Sekarang kelas bahasa Inggeris tapi cikgu tak datang hari ni jadi kami semua sibuk buat hal masing-masing. Aku merenung lama nama kenalan Jungwon, masih ada 20 mesej aku belum baca lagi. Sebenarnya aku teringin nak buka tapi tak boleh, kalau aku baca mesti aku susah nak move on."Kau block number dia ke?" Yoon yg berada disisi aku bertanya, aku pun tak tahu dah berapa lama dia tengok aku tenung skrin telefon ni.
Aku menggelengkan kepala sebagai respon. "Aku tak nak, entah lah aku pun tak tahu kenapa. Mungkin aku nak tengok usaha dia juga tapi.. Macam tak guna je. Dia bukannya suka aku pun"
"Dia ada hantar mesej ke?"
"Ada, hampir setiap hari dia hantar tapi hari ni dia senyap"
"Dia dah give up lah tu, dia bagi kau masa untuk move on"
Aku mengeluh tidak tahu mahu membalas apa. Nampaknya, hari ni dah genap seminggu kami tak bertegur sapa langsung dan selama itu juga lah aku cuba semua benda untuk move on tapi masih tak ada perubahan langsung, sembang kata nak buang perasaan ni tapi masih berharap Jungwon hantar mesej. Bodoh.
Aku meraup muka lalu aku mencuri pandang wajah Jungwon, dia sibuk menulis sesuatu. Fokus betul sampai tak perasan aku tenung dia.
Eh gila, aku tarik balik kata-kata aku. Dia perasan aku tenung dia, sekarang dia membalas pandangan aku. Aku berdehem kemudian membuang pandangan ke tempat lain. Sumpah aku berdebar debar teruk sekarang, nampak sangat aku masih sukakan dia.
"Susah macam ni, aku terlalu sukakan dia"
Lama aku diam memikirkan cara baru untuk buang perasaan ni. Aku memetikkan jari bila teringat cadangan Yoon, mungkin aku patut cari pengganti. "Yoon, tunjukkan aku gambar para lelaki yg kau bagi aku tengok haritu"
"Eh?! Kau serius ke?" Dia membelek belek muka aku untuk memastikan aku tak gila. Aku menganggukkan kepala bermaksud aku memang betul-betul serius.
"Bagus Hyun. Pilihan yg benar! Okey, pilihan 1 nama dia--" Dia mula memperkenalkan semua lelaki yg entah dia jumpa dari mana itu.
Hari yg aku tunggu akhirnya tiba, hari ni aku akan jumpa lelaki yg aku pilih kelmarin. Sementara Yoon membuat rambutku, aku melihat lihat beberapa gambar lelaki tu. Nama dia..
"Kejap, siapa nama dia? Aku lupa lah"
"Park Sunghoon. Kau ni, baru 17 tahun tapi dah nyanyuk"
Aku ketawa perlahan, jadi nama lelaki ni Park Sunghoon lah? Aku mengamati gambarnya. "Handsome betul" Aku memuji perlahan.
"Kan, tapi single. Mungkin dia tunggu kau. Okey ta-da! Dah siap pun rambut kau"
Aku yg nak marah dia terus tak jadi bila melihat rambut yg sudah siap, rambut aku sedikit kerinting tapi cantik. "Aku tak pernah terfikir pun aku akan nampak cantik dengan gaya rambut curly macam ni. Selepas ni aku nak cuba lah"
"Memang kau patut pun. By the way, aku kena balik ni, ayah aku tiba-tiba suruh balik. Sorry tau aku tak boleh hantar kau"
"Tak apa, semua ni dah cukup dah--" Ayat aku putus bila Yoon sudah berlari keluar tergesa-gesa.
"Bye!"
"Bye" Aku membalas perlahan. Okey aku mula gemuruh nak jumpa Park Sunghoon tu. Macam mana kalau dia tak suka aku?
"Whatever, nak tak nak aku kena cuba juga"
YOU ARE READING
❝Happy Ending❞ + Jungwon
RomanceKebiasaannya, kisah percintaan pasti akan berakhir dengan sebuah pengakhiran yg bahagia. Aku dan Jungwon pun boleh macam tu kan? - 50℅ BASED ON TRUE STORY ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 13 July 2021 Start : 27 July 2021 En...