Aku merenung Jungwon sambil menongkat dagu, dia main bola sepak pun nampak kacak. Penat fangirl. "Hyun!" Bahu aku terhinjut bila nama aku disebut oleh rakan sekelas aku. Yoon namanya."Syok tenung Jungwon nampak" Aku tak tahu lah dia mengusik ke apa, dia duduk disebelah aku dan turut melihat Jungwon yg sedang bermain boleh sepak disana.
"Mana ada lah. Aku tengok semua orang yg main dekat situ" Nafiku.
"Kau sangka aku tak tahu ke? Kau sukakan dia, kan?" Mana dia tahu aku suka Jungwon ni? Aku cuba sebaik mungkin untuk tidak gelabah.
"Kalau aku suka dia pun. Kenapa?"
Dia merangkul bahuku dengan rapat. "Aku bukannya apa but kau tahu kan dia tu famous? Hampir semua perempuan dekat sekolah ni suka dia jadi cepat cepat lah confess"
Aku memandangnya keliru, aku ingatkan dia nak buli aku hanya kerana aku sukakan Jungwon. Rupa-rupanya dia berbeza, tak ada perasan dekat Jungwon bukan macam aku ni hm.
"Kenapa tengok aku macam tu? Aku tak suka dia lah. Kau rapat dengan dia kan?" Muka dah lah cantik, perangai pun cantik. Shim Jayoon. Dia macam Jungwon, terkenal.
Aku menganggukkan kepala. "Macam mana kau tahu?"
"Aku selalu tak sengaja nampak kau dengan Jungwon berdua bila dekat luar sekolah and masa tu juga lah aku selalu nampak reaksi kau yg ketara sangat tu"
"Ha? Ketara macam mana tu?"
"Ketara sangat kau nervous bila dengan dia selepas tu pipi kau merah macam tomato fuh. Aku ship kau dengan dia, Hyun"
Aku tersengih. "Ship apa pula ni"
"Eleh malu lah tu. Kau kenal dia dah lama ke?"
"Ha'ah, aku kenal dia sejak darjah 2 dulu dia ni.."
Aku terlalu syok berborak pasal Jungwon sampai hampir terlupa orang yg berada disebelah aku ni, Shim Jayoon. Aku tak sangka Yoon ni jenis peramah macam ni.
Sunoo🦄
Woi Hyun. Aku kecewa dekat kau
Hari ni first day aku tapi kau
tak usya kelas aku punEh! Aku lupa weh ampun! √√
K skrg aku gi situ √√Macam mana lah aku boleh lupa hari ni Sunoo dah boleh masuk sekolah. Aku memasukkan telefon ke dalam poket skirt sebelum bergegas ke kelas 4 -1
Aku melambaikan tangan kepada Sunoo yg sibuk berborak bersama dua orang rakannya. Dia membalas lambaianku lalu dia berbisik memberitahu rakannya itu yg dia harus pergi. Sunoo menghampiri aku. "Nasib kau tak lambat. Okey sekarang, bawa aku ronda satu sekolah ni"
"Heh kau suruh aku datang sini sebab nak aku ronda satu sekolah dengan kau? Tch, kau fikir kau Jungwon ke?" Aku menjeling ke atas, sikit-sikit aku yg jadi mangsa.
"Eh, dah lama aku tak dengar nama crush childhood kau tu"
"Bukan childhood aje tapi sampai sekarang. Dia satu kelas dengan aku, jodoh kan?" Aku mula riak.
"Jodoh apanya, confess pun tak berani hak alah"
Aku menampar bahunya lalu aku melangkah meninggalkan dia dulu. Dia menjerit meminta tunggu.
Jungwon menghentikan langkah saat melihat Hyun bersama dengan Sunoo. Dia tidak tahu kenapa dia lebih memilih untuk memerhatikan mereka daripada masuk ke dalam kelas.
Rasa ingin tahu mula muncul di dalam dirinya.
"Who the hell is that boy?"
YOU ARE READING
❝Happy Ending❞ + Jungwon
RomanceKebiasaannya, kisah percintaan pasti akan berakhir dengan sebuah pengakhiran yg bahagia. Aku dan Jungwon pun boleh macam tu kan? - 50℅ BASED ON TRUE STORY ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 13 July 2021 Start : 27 July 2021 En...