BAB 20

210 9 0
                                    

Rayyan memandang gadis itu lama, “Hello.. Hello.. Hello Rayyan!” berkali–kali Delya cuba menghentikan lamunan lelaki itu. Sampailah Delya membuat hight note, baru lelaki itu sedar.

“Apa ni jerit–jerit, orang pandanglah.” Rayyan tersedar yang orang disekeliling sedang memandang ke arah mereka. Ini semua disebabkan gadis itu.

“Saya datang sini nak bercakap dengan awak, bukan nak tengok muka blurr awak tu!” marah Delya. Rayyan hanya mengeluh kecil, perangai tak sabar Tengku Delya itu membuatkan dia penat melayannya.

“Iya.. Cakaplah, apa yang awak nak cakap?”

“Awak suka saya tak? Kalau suka, saya tak suka awak, make sure awak bagitau dekat kedua–dua keluarga. Yang kita tak ada apa–apa dah.” ujar Delya selamba, dia sudah tidak tahan dengan perancangan mengarut ibubapanya.

“Saya ni anak yang soleh tau, mummy saya cakap saya kena kahwin dengan awak. Jadi, awak bantah macam mana sekalipun, saya tetap akan kahwin dengan awak.” balas Rayyan tidak mahu mengalah.

“Awak ingat ni drama ke? Boleh tak jangan satu kepala dengan mummy awak, awak tak suka saya kan?” soal Delya pula.

“Yeah, I like you. I like you very very much, and please, kahwin dengan saya. Awak tak tahan dengan perangai parents awak kan? Saya pun tak tahan dengan perangai parents saya.”

“Erh, okay. Kalau awak nak kahwin dengan saya, ada satu syarat.” Rayyan terus memandang gadis itu, syarat apa pulaknya, jangan melampaui batas sudahlah.

“Apa dia?”

“Berhenti kerja awak sebagai detektif tu.”

Rayyan tergelak kecil, sebenarnya gelak tanda tak puas hati. Punyalah dari dahulu lagi cita–citanya ingin menjadi seorang detektif, senang–senang sahaja Tengku Delya menyuruhnya untuk berhenti.

“Awak tahu tak awak tengah on the way hancurkan masa depan saya?” Delya hanya angkat bahu sambil mulutnya dimuncungkan kedepan. Dia bukan kesahpun pasal masa depan orang lain, asalkan hajat dia tertunai.

“Encik Rayyan, awak tu masuk universiti semata–mata nak jadi detektif? Apa yang awak minat sangat dengan penjenayah ni? Tak fahamlah.” balas Delya.

“Awak pulak nak dibandingkan dengan saya, saya ni lagi bekerjaya dari awak tau, setakat kolej je.” panas hatinya apabila lelaki itu mempersoalkan kepandaian mereka.

Iya, memang betul Tengku Delya bukanlah seorang yang minat tentang pelajaran, dia sering mendapat nombor tercorot di dalam kelasnya, walaupun sekolah swasta. Tetapi, setiap kali sukan, dialah yang sering menjadi juara. Dia adalah pelajar harapan sekolah kalau dalam bidang kokurikulum.

Selain itu juga, dia lebih cenderung semasa kelas seni. Dialah yang selalu mendapat skor A+ dalam seni. Walaupun dia kurang cerdik, semua orang kagum dengan kebolehannya dalam bidang seni. Dan salah satu sebab dia disanjung ialah kerana dia adalah TENGKU.

_________________

“Macam mana?” soal Tengku Harith sebaik sahaja adiknya masuk ke dalam kereta.

“Lya dah sound dia.” balas Delya yang langsung tidak memandang abangnya. Hatinya masih panas memikirkan hal tadi.

“Lya ni kan, mama suruh Lya date dengan dia. Cakap benda yang manis–manis. Yang pergi sound dia kenapa, dia ada buat salah ke?”

“Memang, banyak sangat salah dia. Eh, Delya ni bakal isteri dia tau. Tak boleh ke dia ikut je cakap Delya?”

“Delya suruh dia buat apa?” soal Tengku Harith, perkara apa yang adiknya bengang sangat si Rayyan tu, dia ingin tahu.

“Delya suruh dia berhenti kerja.” Tengku Harith menepuk dahinya, orang yang tidak waras je sanggup berhenti kerja ni. Perangai adiknya memang luar biasa, nanti bila dicakap lebih–lebih, merajuk pula.

“My lovely sister, you have a brain right. Boleh fikir logiklah. Kalau abangpun, abang tinggalkan je terus orang yang suruh abang berhenti kerja tu.” ujar Tengku Harith, Delya merenung tajam ke arah abangnya.

“I'm telling you the truth. Siapa yang sanggup tinggalkan cita–cita yang dia dah capai? Orang gila je Lya oi.” tegur abangnya, dia juga tidak tahan dengan perangai adiknya, main arah–arah je.

“Hish abang ni, abang sama je dengan si Rayyan, mama, papa semua tu. Dah tak payah cakap lagi!” Tengku Harith hanya mampu menggelengkan kepala. Bila dah terkena, mulalah nak meninggikan suara.

____________________

“My sweetheart, just you wait, you will be mine one day.” dia membelek–belek gambar Tengku Delya di tangannya, dia tersenyum seperti orang gila.

“Err.. Boss, cuba boss tengok ni.” Farid memberi I-Pad yang dipegangnya pada Rafiq. Sebaik sahaja membaca berita tersebut, dia terus menghempas I–Pad itu.

Farid hanya mampu menundukkan wajahnya yang sudah gelisah, karang bila tidak diberitahu, dia pula yang dipancung nanti.

“Aku nak kau bunuh Rayyan tu secepat mungkin! Apa? Kahwin dengan Delya? Hah, langkah mayat aku dulu!” Rafiq merengus kasar. Hatinya makin panas disebabkan lelaki bernama Rayyan itu.

JODOH UNTUK TENGKU DELYAWhere stories live. Discover now