“Abang Haz, abang Haz, abang Haz..” seorang lelaki datang menghampiri Tengku Delya yang masih terbaring di sebuah rumah usang itu.
“Bila kau nak bangun perempuan?” soal lelaki itu, dia terus mengelap wajah Tengku Delya dengan kain basah.
15 hari sebelum..
Haris sedang berjalan di pinggir laut, tiba–tiba terlihat seorang gadis sedang terlantar di pinggir laut itu, cepat–cepat dia mendapatkan gadis itu.
“Anak Tengku Hadi?” dia terkejut, lalu dia memeriksa nadi tengku Delya yang sudah pengsan itu.
“Hidup lagi? Haih, macam mana kau boleh ada dekat sini? Disebabkan jasa ayah kau, aku akan selamatkan kau.” Haris terus mengangkat tubuh kecil itu lagi digendongnya di belakang.
FLASHBACK TAMAT
“Abang Haz!” tengku Delya terus bangun dari tidurnya yang lama. Haris agak terkejut, namun dia cuba membuat reaksi wajah bersahaja.
“Kenapa?” soal Haris.
“K.. Kau siapa?!” Delya cuba menjauhkan dirinya dari lelaki asing itu.
“Tak kenang budi, aku dah selamatkan kau. Kau anggap aku macam pembunuh pulak!” Haris terus bangun lalu meninggalkan gadis itu.
Delya kaku, siapakah lelaki itu? Sudah semestinyalah dia anggap seperti pembunuh, sudah tak kenal.
Dia melihat susuk tubuh lelaki itu yang makin menjauh. Dia buntu, adakah dia di alam lain. Bukan dia sudah ditolak ke laut ke?
Haris meraup kasar wajahnya, dia memandang gadis itu dari jauh. Ada riak tidak puas hati diwajahnya.
__________________
“Nah makan, ini je yang aku mampu.” dia memberi maggi berperisa kari itu pada Tengku Delya.
Delya hanya memandang makanan di hadapannya, langsung tidak terasa untuk menyentuh makanan itu.
“Makanlah.. karang kau mati, aku jugak yang susah.” kata Haris.
“Kau orang Rafiq kan?” soal Delya, dia merenung tajam ke arah lelaki itu. Haris mengeluh kecil, kemudian dia bertentang mata.
“Aku tak kenal sesiapa, kau ingat aku ni orang yang bersosial ke? Siapa Rafiq tu?” Soal Haris pula.
“Rafiq hantar kau supaya kau boleh bunuh aku lagi kan? Sebab aku tak mati kan?” ujar Delya sambil tersenyum sinis.
Haris merengus geram, dari tadi dia dituduh macam–macam. Dia mula merapati gadis itu yang membuatkan Tengku Delya tersentak sedikit.
“Kau taknak berterima kasih ke dengan aku? Aku dah selamatkan kau, macam–macam pulak kau tuduh aku.” dia berbisik pada telinga Delya. Cepat–cepat Delya menjauhkan dirinya.
Delya berfikir sejenak, kemudian dia bersuara semula. “Aku takkan percayakan kau selagi kau tak ajar seni pertahankan diri.” ujar Delya dengan yakin.
“Aku belum bodoh lagi, suka hati kaulah nak percaya ke tak.” balas Haris.
“Aku mesti belajar seni pertahankan diri, tolonglah aku.” Delya melutut.
Haris memandang gadis itu, kemudian dia bersuara. “Aku tak tahu seni pertahankan diri. Tak payah merayu lagi.” balas Haris.
“Lagipun, buat apa kau nak belajar semua tu? Nak balas dendam?” soal Haris.
Delya bangun dari melutut. Mata lelaki itu ditenungnya sehingga nak tembus dibuatnya.
“Kau pernah bunuh orangkan?” soal Delya.
Haris tersentak, soalan apa yang dibagi itu?
“Aku tak pernah bunuh orang, kenapa? Kau nak belajar seni pertahankan diri untuk bunuh orang ke? Aku takkan ajar.” sewaktu Haris ingin berlalu pergi dari situ, bajunya ditarik lembut oleh Tengku Delya.
“Aku cuma nak belajar seni pertahankan diri. Tolonglah aku..” Gadis itu merayu.
“Aku akan bawa kau keluar dari tempat ni.”
“Taknak, aku takkan keluar dari tempat ni selagi aku belum kuat. Aku hampir mati, kalau aku keluar, belum tentu aku hidup.” balas Delya.
Akhirnya Haris terdiam, ada rasa simpati dalam hatinya apabila mendengar kisah gadis itu. Walaupun luarnya nampak kasar, sebenarnya dia tidak seteruk mana.
*Sorry guys for the late update. In Shaa Allah esok kita akan publish lagi 10 chap atau terus habiskan sampai bab 60. Tq for reading!
YOU ARE READING
JODOH UNTUK TENGKU DELYA
RomanceGenre : Romance, Humor & Crime Satu percintaan yang sudah lama dijalinkan, tiba-tiba sahaja mereka putus sehari sebelum perkahwinan disebabkan rahsia yang disimpan oleh ibubapa mereka. Tengku Delya pasrah dengan takdirnya, tapi tidak pada Rafiq. Di...