Ms! 15

2.4K 148 36
                                    

" BAHHHHH !! "

" uiyoi , astaghfirullah terkejuttt saya akak ni "

" hehe sorryla sorry , ekhemm dahi tu macam mana ? okay dah ? Nape tak suruh pakcik mail hantar  pergi klinik ? nak simpan lama lama ke darah tu biar dia beku ? "

" ermmm mana akak tahu pasal dahi saya ni ? "

Kak farah mula ketawa kecil , sememangnya selepas aku habis cuci dahi sekejap tadi di tandas , dia pulak menyergah aku bagai nak gila. Ingat nak tarik muka sangat dengan aku sebab aku ni kuat buli kan.

" akak belum buta tau , jangan cakap macam akak ni tak nampak ye budak , btw malamni macam biasa kene jumpa akak dekat bilik iron , urut kaki eh "

" hahh ? kene jugak ke walaupun sayaa .. saya macamni ? saya sakit kot , takkanlah "

" ah tak kira , siapa suruh rin tolong akak tadi hahaha okey see you tonight , no excuse ye , akak tunggu "

kak farah sempat mengenyitkan mata sebelahnya sebelum berlalu pergi , mukanya yang dihiasi lesung pipit terlihat begitu manis , rasa terbuai dengan angin redup yang membawa aura kasih , ish jangan la kejap lagi ada matport bukan aku je kene tendang , mahu kene humban ke dalam gaung terus , nasib badan la nak

aku berjalan masuk ke dalam dorm , bersiap siap untuk mandi , aku melihat shipah yang sudah tertidur di atas katil , mujurla dia masih tidak tahu dengan keadaan dahi aku. Kalau dia tahu mahu saja dia berperang mulut dengan si budak tak bertamadun tu.

" shipah , shipah , hello uish tidur ke ? bangun laa  jom mandi "

aku menggoyang - goyangkan badannya , tetapi sebarang respon langsung tidak diberinya , letih la tu. Tiba-tiba muncul satu idea nakal difikiranku. Laju jari aku menghala ke arah pinggangnya , Shipah yang terkejut dengan geletekan aku mengelejat sepeti cacing kepanasan. Malang tidak berbau , tak semena mena tangannya laju menghinggap di dahiku

" ADOIII !!! "

Shipah yang mendengar raunganku mula bingkas bangun , terkejut agaknya dengan suara aku yang sedikit kuat tadi

" ehh ehh aien , kau kenapa ni ? weh aien aku buat kau ke ? sorry weh aku tak perasan , kau ni lah dah tahu kelemahan aku bila digeletek , ha sapa suruh geletek kan dah mendapat , sorry lah ye "

Seribu kekesalan mula terbit dihati , menyesal mengusiknya jika aku tahu begini yang akan terjadi. Terasa cecair panas mengalir keluar semula , tolong jangan cakap darahku keluar lagi , habislah nanti kantoi

" ehh aien kenapa dahi berdarah tu ? aku teruk sangat ke tampar kau sampai berdarah macamtu , weh aien sorry "

aku hanya menggeleng , lalu mencapai tudung yang tersidai di tiang katil , aku menyarung dan berlari ke tandas , kelihatan dahiku sedikit berdarah dikawasan luka koyakan tadi.

" weh aien kau okay tak ni ? dahi tu kenapa weh sampai berdarah macamtu ? "

muka shipah kelihatan sangat takut , aku memandangnya lalu tersenyum , aku berjalan menghampiri shipah , dia memegang tanganku berharap dapat menyalurkan sedikit kekuatan

" takde apeelah sikit je ni , jom mandi , kejap lagi nak asar dh "

" noo ! aku buat kau ni , meh sini ikut aku sapu ubat "

" shipah kau takde salah la , jangan risau okay ? takde ape sikit je nii "

aku mengusap tangannya perlahan , setelah mendengar aku berkata begitu mukanya mula bertukar tenang , syukur dia tak tahu

" okay tapi aku mintak maaf tau sebab buat kau macam ni , dan kauuuuu tetap kene sapu ubat tau "

shipah membuat muka monyok , haha comel kawan aku sorang ni , aku hanya tersenyum dan mengangguk sambil menariknya keluar untuk masuk ke dorm semula.

My senior ! Where stories live. Discover now