Aku merenung plushie pemberian Jungwon 2 tahun lalu itu. Masih elok lagi. Bila aku rindukan Jungwon mesti aku peluk plushie ni erat erat.Aku mengusap kepala plushie itu perlahan. "Guess what apa yg eomma aku baru bagitahu aku tadi? Esok kami akan balik Korea kejap atas hal bisnes. Jadi boleh lah aku lawat Jungwon. Kau percaya tak? Aku pun tak" Aku memeluk erat plushie tersebut.
"Hah, mungkin aku nampak gila cakap dengan plushie tapi aku tak sabar nak balik Korea. Aku rasa takut, gemuruh dan teruja dalam masa sama"
Boleh ke aku jumpa Jungwon esok?
Aku bertemu Riki untuk mengucapkan selamat tinggal sebelum menuju ke lapangan terbang. Aku meleraikan pelukan kemudian menampar kuat belakangnya bila dia mula ingin menangis. "Nanti aku bagi update pasal semuanya dekat sana. Kau jangan risau"
Riki menganggukkan kepalanya menahan air mata, aku ketawa kecil. "Bye!"
Aku melihat sekeliling sebelum masuk ke dalam perut kereta. Rasa berat hati meninggalkan Jepun.
Tapi Korea lebih penting. Orang yg aku sayang setengah mati itu berada disana, mungkin.
Aku merenggangkan badan selepas turun dari kapal terbang, penat duduk dengan posisi yg sama selama berjam jam. Aku mendepakan tangan merasakan angin.
Terlalu banyak kenangan disini. Manis, sedih dan pahit semuanya ada disini.
"Jum" Ajak ibu.
"Jum!" Aku mengukir senyuman sebelum masuk ke dalam teksi.
Hari ini aku membuat keputusan untuk keluar ambil angin. Bosan duduk dalam rumah tu. Aku menyumbat earphone ke dalam telinga. Aku memainkan lagu kegemaran aku, Flower Road - Sejeong.
Selepas 20 minit berjalan, akhirnya aku terserempak dengan seseorang yg familiar. Jay. Kami melihat sesama sendiri buat seketika sebelum aku memanggilnya. "Jay!"
Dia sekadar memekakkan telinganya dan cuba untuk pergi macam tu saja. Aku berlari anak menghampirinya. "Jay! Tolong lah jangan pergi macam tu je. Kalau ya pun tolong bagitahu aku Jungwon ada dekat mana sekarang ni"
Dia menepis tangan aku dengan kasar. "Kau tak malu ke datang sini? Semua ni salah kau tau"
Ah. Sakit sangat. Setiap kali mendengar ayat itu aku rasa seolah-olah hati aku ditikam berkali kali. Aku tak boleh berbuat apa selain menangis. "A-aku tahu ni salah aku. Tapi aku pun rindukan dia. Aku tak boleh gembira selepas berpisah dengan dia. Tolong aku" Aku mula merayu.
Jay membalas. "Dia hilang ingatan. Dia dah tak ingat sesiapa termasuk kau. Jadi putus asa lah sekarang. Dia dah pindah rumah. Itu je lah rasanya yg aku boleh bagitahu dekat kau"
Lutut aku terasa sangat lemah sekarang, aku terlalu terkejut sampai terduduk. Dia tak ingat? Habis tu macam mana dengan kenangan kami semua?
"Jangan munculkan diri kau depan dia lagi. Sejujurnya aku menyesal tolong korang berdua berbaik dulu" Itu lah ayat terakhirnya sebelum meninggalkan aku pergi.
Aku cuba sebaik mungkin untuk berhenti menangis, tapi tak boleh juga. "Sekurang-kurangnya dia mesti tahu yg aku tak pernah berhenti sukakan dia."
Kenapa nasib aku macam ni?
YOU ARE READING
❝Happy Ending❞ + Jungwon
RomanceKebiasaannya, kisah percintaan pasti akan berakhir dengan sebuah pengakhiran yg bahagia. Aku dan Jungwon pun boleh macam tu kan? - 50℅ BASED ON TRUE STORY ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 13 July 2021 Start : 27 July 2021 En...