1

1.3K 3 1
                                    

ADRIAN

3 hari selepas Papa meninggal, uncle Gary datang & kami diarah utk berkumpul.
Pertama kali aku nampak dia, waktu tu aku x perasan kalau dia 'kakak tiri' aku.
Setelah diterangkan duduk perkara aku benar² terperanjat dgn syarat yg di kenakan pd ku, tapi wajahnya tenang bila kami sekilas memandang. Aku terus masuk ke bilik setelah selesai uncle Gary membentangkan segala yg perlu.

Terakhir aku berjumpa dgnnya sewaktu hari pengkebumian isteri tua Papa, ibu angkatnya, kira² 8 tahun lalu.
Aku..masih di form 5.
Dia hanya menunduk dan tak hentinya terisak².
Di tenangkan oleh Mama, di dakap oleh Mama.. nampak kalau Mama sayang padanya sejak dulu.

Kami disatukan atas usaha orangtua kami utk mengikat semula ikatan kekeluargaan & warisan kami.

Esoknya, sewaktu sarapan, Mama menasihati ku & menerangkan banyak perkara.
Mama jelaskan bahawa niat mereka utk menyatukan aku dgn nya , tidak ada kaitan dgn warisan dari Papa.
Mama menenangkan aku dan membuka banyak ruang agar aku dapat membuat keputusan yg akan membahagiakan ramai pihak.
Usaha Mama lebih pada gerak hati seorang ibu yg merasa dia lah pendamping terbaik buatku.
Tidak terdengar nada desakan dari Mama;

Aku mengikuti nasihat Mama supaya memerhatikannya dari jauh..
Aku ada 6 hari lagi sebelum aku pulang bertugas; aku mengambil keputusan utk menyambung cuti tahunan. setelah tamat Cuti Ehsan.

Sejak hari itu, aku parking di simpang atas bukit, yg mana dari situ jelas kelihatan rumah korner yg dijadikan taska.
Taska ini baru di ambil alih olehnya, beberapa bulan sebelum Papa meninggal. Dulu dia bekerja di situ sebagai penyelia taska.
Dia graduan lulusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan telah berkhidmat sebagai penyelia di beberapa pusat Kemas; jadi Papa menguruskan agar dia diterima bekerja di situ sebelum Papa membeli perniagaan itu yg kebetulan milik isteri kenalannya yg ingin bersara.

Profesi ini sangat sebati dgn wataknya yg lemah lembut dan penyayang pd kanak² dan binatang.
Dia memberi makan kucing selepas anak² taska pulang. Kucing yg menjadi 'pelanggan tetapnya' akan mula berkeliaran mendekati perkarangan taska. Mereka akan meluru apabila mendengar beberapa ketukan pinggan yg memberi isyarat bahawa makan malam mereka sudah tersedia. Selepas itu dia tidak terus masuk, malam dia sempat lagi berbual² & membelai² kucing itu.

Sebenarnya, hari kedua aku skodeng dia aku dah buat keputusan utk terima dia. Tapi aku masih mengambil 1 hari lagi sebelum aku sampaikan pada Mama.
Pada malam sebelumnya, ada sebuah kereta putih berhenti di depan pagar & masuk ke dalam.
Lelaki itu ada membawa bungkusan, mungkin tapau dinner utk nya.
Mereka duduk di garden bench yg terletak di tepi car porch & berbual².
Apabila rakan serumahnya pulang dari kerja, lelaki itu beredar kerana keretanya menghalang kereta rakan nya yg perlu masuk ke perkarangan taska.

Aku mendapat idea..
Itu lah faktor yg membulatkan keputusan ku.
Aku pergi ke cafe berhampiran membeli dinner utknya.
Aku tau dia sudah ada dinner tapi aku menggunakan itu sebagai umpan..
Aku menghantar mesej kpdnya apabila sampai di depan pagar..

A: Im outside
Lama tiada jawapan.
Kemudian aku nampak ada bayangan dari tingkap bilik.

S: Im coming
Tak lama kemudian, lampu di ruang tamu di hidupkan.

Dia keluar dgn keadaan rambutnya basah..
Aku terpegun..ada tarikan kuat disitu, rasanya keputusan ku sudah muktamad.

"Sori Ian, i baru habis shower.." dia berkata, kedengaran mesra nadanya.
Aku hilang suara..
Aku baru teringat, itu panggilannya pada ku..waktu dulu, aku pula memanggilnya 'sis' sahaja..

Siangnya kami ada berbual di Whatsapp tapi tak ada dia sebut namaku..

"Ian..?" tanya nya bingung bila melihat aku tercegat sahaja manakala dia sudah membuka kan pagar utk aku masuk.

Daya Tahan Cinta SerinaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang