BAB 45

137 3 0
                                    

“Dah okay?” soal Haris. Melihatkan Delya sedang duduk termenung saja, dia mengambil keputusan untuk bertanya.

“Tunjukkan aku jalan keluar.” Delya bersuara. Haris memandang gadis itu, adakah gadis masih berniat untuk membunuh si Rafiq?

“Tenangkan fikiran dulu. Nanti aku tunjukkan jalan keluar.” balas Haris.

“Aku nak minta sesuatu.” kata Delya.

“Apa dia?” soal Haris pula.

“Topeng.” Haris angkat kening. Topeng?

“Topeng? Sempat lagi kau melawak?” dia menayangkan senyuman hambar.

“Topeng yang menyerupai manusia. You know right?” senyuman Haris terus mati apabila mendengar permintaan gadis itu.

“Kau nak sembunyikan identiti kau?” soal Haris.

Delya mengangguk kecil. Haris mula mengeluh, permintaan gadis itu sangat sukar untuk ditunaikan.

“Kau nak buat apa, buat apa kau sembunyikan diri kau? Nak bunuh Rafiq? Macam mana dengan suami kau? Macam mana dengan identiti kau sebagai Tengku Delya?” diajukan soalan olehnya bertalu–talu.

“Aku tak perlukan identiti aku sebagai Tengku Delya, hidup tengku Delya dah lama musnah.” balas Delya. Kali ini dia betul–betul tekad untuk balas dendam.

“No! Aku takkan biarkan semua ni terjadi. Hidup macam sebelum ni, susah sangat ke Delya?”

“Susah! Balas dendam adalah cara yang paling tepat untuk aku rasa puas. Tolonglah Haris, kau sorang je yang aku boleh harapkan.” Delya merayu sambil memegang kedua belah tangan lelaki itu.

“Aku takkan tolong, kau patut ingat macam mana nak balas jasa aku. Bukan balas dendam untuk orang lain.” balas Haris lalu melepaskan pegangan tadi.

“Kalau tak lebih baik aku mati! Tak ada makna lagi untuk aku hidup. Baik aku mati!” Haris memegang kedua belah tangan gadis itu.

“Kau dengar, keluarga kau masih ada. Boleh tak fikir logik Delya. Kau nak abaikan keluarga kau ke? Hampir 5 bulan kau dekat sini. Diorang tu tengah sibuk cari kau.” dia cuba menenangkan gadis itu.

“Tolonglah aku Haris.. Satu je aku minta. Takkan kau tak boleh tunaikan?” rayu Delya.

“Haris..” lama kelamaan matanya terpejam dan terus merebahkan diri. Cepat–cepat Haris menyambut gadis itu.

______________________

Sebulan kemudian..

“Rayyan, masuklah. Kenapa duduk lagi dekat luar tu?” tegur Datin Zana. Rayyan mengangguk kecil dan mengatur langkah ke ruang tamu.

“Rayyan, kenapa dengan muka kau? Pucat semacam je?” soal Harith.

“Tak adalah, aku okay je. Siapa lagi orang–orang dekat sini rindukan kalau bukan Delya?” Harith terus terdiam. Dia teringat kembali adiknya. Air matanya hampir mengalir namun ditahan sebaik mungkin.

“Sabar, kita dah buat kenduri ni. Harap–harap apa yang kita doakan dimakbulkan. Aku rindu sangat dengan adik aku.” Harith mengusap belakang Rayyan sebelum meninggalkan ruang tamu itu.

______________________

“Ni, pakai. Tapi kalau rasa dah tak cukup oksigen, bukak topeng ni. Walaupun dia bukan topeng biasa, kau tak boleh asyik pakai je.” Haris memberi topeng itu kepada Delya.

Delya mengangguk lalu menyarungkan topeng itu di mukanya. “Terima kasih atas semua bantuan kau. Aku takkan lupakan kau Haris.” ujar Delya dan menapakkan dirinya di luar kereta.

“Maafkan Delya mama, Delya tak boleh tinggalkan abang Haz macam tu je. Delya nak orang yang bunuh dia dapat hukuman yang setimpal. Delya terpaksa mama.”

__________________

Keesokan harinya, Delya mengambil keputusan untuk membeli belah memandangkan rumah yang baru disewa itu terlalu kosong.

Sedang dia sibuk berjalan, dia terlanggar seseorang. Lelaki itu berdiri dan menghulurkan tangan ke arahnya.

“Maaf cik, saya nak cepat tadi.” hampir gugur jantungnya kerana orang dihadapannya sekarang sangat dikenali. Rayyan.

“T.. Tak apa.” Delya cuba menutup mukanya walaupun wajahnya sudah berbeza. Sewaktu Delya ingin meneruskan perjalanan, dia terdengar lelaki itu menyebut sesuatu.

“Delya?” panggil Rayyan. Bau dan susuk tubuh gadis itu sangat dia kenal. Delya, isterinya.

“Encik panggil siapa?” soal Delya.

“Awak.. Maafkan saya, saya tersilap orang.” balas Rayyan lalu terus pergi dari situ.

Delya melepaskan nafas lega. Hatinya sudah berdegup kencang kerana berhadapan dengan Rayyan. Suaminya. Dia takut kalau lelaki itu curiga sesuatu terhadap dirinya.

JODOH UNTUK TENGKU DELYAWhere stories live. Discover now