Ms! 13

1.9K 121 8
                                    

Semua pelajar asrama dan pelajar luar dikehendaki berkumpul di dataran kerana hari ini akan diadakan aktiviti merentas desa , almaklumlah tengah bulan baru cikgu cikgu rasa nak merentas desa . Aku dan shipah sudah siap berada di dataran awal dengan sebotol air sambil menunggu para pelajar memenuhi ruangan dataran

" kau janji lari tunggu aku tau "

aku memalingkan muka memandang shipah sambil tersenyum , padahal dari pagi tadi sudah dipesan budak ini suruh menemaninya sepanjang aktiviti ini berlangsung.

" yee aku tunggu , pegang janji aku " ujarku sambil mengukirkan senyuman
" eh korang , aku nak ikut korang boleh tak ? "

aku yang sedang meliar mata mencari seseorang terus terkejut , dah kenapa dengan si marsya ni ? habis jatuh jantung aku dibuatnya dek sergahan marsya yang tiba tiba ini

" kau tak lari dengan aimi ke ? bukan selalu dia minta kau untuk selalu dengan dia ke ? " soal shipah sambil memandang muka marsya yang agak sedikit muram
" bukan macamtu , aimi tak sihat jadi dia tak joinla , aku ni pulak takde sapa nak teman lari , boleh la eh kasi aku join korang ? " marsya mula membuat puppy eyes
" yeelah join je la kitorang mana kisah pun " balasku kembali
" srslah korang tak kisah dekat aku ? korang tak sayang aku ke ? yela memangla kita baru kenal 3 bulan je tapi takkan takde langsung perasaan sayang korang kat aku huu huu " marsya membuat aksi pura pura menangis dengan meletakkan tangannya di kedua-dua belah hujung mata sambil berteriak seperti bayi , aduh budak ni

aku mula pelik dengan jawapan si marsya , eh budak ni lain yang dikata lain pulak yang dipaham , aku menjongketkan bahu dan memandangnya

" bukan macamtu maksud aku , i mean aku tak kisah pun sapa sapa nak ikot , kitorang sudi jee dengan semua orang "
" ouhh maksudnya kau sayang aku la kan ? " marsya mula menolak bahuku sambil menjongketkan kening dengan tersenyum senget , aku mula hairan dengan soalan marsya , sayang ? sayang sebagai ?

" mestilah sayang , kau kan kawan aku " ujarku kembali
" ohhh aku pun sayang kauuuuuu "

laju tangan marsya memeluk pinggangku , sewaktu dia memeluk pinggangku kak farah baru sahaja melintasi kami dan mata dia memandang tepat ke arah marsya , mukanya tiada sebarang reaksi , takde mood mungkin.
aku cuba menolak sedikit badan marsya supaya ke belakang , takut takut orang salah faham , tak ke malu aku nanti

" ehmm yela sayangla si fahrin ni sorang jee , aku ? " shipah mula mencelah
" kau aku sayang sikit ni je " sambil membuat jari seakan bentuk sekelumit
" ceh " shipah menjulingkan mata ke atas

aku mencari cari bayangan kak farah kembali , dia kan hebat dalam bersukan ? kenapa muka nampak macam tak excited je , adik tak join pun nak murung hm. Tak lama selepas semua budak mula berhimpun , akhirnya cikgu ashfa memulakan sesi penerangan , kami diberitahu track lelaki dan perempuan adalah track yang sama tetapi pelajar lelaki harus menggunakan track yang lebih jauh , dan pelajar perempuan akan membelok di satu selekoh untuk patah balik semula ke sekolah agar pelajar lelaki dan perempuan tak bertembung

" okay cikgu cikgu boleh ambil tempat masing masing , kita akan mulakan dengan aktiviti senamrobik dulu " umum cikgu ahsfa. Selepas aktiviti senamrobik berlangsung , giliran budak lelaki dulu mula berlari.

POTTTT ! hon sebagai penanda bermulanya acara larian dipicit oleh cikgu Azham. Pelajar lelaki menengah bawah berpusu pusu berlari meninggalkan dataran sekolah. Selepas semua kelibat pelajar menengah bawah hilang kini disusuli pula dengan pelajar lelaki menengah atas lari

Sehingga tiba digiliran kami , pelajar perempuan menengah rendah terlebih dahulu berlari aku dan shipah sempat memaut tangan. Marsya hanya pandang dengan muka tidak tertarik. Setelah hon dipicit kami semua berlari laju meninggalkan perkarangan sekolah. Yang tinggal kini hanya pelajar perempuan menengah atas.

My senior ! Where stories live. Discover now