Ms! 6

2.3K 112 14
                                    

Pejam celik pejam celik , esok dah boleh pulang ke rumah , akulah tu budak paling excited tak menyempat pengumuman habis dah pergi call umi , excited weh rindu separuh nyawa kot .

Malam ni kitorang tak ada prep malam , hanya ada perjumpaan aras sahaja untuk diberitahu tugas ii yang perlu dibuat sebelum pulang ke rumah masing masing . Kami diarahkan untuk mengemas dorm terlebih dahulu , baru akak dorm masing masing akan benarkan kitorang turun berjumpa ibu ayah , selagi tak kemas selagi itu la kami tak dibenarkan keluar dari dorm !

Selepas perjumpaan , aku cadang nak pergi call umi , maklumlah excited sangat nak balik . Aku dah pun inform umi petang tadi yang kitorang dibenarkan pulang ke rumah , cuma aku nak minta umi ambil aku lewat sikit untuk aku selesaikan semua tugas tugasku di asrama .

Sesampai di public , aku terlihat sosok tubuh kak farah sedang duduk di bench kayu bersama teman-temannya yang lain . Diorang yang ternampak aku terus memerhatikan aku dari bench itu , langkahku mula terhenti ketika aku sedar semua mata mereka terhenti tepat ke arahku , laju aku menundukkan mukaku , tak berani untuk bertatapan dengan akak akak senior duh , namun tiba tiba kak zeti mula bersuara

" Far , tu adik kau " kak zeti memulakan usikannya
" Ye far , cute do , eh g la sembang " sampuk kak husna pula
" dah ar far takyah memalu gini , tak macho do " sambung kawannya yang lain pula , mereka semua ketawa geli hati melihat wajah k farah naik merah menahan malu
" takpe la far , kitorang gerak dulu eh far , spend time dulu ngan adik , esok pun bole calling ii lagi , night far " . Lantas ketiga tiga dari mereka bangun dari bench dan terus melangkah ke arahku yang masih lagi beku di tangga , k far hanya diam tak berkutik

Aku yang tak faham dengan kelakuan mereka hanya menjongket bahu , kawan kawannya mula melintasi aku , hanya senyuman kecil yang dilemparkan mereka .

Aku berjalan mendekati kak farah , hanya satu satunya tempat kosong diruangan sebelahnya memandangkan di bench lain telah pun diduduki rata rata senior lain

" may I ? " tanyaku santun . pergh sumpah la tak tahu malu gila aku , dah la approach nak mati dengan muka dia

dia hanya mengangguk kecil . aku pun tanpa segan dan silu terus melabuhkan punggung disisinya . kami berdua hanya terdiam sepi dan mula melayan perasaan masing masing

dalam 2 minit dia mula bersuara dari pembisuan .

" perut okay dah ? "

aku yang terkejut dengan soalannya terus mengangkat kening . whatt ?! takde mukaddimah pape terus tuju perut orang

" mm . . mana akak tahu ? " jawabku terketar , masih tak membiasakan diri dengannya

dia melepaskan keluhan kecil

" haih akak ni akak dorm kamu , semua pasal adik dorm akak semuanya akak tahu , pasal perut tu tak payah tunjuk pun akak tahu mesti biru kan ? " tanyanya dengan keadaan risau , entahla tak menyempat pula aku nak usha bekas cubitan si aimi ni , entah biru ke purple ke hijau , i just dont know

aku hanya mendiamkan diri , dah tak tahu nak balas apa , hanya memikirkan dari mana dia tahu tentang perut aku ni . ni mesti kerja si shipah

" em " balasku pendek

" nanti lepas call jumpa akak dekat bilik iron , bawa bantal sekali "

aku yang mendengar arahan tersebut terus terkejut lalu membulatkan mata , seriuslah nak ajak aku sekali dalam bilik iron ? entah entah dia nak kenakan aku dengan kawan kawan dia .

My senior ! Where stories live. Discover now