ms! 9

1.8K 160 16
                                    

Tepat jam 11 malam , hanya aku seorang sahaja yang masih berdiri di balik tembok aras , membuang jauh buah fikiran sambil menunggu kehadiran kak farah . Yang lain semuanya sedang siap untuk masuk tidur

Teringat kejadian sewaktu di dalam dorm tadi , ramai berpusu menanyakan tentang keadaan kak farah yang kelihatan agak tidak ceria , tetapi langsung tak dijawab malah dia hanya membalas dengan senyuman kecil sahaja

" hm marah aku lagi la tu , 11:07 minit dah ni , kesiannya kat dia aku buat macamtu " gumamku seorang diri

" yelah kau ni pun , dia senior kot , awal awal kau dah hukum dia macamtu , takkan dia tak terasa , terkilan la dia , kau pun bukannya nak tanya dulu tentang hubungan aimi dengan dia , ish kenapa la aku ni bengap sangat " sambung omelan ku lagi

aku mengetuk ngetuk kepalaku sendiri menandakan marah dan malu akan kebodohan diri .

" uish kenapa ni , asal macam ni ? "

degg ! aku terkejut , ya allah manusia sorang ni , kang ada yang kena campak dalam gaung ni kang

" ya allah akak , terkejut saya " aku mula mengurut dada perlahan , terkejut ya rabbi

" eh eh sorry , akak lupa nak bagi salam , assalammualaikum cutie " dia melemparkan senyuman manisnya , haih kak ariana ni

" waalaikumsalam , ha akak ni dari mana ni , kenapa tak masuk tidur lagi ? "

" ehh ehh akak memang selalu stay up memalam laa , nak study , tahun ni kan ada exam penting untuk form 4 , tu yang gigih sikit ni ha study "

" ooo gitu , paham paham , tapi akak bukan aras atas ke ? macam mana boleh sampai sini ? "

" lah , akak tadi pergi musolla bawah , ada study group ngan kengkawan , tengah naik tangga nampak pulak si aien ni ha ketuk ketuk kepala pulak , dah kenapa entah hahahaha " dia menggelakkanku , entah apa yang lawaknya , kelakar sangat ke sampai terhinjut hinjut bahu dia ketawakan aku

" ermm ouh patutla " aku hanya mengukir senyuman kecil , kemudian aku mengalihkan pandanganku memandang suasana langit malam , terlihat di sekeliling bulan dihiasi dengan sinar sinar bintang , alangkah indahnya jika aku yang menjadi bintang , boleh aku memberi sinar didalam hidup kak farah , eh eh dia buat dongeng pulak dah

" aien , kenapa ni ? ada masalah ke ? meh story ngan akak nak ? " kak ariana yang seakan memahami perasaanku cuba menepuk tanganku perlahan , aku pula yang sedari tadi asyik melihat bintang kini beralih pandang memandangnya kembali

" eh manadalah , kenapa tanya macamtu ? segan pulak saya , saya okay je la " balasku cuba menafi pertanyaannya

" jangan nak tipuu , akak tengok kamu macam ada problem je , yela orang lain semua dah masuk tidur , ada yang dh ke planet pluto dah pun tapi kamu sorang je yang masih kt sini , nak segan nape entah , akak je pun bukannya orang lain , lagipun akak tahu aien kamu ada benda tak terluah kan ? takpe jangan risau , share je problem dengan akak , akak janji akak tak cerita kat orang lain , betul "

aku yang mendengar kata katanya agak sedikit terharu , masih ada jugak orang yang sudi mengambil berat tentang diri aku ni

" hmm , saya takde papepun akak cuma saya ... "

" saya apa ? " dia bertanyakan kembali

" takde papelah akak , saya okay je , saya duduk kat sini pun sebab nak amik angin malam cuma saya rindukan umi saya , saya rindukan masakan umi saya , tu yang tak dapat nak lelap ni " aku cuba berbohong , dalam hati dah beribu kata maaf dilontarkan , bukan niat nak menipu tapi lebih baik kalau dia tak tahu , lagipun dia juga agak rapat dengan kak farah

