Ms! 10

2K 135 6
                                    

Pagi ini aku bangun dalam keadaan muka yang masih sembap dek kerana menangis semalaman , berkali kali aku cuba untuk menyembunyikan mukaku supaya tiada yang ketahui tetapi harapanku jauh meleset apabila seorang demi seorang dormmate ku mula bertanya tentang keadaanku , tidak ketinggalan juga dengan sahabat baikku shipah

Semua soalan yang diajukan mereka aku hanya membalas dengan senyuman kecil , biarlah tiada siapapun yang tahu apa yang terjadi pada diriku , aku tak mahu menyusahkan sesiapa lagi

Selepas sahaja selesai makan di dm , aku dan shipah bergegas naik ke kelas . Almaklumlah baru je habis cuti , masih lagi banyak kerja sekolah kami yang tertangguh .

" weh kau buat sains ke ? subjek first sejarah kan ? " shipah yang sudah sedang menutup buku mula membuka kotak suaranya

" haah , tapi sejarah aku dah siap dah waktu kat prep semalam cuma sains jee belum siap lagi , sikit je lagi ni "

" ooo i see , eh btw kau bawak tak buku log untuk sains nanti ? "

aku mula menaikkan kening , buku log ? untuk apa ? bukankah sudah ada buku latihan panjang ?

" untuk apa buku log tu ? " balasku kembali menyoal

shipah menepuk dahi , kemudian dia mula terhinjut hinjut gelak , dah kenapa ?

" tula kau , lain kali cikgu Am kata kau kene la bagi perhatian , kan dah tak perasan , cikgu Am suruh bawak buku log untuk buat nota sains la , dia tak suka buku latihan panjang tu orang buat nota , yang tu untuk latihan saja , kata cikgu lagi buku log tu pulak ha nak hias apa dengan segala nota buat jela , tapi jangan dekat buku latihan panjang , cikgu Am tak suka "

aku mula menggarukan kepala , rasanya ada kot aku sediakan dari awal tahun buku log , entahla selama ni cikgu hanya bagi latihan sahaja , kenapa kalini angin cikgu berubah nak ajak buat nota pulak ?

" aku ada je buku log tu cuma dekat dorm , eh agaknya sempat tak nak naik dorm ?  kang tak pasal kene maki pulak dengan cikgu Am tu " ujarku separa gelak , shipah mula mengerling jam tangan pinknya itu

" sempat lagi ni , sekarang baru 7:20 , kelas kan mula 7:40 "

" ohh okay , takpela aku pergi dulu , kalau si Aimi penolong ketua kelas aka kawan baik kau tu tanya mana aku pergi jawab je aku gi tandas "

" ha okay , ish sudah la tak habis habis kenen kenenkan aku dengan dia , tanak aku berkawan dengan budak attention seeker tu , btw kau nak aku teman tak ? "

" hahahah okay okay sorry , takpela ish takpayah la bukannya ada hantu pun siang siang ni , kang sapa pulak nak cover aku kat minah tu nanti ? "

" haah la betul jugak tu , dahla kau pergi la amik buku tu , jangan pergi merayau pulak "

" hehe tak tak " aku mula melangkah keluar dari kelas , kakiku laju menuju ke pagar asrama , moga moga pintu pagar asrama tak dikunci lagi

berkat doaku sepanjang jalan , alhamdulillah pintu pagar asrama tidak dikuci , aku mula melangkah anak tangga dan bergegas ke dorm , kejap lagi nak mula kelas dah . sesampai sahaja di dorm , aku mula menguak pintu perlahan , jap lampu dorm tak tutup ? wait sapa yang tak pergi sekolah ni ? hati kecilku berdesis . aku melihat kelibat seseorang yang sedang berbaring lemah di atas katil sambil menyelubungi dirinya dengan selimut purple , eh tu kak farah ?

aku melepaskan keluhan lemah , malas hendak dihirau lantas kakiku mula berjalan menuju ke loker , aku terdengar berkali kali kak farah melepaskan batuk , dia demam ke ? sewaktu aku menutup pintu loker , bunyi pintu bergesek agak sedikit kuat , lantas aku tengok kak farah yang mula bergerak sedikit demi sedikit , janganla dia tersedar , tolong ya Allah

My senior ! Where stories live. Discover now