Akhirnya hari yg aku tunggu tunggu selama ni tiba juga, aku mundar mandir sambil menggigit kuku memikirkan baju apa yg aku patut pakai hari ni. Aku mesti cantik-cantik untuk Jungwon hari ni tapi kenapa hari ni semua baju aku nampak buruk?Aku mengerling ke arah jam dinding, ah tak guna 2 jam lagi kami janji nak keluar. Aku tak ada pilihan selain meminta pertolongan Yoon. Aku menebalkan muka menahan malu untuk menghantar mesej kepadanya.
Yoon Pretty <!3
Hello, Yoon? Aku tau ini tiber but
kejap lagi aku nak keluar dengan
Jungwon. Aku plan nak confess dekat
dia hari ni. Tapi semua baju dalam
almari aku buruk. Kalau kau tak
keberatan boleh pinjamkan aku
baju kau tak? ╥﹏╥ √√I'm so sorry if i'm being
annoying √√Uish, panjangnya krangan
What- kau nak confess hari ni?!
Omg aku sokong kau jadi mesti
lah aku akan bnatu kau dnegan
senang hati! Japgi aku sampaj
dengan baju and make up (╭☞•́⍛•̀)╭☞Omg thank you! ♡ √√
Nasib baik Yoon ada, aku tak sangka dia terus setuju macam ni. Baik betul.
Berkat bantuan Yoon akhirnya aku siap, cantik betul aku hari ni dah macam orang lain. Aku mengenakan gaun pendek putih yg simple dan sedikit make up. Aku tak sentuh rambut aku sengaja biarkan seperti hari biasa sebab tak nak lah nampak terlalu melebih.
Yoon menepukkan tangan bangga dengan hasil kerjanya. Dia membelek belek muka aku perlahan. "Nice! Cantik betul, kalau macam ni belum confess lagi pun terus kena accept"
Aku menampar bahunya malu. "Ish kau ni, dah lah tu hm. Tapi aku rasa dia takkan terima aku" Sambungku lagi, tiba-tiba mood aku berubah.
"Mana boleh macam tu, kau kena yakin. Dia layan kau elok elok kan? Mana tahu dia pun suka kau dalam diam, kita tak tahu kan?"
Aku mengeluh sebelum menganggukkan kepala perlahan. Masih ada keraguan. Yoon menepuk bahuku perlahan. "Kau terlalu cantik untuk mengayuh basikal jadi biar aku tumpangkan kereta ayah aku, dekat bawah sana tu"
Mataku sedikit membulat kerana terkejut. "Tapi, aku segan lah"
"Ei jangan macam tu, kau kan kawan aku. Apa salahnya?"
Aku tersenyum mendengar perkataan 'kawan' itu, aku tak sangka aku berkawan dengan Yoon yg terkenal ni. Dia dah lah cantik kaya pula tu tapi tetap rendah diri. Akhirnya aku menganggukkan kepala setuju.
Aku dan Jungwon berjanji untuk berjumpa ditaman Chamber 5 tapi aku meminta Yoon menurunkan aku ditepi jalan. Aku sengaja tak nak Jungwon nampak aku ni naik kereta orang lain.
"Tak apa ke kau turun dekat sini?" Yoon bertanya risau, aku menganggukkan kepala laju.
"Ya tak apa, 5 minit berjalan nanti sampai lah aku dekat taman Chamber. Jangan risau. By the way, thank you so much!"
Dia menganggukkan kepalanya dengan senyuman. "No hal lah. Okey lah kalau macam tu. Goodluck!" Selepas itu Yoon memberitahu pemandu peribadinya itu untuk memandu kereta pergi.
Aku menarik dan menghembuskan nafas sambil mengumpulkan keberanian. "Kim Hyun, kau boleh. Dia tak akan tolak kau punya" Aku memberi semangat kepada diri sendiri.
YOU ARE READING
❝Happy Ending❞ + Jungwon
RomantikKebiasaannya, kisah percintaan pasti akan berakhir dengan sebuah pengakhiran yg bahagia. Aku dan Jungwon pun boleh macam tu kan? - 50℅ BASED ON TRUE STORY ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 13 July 2021 Start : 27 July 2021 En...