis itu belum kembali waras.
“Sabarlah, kau fikir dengan cara macam ni, akan selesai ke semuanya? Apa perasaan abang kau bila kau pulak masuk jail nanti?” dia cuba menasihati gadis itu.
“Lepaslah..” makin dia meronta–ronta, makin kuat pelukan Haris. Dia juga sebak melihat gadis itu begitu.
YOU ARE READING
JODOH UNTUK TENGKU DELYA
Любовные романыGenre : Romance, Humor & Crime Satu percintaan yang sudah lama dijalinkan, tiba-tiba sahaja mereka putus sehari sebelum perkahwinan disebabkan rahsia yang disimpan oleh ibubapa mereka. Tengku Delya pasrah dengan takdirnya, tapi tidak pada Rafiq. Di...