BAB 37

106 6 0
                                    

“Pendakwa Hidayah.. Kau tahu yang kau hampir gagalkan?” soal Rafiq sebaik sahaja gadis itu datang ke bengkelnya.

“Aku tahu, tapi aku belum gagal. Misi aku sekarang, jangan bagi Tengku Delya terlepas, betul tak?” balas Hidayah sambil berpeluk tubuh. Matanya merenung anak mata Rafiq tanpa rasa gementar.

“Hah, ingat. Kalau dia terlepas, siap kau.” Rafiq memberi amaran. Hidayah hanya mengangguk kepala sambil mengangkat keningnya.

“Duit aku mana?” soal Hidayah.

“Ingat, kau berjaya, kau dapat duit. Kau gagal, kau dapat hukuman.” pesan Rafiq lagi.

Hidayah mengeluh berat sambil menayangkan wajah meluatnya.

“Lagi satu, kau kena tutup mulut tak kira apa terjadi, and kalau kau tengok Tengku Delya dah hilang, maksudnya tu kerja aku. Kau hanya perlu diamkan diri, aku sorang je boleh lepaskan dia.”

“Okay.” Hidayah membalas sepatah dan terus keluar dari bengkel itu.

“Zeff Ammar..” dia berbicara sendirian.

“Aku terlalu baik dengan kau, aku tak patut ambil mudah je haritu, patutnya aku bunuh kau sekali!” meja dihadapannya dihentak kuat.

_______________

“Mak.. Rid tahu, apa yang Rid buat ni salah. Tapi, Rid tak boleh terima kenyataan yang kes mak ditutup macam tu je. Semuanya disebabkan binatang si Rafiq tu! Mak, Rid akan balas dendam untuk mak, mak duduk rehat je dekat sini.” Dia memujuk tubuh dihadapannya yang sedang terbaring di atas katil. Sudah seperti mayat hidup dilihatnya.

Dia melihat sekujur tubuh badan yang tidak bergerak itu, sesekali dia mengesat air mata yang mengalir. Dia menjadi orang–orang Rafiq kerana dendam, dendam yang besar.

___________________

“Encik Zeff, ada orang nak jumpa.” kata Raihana.

“Masuk.”

Lelaki itu terus masuk ke dalam bilik itu, Zeff Ammar mendongakkan kepalanya untuk melihat orang di hadapannya.

“Jadi, awak ada kes apa?” soal Zeff Ammar.

“Aku nak jadi saksi dekat kes pembunuhan Zeff Wadi.” kata lelaki itu, atau namanya Farid.

Dahinya terus berkerut sebaik sahaja mendengar nama adiknya, Zeff Wadi. “Ehem.. macam mana awak boleh melihat kejadian itu? Bagaimana rupa suspek?” soal Zeff Ammar.

“Aku kerja untuk dia, orang yang bunuh tu adalah boss aku, Rafiq.” sekali lagi Zeff Ammar terkejut, dia memandang wajah orang dihadapannya.

“Maksud awak.. awak adalah orang Rafiq? Kenapa tiba–tiba awak datang sini, awak tahukan awak juga boleh ditangkap kerana bersubahat.”

“Aku bukan bersubahat!” meja Zeff Ammar di hentak kuat. Rambutnya ditarik kasar.

“Kau abang dia kan? Kau nampak ke aku masa Rafiq bunuh adik kau? Kau nampak ke?!” dia menengking Zeff Ammar sekali lagi.

Zeff Ammar menarik kemudian menghela nafas panjang. Susah juga berurusan dengan penjenayah ni.

“Ceritakan pada saya, supaya saya dapat faham keseluruhan ceritanya.” Zeff Ammar cuba memujuk lelaki itu.

Farid meraup kasar wajahnya sebelum dia memulakan penerangan. “Aku lalu dekat dengan bilik Zeff Wadi kena bunuh, lepas tu aku dengar bunyi pelik. Bila aku tengok, ada dua orang lelaki duduk dekat kerusi. Lepas tu Rafiq bunuh orang sebelah kau, Zeff Wadi.” Zeff Ammar mengeluh kecil.

“Tapi kau yang tangkap dia?” suaranya bertukar menjadi dingin.

“Aku tak masuk campur masa tu, bukan aku yang tangkap dia. Aku memang ada hal masa tu. Sumpah!” dia mengangkat tangannya.

“Tapi kau sedar tak kau bekerja dengan Rafiq sekarang ni, kalau dia masuk penjara, selepas dia adalah kau. Sebab kau pun adalah penjenayah.” balas Zeff Ammar.

“Argh!! Aku tak kesahlah! Asalkan dia terseksa, baru aku puas!” dia mula mengamuk. Memikirkan lelaki itu membuat dia naik gila.

“Kau fikir penerangan sebagai seorang saksi ni mudah? Kau kena bagitahu semuanya, semuanya yang benar. Kau berani?” soal Zeff Ammar.

Farid melepaskan senyuman hambar, “Kau fikir aku tak berani? aku penjenayahlah. Aku tak kesahpun. Aku boleh je bagi penerangan semua pasal aku, lagipun mak aku dah nak mati. Lepas sumbat Rafiq dalam penjara, baru aku aman. Tak kesahlah kalau aku masuk penjara sekalipun.” kata Farid.

“Baiklah kalau macam tu, tak ada udang di sebalik batu kan?” soal Zeff Ammar.

“Hah, kau fikir aku jadi jahat tak bersebab ke? Aku jadi macam ni bersebab. Aku tak akan jadi anjinglah. Aku betul–betul nak dia merana, kalau boleh aku nak bunuh dia!” bentak Farid.

“Jangan bunuh dia, serahkan semuanya pada aku dan pihak polis.” larang Zeff Ammar, Farid memberi pandangan tidak puas hati.

_________________________

“Sayang.. awak okay tak?” soal Rayyan apabila melihat isterinya seperti kemurungan di dalam penjara itu.

“Saya nak keluar, kenapa semua benda ni jadi dekat saya..” meleret sahaja dia membalas, sambil itu dia mula menyeka air mata yang mula mengalir.

Rayyan memusingkan badannya menghadap Faiz. Dia menghulurkan tangannya, Faiz faham akan bahasa isyarat itu lalu menyerahkan kunci untuk membuka pagar itu.

“Sayang.. Ini hari terakhir sayang dekat balai, lepas tu sayang akan dipindahkan ke penjara.” dia memujuk isterinya dengan suara yang sudah sehabis lembut.

“Penjara? Berapa lama saya dekat sana?” Soal Delya sambil mengeluh kecil.

“Lima hari..? Ataupun, semuanya boleh berubah kalau diorang nak cepatkan perbicaraan mahkamah.” balas Rayyan, tangan isterinya langsung tidak dilepaskan.

“Awak.. Boleh tak lepaskan saya, lepas saya dah bunuh Rafiq, saya janji akan..” Rayyan tidak menyangka isterinya akan berkata begitu, terus memeluk isterinya.

“Sayang.. tolong jangan berniat langsung untuk bunuh orang. Saya merayu sangat..” pelukan itu dilepaskan kasar oleh Delya.

“Awak.. saya dah tak ada harapan untuk keluar dari penjara.. Jadi tolong izinkan saya bunuh Rafiq tu..” dia menangis teresak–esak. Rayyan menariknya kembali ke dalam pelukannya. Kepala isterinya diusap beberapa kali.

JODOH UNTUK TENGKU DELYAWhere stories live. Discover now