"Thank you dah temankan aku shopping tadi, bye!" Sunoo melambaikan tangan sebelum masuk ke dalam rumahnya. Aku membalas lambaiannya kemudian membuka langkah menuju ke rumahku, rumah kami bersebelahan jadi cuma mengambil beberapa langkah saja.Aku menghentikan langkah dimuka pintu saat menerima mesej daripada Jungwon. Aku meneguk liur sebelum membuka mesejnya.
Jungwon!🦋❤
Hyun, kenapa kau tanya
aku free ke tak kelmarin?Ada hal penting ke?
Takde lah. Saja. √√
Em, kau terasa ke? ㅠㅠ
Sorry lah sorry sorry ʕง•ᴥ•ʔงMana ada terasa. √√
Aku tersenyum melihatnya meminta maaf padahal aku memang dah okey. Baru saja aku cuba membalas mesejnya lagi masa ni lah aku terdengar suara ibu aku menjerit. "AHHH!" Bahu aku terhinjut terkejut.
Jungwon!🦋❤
Aku off dulu √√
Lantas aku memulas tombol pintu kemudian berlari ke tingkat atas, aku menolak pintu bilik ibu. Aku menekup mulut ketika melihat ibu aku sedang menangis sampai terduduk. "Eomma, kenapa ni?"
Ibu mengangkat muka untuk memandang aku, dia menghapus air matanya. Dia mengukir senyuman palsu. "Tak ada apa lah. Kamu pergi lah turun makan, makanan dah siap tu"
Ibu cuba untuk menolak aku keluar tapi aku menghentikannya. "Eomma okey ke? Ke eomma bergaduh dengan appa?"
Ibu menggelengkan kepalanya laju. "Pergi lah makan, sayang" Kepalaku diusap lembut membuatkan aku rasa mahu mengalah. "Tak apa lah. Hyun makan dulu" Aku keluar dari bilik ibu kemudian menuju ke tingkat bawah.
Penat aku mencari kelibat ayah aku tapi tak jumpa jumpa juga. Aku yakin ayah aku pun ada dekat sini tadi dan aku yakin mereka berdua bertengkar.
Aku mengeluh.
Hari ini aku bangun lewat sebab penggera aku tak bunyi, betul-betul menyusahkan. Aku berlari anak menuju ke perhentian bas.
"Hyun!" Panggil Jungwon sambil melambaikan tangannya. Nampaknya dia pun bangun lambat hari ni.
Aku membalas lambaiannya dan berhenti berlari, tanganku berada dilutut sementara mengatur pernafasan.
"Lama tau aku tunggu kau, kenapa kau lambat?" Soal Jungwon, aku mengangkat muka memandangnya. Dia menunjukkan wajah cemberutnya itu. Aku tak sangka dia tunggu aku.
"Alarm aku tak bunyi hehe. Kenapa kau tunggu aku? Nanti kau kena denda sebab aku macam mana?"
"Tak apa, yg penting aku nak pergi sekolah dengan kau sama-sama"
Jantung aku berdegup kencang tak boleh bawa bincang. Aku tahu dia cuma anggap aku sebagai kawan tapi aku selalu salah faham. Signal yg dia bagi kadang-kadang menunjukkan macam dia pun sukakan aku.
"Oh iya, aku ada belikan plushie arnab untuk kau kelmarin" Aku membuka zip beg kemudian aku mengambil plushie arnab yg aku maksudkan tadi.
Belum sempat aku menghulurkan kepadanya, dia dah rampas dulu. Suka betul. "Wah! Comel weh, sekarang kita berdua dah ada plushie" Dia tersenyum lebar.
"Sama-sama" Kataku sambil menggulingkan biji mata.
Dia ketawa perlahan. "Thank you" Ucapnya. Aku menganggukkan kepala sebagai respon.
Jungwon menyumbat plushie tersebut ke dalam begnya sebelum duduk ke atas bangku semula. Dia memetik jarinya seperti teringat sesuatu. "Betul ke kau tak marahkan aku?"
"Laa, aku cakap aku tak terasa kan? Chill lah" Aku membalas, menggelengkan kepala.
"Hehe betul lah tu, siap belikan aku plushie lagi. Aku ingatkan kau masih marahkan aku"
Aku sekadar menggelengkan kepala, dalam kepala aku sekarang cuma ada satu je. Patut ke aku mengaku sukakan dia cuti hujung minggu ni? Aku menganggukkan kepala, aku kena beranikan diri untuk ajak dia keluar sebelum Yeeun dapat dia dulu.
"Kalau kau tak nak aku marah ataupun terasa, jum keluar tengok wayang hujung minggu ni. Nak tak?"
Dia menganggukkan kepalanya setuju. "Okey!"
YOU ARE READING
❝Happy Ending❞ + Jungwon
RomanceKebiasaannya, kisah percintaan pasti akan berakhir dengan sebuah pengakhiran yg bahagia. Aku dan Jungwon pun boleh macam tu kan? - 50℅ BASED ON TRUE STORY ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 13 July 2021 Start : 27 July 2021 En...