Ms! 14

1.8K 127 16
                                    

" assalammualaikum " aku memberi salam perlahan , melangkah kaki masuk ke dalam dorm. Letih yang teramat hari ini. Kaki disusun menuju ke katil , harapan aku cuma satu , dapat tidur seharian pun sudah cukup. Mujurlah malam ini tidak diadakan prep , bagusnya warden ni sangat memahami pelajar asrama.

Aku merebahkan badan dikatil , sungguh nikmat yang dirasakan saat ini tiada tolak tandingnya. Seorang manusia pun tiada lagi didalam dorm , pergi makan agaknya. Memang aku diajak shipah dan marsya untuk turun makan tetapi aku sengaja menolak, malas rasanya nak kene beratur panjang. Lebih baik aku diet haha.
Aku memejamkan mata , mencuba untuk melawati alam mimpi.

" hoi aien ! "

deggg jantungku hampir luruh , suara dah la macam raksasa , kacau daun betullah , aku baru nak tidur , terkejut tahu tak

" pee ? " aku tak membuka mata , hanya menjawab sahaja jerkahannya tadi.

" kau ada nampak tak kak farah kat acara pagi tadi? "

mataku membuka luas , tahulah kau siapa yang obses sangat dengan si kak farah tu , ish tak senang hidup aku macamni. Baru je nak feeling jadi hero tau , kacau jela minah ni

" tak , kenapa ? " jawabku seakan acuh tak acuh. Sudahla , makin dilayan makin gila obses budak ni dengan kak farah.

" ada orang bagitahu aku kau ada papah dia kan tadi ? "

mashaallah mulut siapa durjana sangat ni , haih itulah padahnya buat kerja tak clean. ni mesti kerja si tehah tu.

" haah ada, kaki dia terseliuh tadi aku tolongla jap , asal ? "

" dia takde kawan kawan ke nak tolong yang sampai kau beria sangat nak tolong tu apehal ? okay fine , takpeee ni last je eh aku dengar kau buat dengan gf aku macamtu , papehal aku dengar lagi dari mulut orang, siap kau "

the fuck gf kau, geli geleman aku dengar. baru f1 tak sampai 3 bulan dah acah gangster. ishlahhhh

" hm tak hingin punlah " aku membuat muka menyampah dan mula mengalihkan badan memandang ke arah lain. Cubaan hendak tidur aku segerakan , cepatlah masuk alam mimpi , sudahla tinggal aku berdua je dengan minah serong ni

" kau cakap apa ? kau ni en memang meminta la " aimi menarik bajuku untuk memusing ke arahnya kembali , aku yang dah rimas dengan kelakuannya mula menghadapnya kembali

" ape kau ni ? eh sudahla tarik tarik baju pulak , aku penat tahu tak , kau tu yelah tak berlari terperuk saja dalam dorm ni , pastu nak acah gangster eh tepilah sikit aku nak tidur faham tak " aku menepik tangan aimi kasar. rimas tahu tak

" kau ni memang cabar aku en aien , aku sabar lama dah dengan kau ni , kau jangan ingat aku bodoh tak tahu yang kau pun ada hati dengan kak farah selamani " aimi menarik tangan aku dari katil , aku berdiri laju sambil tangan aimi sudahpun mencengkam kolar baju sukanku.

" berani eh kau tepis tangan aku , kau tahu tak aku ni siapa ? semua senior kenal aku la aien , kau jangan sampai akuu lapor kau kat kak malin biar kau kene gantung asrama sebab buli aku "

" eh jap sekarang siapa yang buli siapa ni , kau cakap pandang pandang sikit. kau jangan ingat kau gangster sangat aimi lepas kau dah pernah buat aku dulu , kau fikir aku takut ke dengan kau ? aku kata tepiiii , kau tepi sebelum aku mengamuk , aku letih ni !! btw sikit perasaan pun aku takde dekat kak farah , kau ingat aku macam kau ke , hamak perempuan , cis "

mata aku membulat memandang ke arahnya cuba untuk membuat pandangan seram , tetapi sedikit pun tiada riak takut diwajahnya .

" uish gangster teruk doh kau heh ? kalau aku taknak tepi kau nak buat apa ? "

My senior ! Where stories live. Discover now