Delya turun dari kereta lelaki itu dengan perasaan marah. Mana tidaknya, dah di sound direct, dalam kereta pun buat sesuka hati aje. Bila turun, langsung tiada perkataan 'maaf'.
Sewaktu Delya ingin masuk ke rumah, telefon bimbitnya berbunyi, terus dia mengangkat penggilan tersebut.
"Hello Yura?"
"Beb, aku ada berita mengejut!"
"Apa dia?"
"Rafiq is back!"
Delya terus terdiam, Rafiq kembali? Sudah setahun menghilang, akhirnya dia munculkan diri juga. Delya juga rindu untuk berjumpa dengan Rafiq Daniel. Lagi-lagi apabila lelaki itu menghilangkan diri begitu saja.
"Since when?"
"I don't know. Tapi Fira bagitahu."
"Ouh."
"Macam tak excited je?"
"Buat apa nak excited, kami bukannya ada hubungan lagi."
"Eh ha'ah la, kenapa korang putus eh? Empat tahun kot korang bercinta."
"Yura, kita bincang hal ni nanti, aku tengah busy, bye."
Sebaik sahaja meletakkan panggilan, air matanya mengalir keluar. Dia terkenang semula hari dia bersama dengan Rafiq. Terlalu banyak memori indah yang mereka cipta. Kadang-kadang, dia masih tidak boleh menerima takdir.
_________________
"Kalau aku tak dapat kau, tak ada siapa akan dapat Tengku Delya Amanda. Siapa masuk campur, aku bunuh." Ujar Rafiq sambil tangannya ditulis pangkah pada salah satu gambar tersebut. Lalu dia tersenyum sinis.
"Boss, nampaknya Delya ada lelaki lain."
Rafiq terus bangun dari tempat duduknya, hatinya sudah membara apabila mendengar berita itu. "Siapa dia?! Aku nak kau bunuh dia hari ni jugak!" ditengkingnya konco-konco yang berada disitu.
"Zeff Wadi."
"Okay, kau bunuh dia. Kalau dia tak mati, kau yang aku pancung!" wajahnya diraup kasar. Hatinya penuh dengan dendam, amarah, benci. Dia masih tidak percaya Delya dan dia adalah adik beradik susuan.
Cinta itu indah, tetapi bila ia mula menguasai, boleh bertukar menjadi bencana. Rafiq yang dulunya tegas, mempunyai pendirian sudah menjadi orang yang paling kejam. Hanya kerana cinta.
"Arghh!!"
"Delya Amanda, jangan sampai aku bunuh kau!" barang yang berada di hadapannya semua dicampak bertaburan di atas lantai. Perasaannya penuh dengan amarah.
__________________
"Rayyan, okay tak date tadi?" soal Datin Fifa. "Okaylah kot." Datin Fifa mengerutkan muka. "Kot? Kenapa Rayyan? Semua dah cukup dekat dia. Apa lagi yang tak kena." Soal Datin Fifa, masuk kali ini, dah 50 kali dia pergi bertemu janji.
Masih tiada yang berkenan, semuanya diberi komen negatif pada gadis-gadis itu. "Rayyan, mummy nak Rayyan kahwin tahun ni jugak. Penatlah mummy set temu janji lepas tu tak berkenan." Rungut Datin Fifa. Rayyan mengeluh kecil.
"Okay mummy. Rayyan akan cuba masukkan Tengku Delya Amanda dalam hati ni. Walaupun perangai dia tak senonoh, demi kebahagiaan mummy tersayang. Rayyan sanggup."
Rayyan melepaskan kata-kata hampa pada Datin Fifa. Dia langsung tidak berminat dalam soal kahwin, temu janji semua tu. Tapi Datin Fifa saja yang bersungguh-sungguh untuk menjodohkan anaknya. Iyalah, semua ibu bapa nakkan anak mereka berkahwin.
YOU ARE READING
JODOH UNTUK TENGKU DELYA
RomanceGenre : Romance, Humor & Crime Satu percintaan yang sudah lama dijalinkan, tiba-tiba sahaja mereka putus sehari sebelum perkahwinan disebabkan rahsia yang disimpan oleh ibubapa mereka. Tengku Delya pasrah dengan takdirnya, tapi tidak pada Rafiq. Di...