“Hello Haris, bila nak balik? Dah bertahun mama tunggu. Baliklah sayang.” pujuk Tengku Arien.
“Haris takkan balik. Mama tak perlu tunggu.” balas Tengku Haris. Dia masih teringatkan kejadian 12 tahun lepas.
FLASHBACK
“Abang, duit. Duit dalam peti tu!” sempat lagi tengku Arien bersuara dalam keadaan asap yang tebal itu.
Haris terduduk di depan pintu pejabat, disebabkan tidak berdaya lagi hendak meredah asap tebal itu, tambahan lagi api yang semakin marak.
“Nah! Awak pegang yang ni. Saya nak kena ambil lagi duit dalam peti tu!” Khairi menyerahkan duit yang tebal dengan jumlah seratus ringgit setiap satu keping itu kepada isterinya.
“Abang, cepatlah!” jerit Tengku Arien, sambil itu dia terbatuk–batuk kerana menyedut asap yang memenuhi bilik itu.
“Jom Arien!” kedua–dua tangan mereka penuh dengan duit, mereka terus keluar dari bilik itu tanpa sedar, anak mereka masih lagi disitu.
“Ma.. Pa..” Haris bersuara dalam keadaan tak bermaya. Dia hanya mampu melihat kelibat ibubapanya dari belakang.
Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki berumur. “Adik tak apa–apa ke? Ikut pakcik sekarang!” lelaki berumur itu mengangkat badan Haris untuk berdiri semula.
“Mama dengan papa..” badan Haris tiada keseimbangan, hampir saja dia terjatuh. Lalu lelaki berumur itu membuat keputusan untuk menggendong Haris sehingga keluar bangunan itu.
Apabila tiba di luar bangunan, Haris mencari kelibat ibubapanya, tetapi mereka langsung tidak muncul.
“Kamu nama siapa?” soal lelaki berumur itu.
“Haris.. Nama pakcik?” soal Haris pula.
“Nama pakcik, tengku Hadi. Haris, pakcik call polis dulu tau. Tunggu sampai mak ayah Haris datang jumpa Haris dekat balai ye?” ujar Tengku Hadi. Haris mengangguk perlahan.
FLASHBACK TAMAT
___________________________
“Mama lebih pentingkan duit daripada anak sendiri. Anggap jelah Haris dah mati waktu kejadian tu, hidup dengan duit–duit mama yang tak pernah habis tu.” Haris meletakkan panggilan.
Tengku Arien terduduk di atas sofa, mengenangkan dirinya yang mata duitan dulunya. Nyawa anaknya hampir tergadai, namun, duit juga yang dikejarnya.
___________________________
“Hotel blossoms..” ujar Delya sebaik sahaja sampai ke tempat itu. Dia tersenyum kecil sebelum melangkah masuk ke dalam hotel itu.
Setelah membuat tempahan bilik, dia mencari kod nombor setiap bilik di hotel itu. Akhirnya jumpa juga. Sewaktu dia ingin melangkah masuk ke dalam bilik itu, ada seorang lelaki yang merempuh masuk bersamanya.
“Awak dah gila ke?!” tengking Delya.
Rayyan memandang gadis itu, bauan, susuk tubuh, dan suara itu betul–betul membuatkan pemikirannya kacau bilau.
“Awak Delya kan?” soal Rayyan.
“Dari haritu lagi, awak panggil saya Delya. Nama saya Hanis, Hanis! Faham tak?” balas Delya, bengang pula apabila Rayyan tidak mahu mengalah.
“Hanis? Jangan tipu saya, walaupun awak dah ubah muka awak. Saya tetap kenal awak! Sebab awak cinta pertama saya Tengku Delya. Please.. Saya nak kita kembali seperti sedia kala.” Rayu Rayyan dengan penuh perasaan.
“No, saya tak kenal awak Rayyan. Baik awak keluar sebelum saya call..” kata–katanya terhenti. Dia masih ingat bahawa suaminya bekerja sebagai detektif.
“Awak Delya kan? Tolonglah mengaku. Saya rindukan awak..” Rayyan memegang kedua belah tangan gadis itu.
“Rayyan, tolong keluar dari bilik ni, kita boleh kena tangkap nanti.”
Rayyan memandang gadis itu, mata hazzel itu ditatap penuh kasih. Sesungguhnya dia amat merindui isterinya, yang sudah berbulan menghilang. Tapi bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?
“Rayyan.. Tolong keluar..” Rayu Delya.
Dengan selambanya Rayyan mencempung badan gadis itu dan meletakkan di atas katil bersaiz king itu.
“Aw.. Awak nak buat apa?!” Delya mula menggelabah.
Rayyan turut baring di sebelah gadis itu. Dan mula mengiring dan menatap wajah Tengku Delya.
“Kitakan dah kahwin, bukan dosa pun.” ujar Rayyan dengan yakin.
“Bila masa?!” tengking Delya.
“Apabila Rayyan makin mendekati dirinya, Delya mula bersuara.
“Awak layak ke dipanggil suami? Berbulan saya hilang, awak langsung tak cari saya! Saya merana. Saya merana diculik dengan Rafiq. Sentiasa di ugut. Akhirnya dia tolak saya ke tebing laut, kalau saya mati, salahkan diri awak. Awak langsung tak cari saya!”
Ujar Delya sambil menangis teresak–esak. Hati perempuannya tidak dapat ditahan lagi.
“Delya..” panggil Rayyan dalam keadaan serba salah.
“Kenapa baru sekarang awak nak cari saya..” sayu saja suaranya, luluh hati Rayyan mendengarnya.
“Saya minta maaf..” itu saja yang mampu diungkapkan oleh lelaki itu.
“Saya nak tengok..” belum sempat Rayyan menghabiskan ayatnya, terlihat Delya menanggalkan sesuatu di wajahnya.
Dia terkejut, adakah itu hanya topeng?
“Del.. Delya, kenapa awak..” tergagap–gagap dia ingin membuka bicara.
Delya tidak menjawab, dia masih menyeka air mata yang mengalir deras. Dengan serta merta Rayyan memeluk isterinya. Dia sangat bersyukur dapat melihat wajah asal isterinya, wajah yang sangat dirinduinya.
YOU ARE READING
JODOH UNTUK TENGKU DELYA
RomansGenre : Romance, Humor & Crime Satu percintaan yang sudah lama dijalinkan, tiba-tiba sahaja mereka putus sehari sebelum perkahwinan disebabkan rahsia yang disimpan oleh ibubapa mereka. Tengku Delya pasrah dengan takdirnya, tapi tidak pada Rafiq. Di...