Hyun berdiri di ambang pintu melihat ibunya yg sedang sibuk memasukkan beg bagasi mereka. Tak ada niat mahu membantu, matanya cuma fokus memandang langit dengan fikiran yg kosong."Hyun, tolong lah eomma ni"
Hyun tidak menjawab ataupun menolak tapi dia membalas dengan tindakan. Dia membantu ibunya memasukkan beg bagasi yg terakhir.
"Pergi lah jumpa ayah kamu buat kali terakhir"
Hyun menganggukkan kepalanya lalu menghampiri Tuan Kim yg memang berdiri disisinya dari tadi. Tuan Kim memeluk anak perempuannya itu dengan erat. "Hyun jaga diri dekat sana ya? Jangan lupa call appa kalau ada apa-apa, okey?"
Hyun menganggukkan kepalanya sebelum membalas pelukan ayahnya. Kepalanya diusap lembut.
"Jaga makan minum ya?" Dia menganggukkan kepalanya sekali lagi. "Appa pun. Hyun sayang appa sangat-sangat" Air matanya mengalir.
"Ei jangan nangis. Appa boleh pergi sana jumpa Hyun nanti. Jangan risau"
"Cepat Hyun, kita mesti pergi" Ujar ibunya yg sudah bersiap sedia untuk memandu kereta. Dengan berat hati Hyun terpaksa melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Dia melambaikan tangan kepada ayahnya.
"Tak apa. Kamu buat keputusan yg betul Hyun" Ucap ibunya, cuba untuk menenangkan hati Hyun.
Hyun menganggukkan kepalanya.
Ting!
Dia membuka telefon saat mendengar bunyi pesan masuk, betul jangkaannya mesej itu daripada Jungwon.
Jungwon! 🦋❤
I'm sorry for everything.
Ily. Take care :)Hyun merenung lama mesej daripada Jungwon itu, hatinya rasa sangat sakit sekarang. Dia tahu dia tak sanggup tinggalkan Jungwon macam ni tapi dia degil juga.
Fikirannya berubah.
Tak mahu membuang masa lagi dia terus mendail nombor telefon Jungwon. Dalam masa sedetik panggilannya diangkat.
"Hyun. Kau tak jadi pergi Jepun ke?"
"Aku tak boleh pergi macam ni. Tunggu aku dekat tempat kelmarin. Aku nak bagitahu sesuatu" Selepas itu dia terus menamatkan panggilan.
"Eomma, boleh berhenti dekat taman Chamber 5 tak? Hyun nak ucap selamat tinggal dekat seseorang yg istimewa"
Ibunya mula memandu menuju ke tempat yg disebut anaknya tadi tanpa menanyakan soalan.
Selepas beberapa minit memandu kereta akhirnya mereka sampai ditaman Chamber 5. Hyun segera keluar dari kereta, dia melihat sekeliling mencari kelibat Jungwon tapi tak jumpa jumpa. Sepatutnya lelaki tu sudah sampai disini lebih awal daripada Hyun.
Pelik. "Mana Jungwon ni? Masa aku tak banyak ni" Hyun mula risau.
"Aku mesti bagitahu dia yg aku masih sukakan dia tapi kenapa dia tak muncul muncul lagi? Gila, kenapa aku ego gila. Aku tak sepatutnya buat macam ni" Dia rasa nak nangis pun ada tapi semua tu tak berguna lagi.
"Hyun! Kita mesti pergi sebelum terlepas flight. Masuk cepat"
Hyun terpaksa masuk ke dalam kereta tapi matanya tetap melihat sekeliling. Mana tahu Jungwon terlambat kan. Tapi malangnya kelibatnya tidak kelihatan sehingga kereta menjauh.
Dia masih tak percaya yg dia pergi meninggalkan Jungwon sebelum menyatakan perasaannya.
Mungkin,
Ada sesuatu yg tak baik terjadi pada Jungwon semasa dalam perjalanan ke sini? Mesej Hyun tidak dibalas dan panggilannya juga tidak diangkat. "Macam ni ke pengakhiran kami?"
Macam tu saja,
Hyun pergi meninggalkan Jungwon ataupun lebih tepat lagi pergi meninggalkan cinta pertamanya. Mungkin untuk selamanya.
YOU ARE READING
❝Happy Ending❞ + Jungwon
RomanceKebiasaannya, kisah percintaan pasti akan berakhir dengan sebuah pengakhiran yg bahagia. Aku dan Jungwon pun boleh macam tu kan? - 50℅ BASED ON TRUE STORY ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 13 July 2021 Start : 27 July 2021 En...