" ouh ni kes rindu mak la ni en ? "

aku hanya membalas dengan anggukan kecil sahaja , tiba tiba terasa bahuku disentuh , dia melebarkan lengannya lalu memeluk bahuku

" aien , akak pun sama rindukan mak akak , tapi kita kene faham aien , mak kita hanya nakkan yang terbaik untuk anaknya , sebabtu dia hantar kita kat sini , aien dengar sini ye , kalau aien rindu dengan mak aien doakanlah dia , semoga dia dapat rasai kerinduan aien dari jauh , jangan sedih sedih dah , dia pun mesti rindukan aien , mak mana yang tak rindukan anak , kan ? " sambung kak ariana dihiasi dengan senyuman manisnya dibibir

dia menarik perlahan bahuku supaya kepalaku bersandar dibahunya , aku mula melentokkan kepala di bahunya dan seakan merasai sikap dia ini membuatkan aku jauh lebih tenang , membuat diriku damai dengan pujukan lembutnya .

" terima kasih akak , terima kasih sebab faham saya "

" aien jangan risau , i will always with you , nanti esok tengokla akak pegi maghoh si faghoh tu hah , amboi ni apa biar adik dorm dia sedih sensorang ni " kata kak ariana sambil bercekak pinggang , dah macam makcik makcik

aku yang terdengar kata katanya laju mengangkat kepala dan memandang mukanya

" eh jangan akak , akak janji dah kan tanak cerita dengan sapa sapa "

" hahah ye tau cutie , akak gurau jelah , ye akak janji , termasuk farah akak takkan cerita kat sesiapa pun , pinky promise ? "

" pinky promise " balasku kembali

selepas selesai sahaja bersembang , aku mula meminta diri , jam sudahpun menunjukkan 11:45 malam

aku menghantar kak ariana sampai di tangga , kemudian aku bergegas ke tandas mencuci muka dan memberus gigi , selesai sahaja , aku terus melangkahkan kakiku masuk ke dalam dorm

" tutup lampu jap siapa yang baru masuk tu " aku yang terdengar suara tersebut laju menoleh , terlihat tubuh si aimi yang sedang berbaring disebelah kak farah di atas katil , rasanya kak farah dah lama masuk di alam mimpi tetapi aimi pula tidak nampak seperti boleh melelapkan mata

aku mengeluh kecil , laju jari aku menekan suis lampu , entah kenapa hatiku rasa sakit sekali dengan apa yang dilihat tadi , air mataku hendak tumpah tetapi aku sempat menahan , aku terus membawa diri melangkah menuju ke katil , keindahan malamku kini hilang bagai ditiup angin

" akhirnya kak farah , terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya selamani , terima kasih dah gantikan pengganti di tempat saya " air mataku mula menitik membasahi bantal , aku membiarkan sahaja air mataku jatuh , jujur aku dah tak kuat untuk menahan

" akak saya tak boleh tidur la " ~ rengekan manja

" ermm tak boleh tidur ? kenapa ni , aimi takut ke ? meh sini meh tidur dekat lengan akak , akak ada ni " terdengar suara kak farah yang dalam keadaan serak serak basah , aku terkedu , tempat aku :) kini telah hilang

laju air mataku mengalir saat terdengar suara aimi mengucapkan perkataan selesa berada dekat dengan kak farah , aku masih lagi cuba memujuk hati , tidak mahu kalau mereka terdengar tangisanku ini

aku mula berzikir dan beristighfar semampu yang aku boleh , akhirnya aku mulai terlelap dengan keadaan mata yang masih lagi berair

" saya ikhlaskan , kak farah :) "

Jika ini takdir Tuhan untuk aku
aku terima , dengan hati terbuka
Aku doakan yang paling baik
untuk kau
hati kau
dan kebahagiaan kau
Cuma satu hal yang perlu kau tahu
tunggu itu sakit
dan aku sedang sakit :)

:)





*************

Hai tanak vote ke ? alahhhh paiti , korang acer tekan sikit vote and comment kat bawah manatahu ada yang kurang , bolehlaa saya perbaiki hehe :) weh sorry la kalau tak best tau , thanks semuanya sebab sudi baca , sayang awokawok muwe , muah muah , ms! 9 is doneeee ! tbc ~

My senior ! Where stories live. Discover now