Ms! 1

5.3K 100 0
                                    

2016 ~

" Tahun depan agak ii nak masuk sekolah mana ? " tanya seorang perempuan lingkungan 40 an kepada diriku yang bernama Fahrin Qistina Bt Qu Amirul yang tengah ralit bermain telifon , maklumlah baru lepasan upsr kira freedom la tu

" alah taktahulah nak masuk sekolah mana , tapi umi rasa mana yang lebih menyenangkan umi ? adik nak masuk sekolah skuler la , senang sikit berulang alik " . balas aku sambil memandang wajah ibuku .
Ibuku seorang ibu tunggal dan aku tidak mempunyai ayah , eh jap . ada ayah but dah bercerai hahah its okay dh biasa dari kecik hidup tanpa belaian kasih ayah .

" hm nanti umi pulak yang susah haih , nak kene amik hantar lagi , kakak abang kamu tu asrama semuanya okay je , masukla asrama eh , belajar berdikari tanpa umi , boleh ? " kata umiku lagi cuba untuk memujuk diriku
Dia sememangnya ibu yang memahami , yang tahu kehidupan aku yang langsung tak suka berdikari dan berdiri diatas kaki sendiri .

" em okayla okay , sekolah asrama paling dekat ekk , nanti adik rinduuuu , kalau adik nangis nanti umi datang lawat tau " . rayuku kepadanya yang tidak langsung mahu berjauhan dengan ibu tercinta , Ahhh dia sorang je pun yang aku ada .

****************
2017 ~

Haih masuk 2017 , tahulah aku yang sekarang aku ni dah menjadi pelajar sekolah menengah . As usual , siapa jee yang tak takut nak menjengah ke alam remaja ni . Dengan sekaligus kehidupan terus bertukar 360 darjah weh hahaha .

Kereta exora merah meluncur laju diatas jalan raya , ya harini hari first day aku sebagai budak F1 dan ingin mendaftarkan diri sebagai budak baru hostel. Sewaktu dalam perjalanan , aku hanya diam membisu tak ubah seperti patung yang termenung , ishh ! .
"ahh malas la nak layan perasaan ni" , bisikku kepada diri sendiri , Kalau diikutkan hati nak saja menangis dalam kereta ni , betapa aku tak mahu langsung berjauhan dengan ibuku , hm apalah nasib , kenapalah perlu wujudnya asrama huaa !

Setelah tiba di destinasi , aku mengangkat barangku keluar dari bonet kereta , kejap lagi ada sesi pendaftaran , tak apelah haih demi ibu semuanya aku mampu merelakan

Aku termenung memerhatikan setiap sudut blok asrama , dan juga blok bangunan sekolah yang tidak jauh dari tempat kami memarkir kereta.
" Hm dekorasi yang cantik " desis hati kecilku .
Tiba tiba ibuku memanggil namaku .
" Fahrin ? dah ready dah ke ? menung je tu . Jangan la buat umi susah hati " katanya yang baru saja keluar dari perut kereta .
" Eh aien okay la umi , betul aien okay , untuk umi aien sanggup buat apa saja " lantas aku ukirkan senyuman lebar untuk menutup segala rasa isi hati yang terbuku . Tidak mahu membebankan lagi hati seorang ibu yang melihat wajah anaknya sendiri dalam keadaan gundah gulana .

Selepas habis sahaja sesi pendaftaran , aku memegang kad pelajar yang baru diberi seorang warden , tertulis disitu aku ditempatkan di dorm 4 aras 1 . " feuhhh nasib aras satu , kalau aras tiga mashaallah tercabut kaki aku ", gumam aku seorang diri . Ibuku dengar saja rungutan aku , bukannya dia tidak tahu anaknya ini memang amat manja hah ! Setelah berbakul ii keluhan aku keluarkan , aku mengangkat segala barangku untuk naik ke dorm , ibuku juga turut membantu . Aku sudah pun melarang tapi ibuku tetap berdegil , aku hanya tidak mahu dianggap manja padahal realitinya memang aku seorang anak yang manja , baru saja tadi habis merungut , ish . Sesampai di dorm , aku melihat beberapa orang yang sudah sampai dan sedang memilih katil . Tak semena-mena mata aku terhenti di satu ruangan.

" wah katil bawah , tengah ii pulak tu dekat dengan kipas , still kosong ah cop cepat ".

Lantas ku memberi salam dan terus berlari anak ke ruangan tersebut . Ah akhirnya ! ibuku hanya memerhatikanku dari jauh , tergelak kecil dia dibuatnya. Ibuku menghampiriku yang sedang meletakkan beg sekolah dan bagasi di tepi katil . Ku lihat dia membawa beberapa barangan mandian aku yang masih terletak elok didalam timba

My senior ! Where stories live. Discover now