Tak mahu membuang masa lagi aku terus menolak pintu bilik Jungwon. Dua orang rakannya menoleh melihat aku. Riak muka salah seorang daripada mereka berubah menjadi gelabah, mereka saling tampar menampar belakang masing-masing.Tak tahu harus berbuat apa jadi aku memperkenalkan diriku. "Erk, saya Kim Hyun"
"Ah ya, weh jum keluar cepat!" Dia menjerit dalam berbisik, aku masih dapat mendengar dengan jelas.
"Kami keluar dulu" Mereka berdua tersengih sebelum keluar meninggalkan aku dan Jungwon disini.
Aku meneguk liur dengan gemuruh lalu aku menghampiri katil Jungwon, aku duduk dikerusi. Rupa-rupanya dia tidur patut lah senyap semacam. Tapi dia nampak macam okey je?
Aku mengamati wajahnya dalam beberapa saat. Tiba-tiba dia membuka mata membuatkan aku terkejut dan mula gelabah tapi aku terus menayakan soalan untuk menutup perasaan malu. "K-kau dah bangun?"
Matanya sedikit membesar seolah-olah terkejut nampak hantu. Dia terus bangun walaupun sedang kesakitan. Aku membantu menahan dia sebentar sementara aku meletakkan bantal dikepala katil buat dia menyandar.
"Jangan lah bangun, kau bukan sakit ke?"
Dia tidak membalas soalan aku sebaliknya dia menyebut namaku tak percaya.
"Hyun?"
"Ya Jungwon. Aku Kim Hyun" Aku membalas dengan senyuman tipis.
Tanpa aku duga dia tiba-tiba menarik aku ke dalam pelukannya, aku masih terkejut tak tahu harus berbuat apa sekarang. "Aku rindu kau" Luahnya perlahan. Dia meletakkan kepalanya dibahu aku dengan selesa.
Aku cuba sebaik mungkin untuk mengawal perasaan aku sekarang, jantung aku terlalu laju berdegup sampaikan aku risau Jungwon dapat mendengarnya.
Sudah lama dia memeluk aku tapi aku baru tersedar aku belum membalas pelukannya. Tangan aku perlahan-lahan bergerak untuk memeluknya. "Aku pun rindukan kau, Jungwon" Aku membalas, mengusap lembut kepalanya.
"Macam mana kau tahu aku dekat sini?"
Dia bertanya, tapi masih lagi memeluk aku. Aku rasa macam nak gila je sekarang ni, aku tak berhenti berdoa agar dia melepaskan pelukan. Aku bukan tak suka, tapi terlalu suka dan itu lah sebabnya aku nak dia berhenti.
"K-kawan kau call aku kata kau hilang kawalan. Aku pun risau lah jadi aku terus datang" Aku memejamkan mata dengan geram, kenapa aku boleh tergagap gagap macam Y/N ni?
"Oh jadi kau risaukan aku lah?" Dia ketawa perlahan kemudian dia mengeratkan lagi pelukan kami berdua.
Tindakan dia mengembalikan perasaan yg aku selalu rasakan ketika bersama dengan dia dulu. Aku mula tak senang duduk, pipi aku mula membahang dan jantung aku berdegup dengan kencang sekali. Dah lama aku tak rasa perasaan ni. "M-mana ada!" Aku cuba untuk menafikannya tapi tak boleh juga, siap tergagap lagi.
"Kenapa kau tergagap gagap ni?"
Aku menumbuk belakangnya dengan kuat. "Auch!"
"Dia kata kau cedera parah sangat ni kenapa masih sihat ni? Ingatkan nak mati dah!" Nada suara aku meninggi.
"Mana ada cedera parah!" Dia membalas lalu meleraikan pelukan kami berdua.
"Ha?"
"Aku terlanggar pokok je and then aku terjatuh lah. Kebetulan masa tu, ada batu dekat belakang kaki aku pastu tiba-tiba motor jatuh menghempap kaki aku. Jadi macam tu lah. Kalau tak faham buat-buat faham" Jelas Jungwon, aku tak tahu lah nak rasa apa sekarang ni.
"Kaki aku ada macam nak patah sikit. Tapi bukan parah mana pun cuma ambil masa 4/5 hari untuk sembuh" Sambungnya lagi.
Aku memejamkan mata penuh penyesalan dan rasa bodoh, aku fikir jauh sangat. Menyesal datang dekat dia balik sedangkan dia hanya cedera ringan macam ni.
"Ni mesti kerja Jay hyung ni" Bisik Jungwon perlahan.
"Ingatkan dah nak mati" Tanpa aku sedari, ayat itu keluar daripada mulut aku.
Dia ketawa kecil. "Aku tahu kau bencikan aku tapi jangan lah sampai nak aku mati"
"Benci? Sejak bila aku benci kau?"
"Eh? Kau tak benci aku ke?"
Aku menggelengkan kepala. "Mana ada, aku cuma nak move on bukannya bencikan kau"
Air mukanya berubah, tak berani membalas pandangan aku. Dia menundukkan kepala macam sedih semacam. "Ah. Jadi maksudnya kau dah move on kan? Sebab tu kau datang jumpa aku"
Aku tidak membalas sebaliknya aku memikirkan hal lain. Semua cara aku dah cuba buat untuk buang perasaan ni tapi tak ada perubahan langsung. Aku mula faham perasaan itu tak boleh dikawal dan tak boleh dibuang dengan mudah.
Jadi, aku buat keputusan untuk menerima perasaan ni sehingga ia hilang dengan sendirinya. Lagipun aku tak sanggup berpisah dengan Jungwon sebagai orang asing.
"Belum" Balasku setelah lama berdiam diri.
Dia membalas pandangan aku dengan terkejut.
YOU ARE READING
❝Happy Ending❞ + Jungwon
RomanceKebiasaannya, kisah percintaan pasti akan berakhir dengan sebuah pengakhiran yg bahagia. Aku dan Jungwon pun boleh macam tu kan? - 50℅ BASED ON TRUE STORY ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 13 July 2021 Start : 27 July 2021 En...