Dami tidak mengalah,dia tetap berusaha keras menarik dani manakala dani sudah lemah ditarik kedua dua belah.nyawanya sangat berbahaya disituasi sekarang jika salah satu pihak melepaskan pegangganya dia berpotensi tinggi jatuh di tengah ii jalan dan boleh dilenyek kedua ii kereta.
Tiada pilihan lain,jaehyuk terpaksa mengambil risiko untuk menembak tayar kereta nicholas supaya keretanya pancit dan terbabas walaupon ia sangat membahayakan nyawa dani yang berada ditengah pergelutan nicholas dan dami.setelah berfikir dia tetap dengan kata hatinya untuk melakukan pelannya.
"DAMI TARIK DANI CEPAT!!!!"
Arahan dilaungkan dan dua das tembakan dilepaskan oleh jaehyuk dan kereta nicholas pun berputar terbabas ke seberang jalan manakala dani sudah nyawa ii ikan diselamatkan dalam situasi setegang itu,mujurlah dami menarik kuat dan cepat dani apabila gengaman nicholas melonggar lemah apabila keretanya ditembak.
Pintu ditutup dan mereka meluncur laju pergi dari tempat kejadian dan diikuti oleh jaehyuk manakala nicholas diurus oleh kereta dan anggota ii polis,mujurlah semasa dalam perjalanan encik daehan sempat untuk menelefon polis.dami dan dani dikejarkan ke hospital bahagian trauma dan kecemasan dan mereka dibiarkan diperiksa dan dirawat.
Manakala ketiga tiga lelaki itu melepas nafas lega dalam keadaan kepenatan namun gembira kerana berjaya dapat menyelamatkan kedua wanita yang disayangi mereka.dami dan dani ditahan di wad atas sebab ii tertentu jadi jaehyuk pun setia menunggu dia wad sementara yang lain berehat.dia hanya memerhati dan berdoa kuat untuk dami bangun dan sihat kembali untuk membetulkan semuanya.
+Di jam 2pagi+
Dami terbangun dan apa yang pertama dia lihat adalah jaehyuk yang tidur beralaskan lengannya dan gengaman tangan dami.dia cuba untuk tidak menangis tapi semuanya sia ii apabila air matanya menitis di atas telapak tangan jaehyuk,jaehyuk yang terbangun langsung risau apabila melihat dami menangis.segera dia memeluk dami erat dengan pelukan hangatnya.
"Dami maafkan saya,ni memang salah saya.saya yang bodoh mudah sangat cemburu and percaya orang luar,saya sanggup tinggalkan dan mungkir janji saya dengan orang yang paling saya sayang.kita betulkan semua ye,awak nak hukum saya apapun saya terima tapi tolong jangan tinggalkan saya"luah jaehyuk sambil menangis teresak esak mengenggam tangan dami kuat.
"Bukan salah awak,ni salah saya.saya yang xfikir langsung pasal masa depan,hanya fikir ikut kepala sendiri je.saya boleh relakan kalau awak nak berpisah dengan saya,saya akan lepaskan demi kejayaan awak.kadang ii kita xboleh terlalu erat untuk menggengam sebab itu akan mengakibatkan kesakitan di akhirnya jadi saya akan perlahan lahan lepaskan awak demi impian awak ye"balas dami
"Ani!saya xnak,saya akan batalkan audition tu sekarang.saya xnak awak sakit,saya dah janji dengan awak.saya xnak buat awak terluka lagi jadi saya akan pulihkan semua ni balik!"bantah jaehyuk
"Jae jangan!ini semua saya huat demi awak,jadi kalau awak betul ii sayangkan saya tolong ikut apa saya kata.awak berhak atas impian awak,saya akan tetap sokong awak dari belakang senyap ii ye sayang..i'll let go of you"tegasnya walaupon sudah banjir air mata
Jaehyuk pun hanya mengiyakan permintaan dan suruhan dami,dan kini hari jaehyuk semakin sibuk dengan jadual barunya iaitu menjadi trainee di YG ENTERTAIMENT untuk debut.siapa sangka hanya tinggal beberapa hari lagi untuk dia berjaya mencapai impiannya bergelar idol kpop iaitu dari kumpulan bernama treasure.
Hari dami juga kini sudah semakin sibuk dengan jadual pembelajarannya,dia kini menunggu untuk kemasukannya ke universiti untuk menjadi wartawan terkenal.masing ii kini menyepi dan mengurus hal mereka masing ii walaupon hari mereka berdua tidak lagi seceria seperti dulu yang dipenuhi dengan momen ii manis mereka berdua.
🍒tinggal 1 lg chapter and dah tamat yeyyy!!memerlukan semangat penuh betul nak habiskan satu ff ni,dengan malasnya,xde moodnya,xde idea lagi and mslh lain akhirnya sampai jugak part ni.xpelah author malas cakap banyak dekat sini so jom swipe up chapter seterusnya!nak last chp ni dh kan so boleh lah vote untuk kali ii terakhir cerita ni hehe.
YOU ARE READING
[C] Let Go Of You ; Yoon Jaehyuk √
FanfictionMengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama kang dami yang sempat menjadi mangsa kemurungan dan berjaya pulih dengan bantuan orang sekeliling dan Yoon Jaehyuk iaitu kekasihnya yang telah berjaya melakar setiap momen manis dan mengembalikan...