BAB 8

202 8 0
                                    

Tengku Delya menghampiri mamanya yang sedang sibuk dengan laptopnya. “Ma..” panggil Delya. “Hmm?” Tengku Zana masih khusyuk dengan laptopnya.

“I want to get married.”

Terhenti jari Tengku Zana apabila mendengar ayat yang disampaikan oleh anaknya. “Delya, are you sure? Siapa orang tu?” soal Tengku Zana. “Muhammad Rafiq Daniel, anak pemilik syarikat Qalid Holding.” balas Delya.

“Delya, mama tak kesah semua tu, tapi Delya betul–betul dah bersedia nak jadi seorang isteri?”

“Ya ma, I love him so much. Delya takut, kalau hubungan kami lama sangat, sesuatu yang buruk akan berlaku.”

“Okay. First, let me know him. Kalau esok ada masa, bawa dia datang sini esok jugak.”

___________________

Delya dan Rafiq duduk di satu sofa yang sama, Tengku Zana hanya memerhatikan mereka. “Sejak bila korang berjumpa?” soal Tengku Zana. Dilihatnya atas bawah. Seperti orang berada.

“Waktu mula–mula masuk kolej, er.. Tengku, I mean.. Tuanku..” Delya menggelengkan kepala melihat aksi Rafiq itu. Terlalu kekok pula. “Just call me aunty.” ujar Tengku Zana yang mula berasa selesa dengan anak muda itu.

“Baik Tengku, eh.. Aunty.” balas Rafiq yang masih tersasul dalam menyebut panggilan Tengku Zana.

“Rafiq, biasakanlah diri you. Mama I sporting apa.”

“Who said that I'm sporting?”

“You lah ma, janganlah tengok Rafiq macam tu. Macam nak terima orang gaji, bukan menantu.”

“Hmm, Rafiq, bila kamu boleh bawa keluarga datang sini?” soal Tengku Zana. “Bila–bila je aunty nak.” Balas Rafiq sambil tersenyum.

“Ma, Rafiq propose Delya minggu depan.”

Tengku Zana sedikit terkejut mendengar berita itu. Anaknya terlalu berkeinginan untuk kahwin. Hatinya semakin resah.

__________________

Kedua orang tua Rafiq datang ke rumah Tengku Zana. Sebaik sahaja melangkah masuk, Tengku Zana terkejut dengan wajah yang dilihatnya. “Rohaya?” mulutnya menyebut nama seseorang. “Aunty kenal mama saya ke?” soal Rafiq yang ingin tahu.

“Hah? Tak adalah. Muka dia mirip seseorang.” balas Tengku Zana, sedangkan orang dihadapannya, ialah orang yang sangat dikenali. Mereka berjumpa di satu tragedi yang tidak dijangka.

“Kamu berdua betul–betul nak kahwin?” soal Datin Rohaya yang mula tak senang duduk. “Ya aunty.” balas Delya sambil memandang 'BAKAL' mak mertuanya. Entah kenapa, terasa seperti banyak pula halangan yang dibuat oleh keluarga mereka.

___________________

Sebulan kemudian..

“Delya, boleh mama masuk?” pinta Tengku Zana sesudah mengetuk pintu bilik anaknya. “Masuklah ma.” Tengku Zana terus melangkah masuk dan menutup rapat pintu bilik itu.

“Kenapa ma? Ada apa–apa yang tak kena ke?”

“Tak ada apalah.”

“Mama, can I ask you something?”

“Tanyalah.”

“Delya ada adik beradik susuan ke? Mama jangan fikir bukan–bukan. Sebab dekat khusus kahwin tadi ada cakap pasal benda ni. So, kalau kita tahu, kita bolehlah lebih berhati–hati. Ada ke ma?”

Tengku Zana terdiam, dia merenung anak perempuannya dengan lama. Tidak sanggup untuk memberitahu hal sebenar. “Kalau mama kata ada?” balas Tengku Zana yang sudah mengumpul semua keberaniannya untuk berhadapan dengan Delya.

“Hah? Ma... Mama ada? Si.. Siapa?” Walaupun dia terkejut, dia beranikan diri untuk bertanya. Tengku Zana sudah menunjuk wajah serba salahnya terhadap anaknya, Tengku Delya. Terlalu banyak rahsia yang disimpan oleh Tengku Zana yang hanya diketahui oleh suaminya sendiri.

JODOH UNTUK TENGKU DELYAWhere stories live. Discover now