9

444 5 0
                                        

SERINA

Hari selanjutnya biasa² sahaja..
Aku meneruskan aktiviti seharian, mengurusi taska..tapi malam adalah saat yg paling sukar utk ku lalui.
Aku merindukan suami ku dengan pelbagai macam bayangan dalam fikiran ku.

Kalau ikutkan hati, ingin aku terbang ke sana dan membuat surprise.
Dapat aku puaskan hati.. melihat dgn mata kepala aku sendiri, keadaaannya.. kebohongannya.
Dia telah email segala personal info tentang dirinya seperti yg dia janjikan.
Setiap hari kami berinteraksi di Whatsapp & kadang² kami VC di waktu malam.

Tapi pada hari kelima kami mula bekerja, hari kelima kami berjauhan..aku terima mesej lagi, dari Lilia Anderson.
Dia berterimakasih sebab aku pulangkan hak dia, katanya.
Hatiku terhiris..
Sekarang aku block no. fon dia, aku x mau terganggu dgn perkara² yg mampu membuat aku rebah..
Mungkin kalau dia berterus terang, tanpa perlu bersandiwara dgn ku, aku akan lebih kuat utk menangani masalah ini berbanding sekarang.

Terpulang lah kamu orang nak buat apa..
Aku tak mau kestabilan ku terjejas.
Aku tak mau mendengar berita² yg boleh menyebabkan emosi ku terganggu.

Malam itu VC, dia di tempat kerja..
Aku suruh dia hantar image sebab dia kelihatan segak dgn uniform.
Dia pula suruh aku menghantarkan image aku malam itu; aku sedang memakai nighties tipis sebab aircon di bilikku rosak. Bila aku nak sarung cardigan dia tak benarkan.
Lepas itu mula lah dia merengek, "Sayang i miss u" katanya.
Tapi cara dia mengutarakan nya sangat menyentuh hati.
Atau mungkin aku rasa begitu sebab aku sendiri amat merinduinya.

Dia memberitahuku bahwa dia merancang utk mengumpul cutinya, jadi setelah minggu ketiga baru dia dapat balik.

"I cant imagine how to go thru this 3 weeks tho" katanya.

Aku banyak menjawab "ok" sahaja padanya.

Dia minta aku lebih banyak bercakap dgn nya.. yg dia dapat sejak akhir² ini adalah ok, katanya; dan dia membuat kesimpulan kalau setiap kali aku cakap ok itu memberi gambaran aku x ok.

Dia ingin dengar suaraku, katanya..
Dia rindukan aku, katanya..
Hmm
[Ian, if you are buying time to run your errands and put them in place, just do it..
You dont need to rub salt to my wound.
Im bleeding enough!]

"Love, dont you miss just one bit" dia mulakan lagi.

"Yes, i miss u" aku membalas.

Tapi dia malah memberi ceramah kepada ku tentang bersikap jujur dan ikhlas dalam hubungan apalagi bagi kami yg PJJ. Dia komen tentang cara aku mengatakan 'i miss you' sangat tidak ikhlas, ibarat terpaksa.
Dia minta aku tonjol kan reaksi² biasa seperti suka, sedih & marah kepadanya.
"Just be yourself, love.
I know there's a warm heart in you. I have seen that before" rayunya.
Boleh pulak aku terjawap, "ok"

Dah terlontar keluar, baru aku teringat bebelnya tentang 'ok'.
"Oops" kataku.."im sori"

Dia ketawa terbahak² bila aku bereaksi begitu.
"You are so lovely..
I miss you more each second"

Setelah itu dia menanyakan tentang urusan sewa rumah.
Aku memberitahunya, masih tunggu jawapan padahal aku belum pun menghubungi tuan rumah. Aku ingat nak 'hold' sahaja sebab aku x nampak dia akan perlukannya.
Kami masih terus kan perbualan² 'small talk' sebelum mengakhiri perbualan.

***
ADRIAN

Ada kekecewaan dalam diriku apabila respons yg aku dapat darinya hambar.
Aku disini merinduinya separuh mati tapi dia nampak tenang sahaja.

Aku nampak dia macam berat nak mengurus rumah sewa di sebelah taskanya.
Seandainya dia 'looking forward' utk aku kembali padanya, sudah tentu dia akan bersemangat mengurusnya.
Adakah ini indikasi kalau dia x mahu aku kembali seperti soalannya pd malam kelmarin.
Aku sedar walau di luar dia nampak kuat, nampak tenang tapi pengalaman hitamnya memberi kesan pada emosinya. Pasti ada berlaku kecelaruan, cuma perlu mengenalpasti tahap itu rendah atau parah.
Hubungan kami saat ini memerlukan aku menyiraminya dgn perhatian dan kasih sayang ku setiap waktu.
Dia memerlukan aku memupuk baja kepercayaan dan keyakinan dalam dirinya terhadapku. Andaikan tidak, aku bimbang aku akan kehilangannya dalam erti kata dia akan memencilkan hatinya jauh dari ku. Semakin lama kami berjarak begini semakin parah hubungan kami nanti.

Mungkin aku bukan orang yg boleh hidup seperti ini.
Aku tau ramai rakan kerja ku yg seperti aku sekarang, yg mana keluarganya jauh di kampung; mereka hidup bebas seperti orang bujang, ada juga yg ada 'bini' disini & isteri di kampung.
Oh aku x mahu kehidupan begitu..
Aku mahukan isteriku sentiasa di sisi ku.
Aku memang x menyangka kalau aku harus melalui benda ni sebab perancanganku adalah kami kawin selepas aku tamat kontrak. Tapi dah itu syaratnya aku turuti.
Akhirnya aku yg merana merinduinya..

Mungkin aku boleh pertimbangkan tawaran Andrew tempohari; waktu pertama dia tawarkan, Papa masih aktif.
Waktu itu aku masih bersama Lilia dan dia hanya membuat penerbangan antarabangsa sahaja.
Beberapa minggu sebelum Papa meninggal, aku sembang dgn Andrew lagi & dia masih mengingatkan aku tentang tawaran kerja kelmarin.
Waktu itu aku masih rasa x sesuai utk prospect kerjaya aku.
Walaupun aku di tawarkan jawatan lebih tinggi tapi syarikat nya memberi servis di lapangan terbang dalam negeri sahaja sedangkan aku berada didalam syarikat besar naungan lapangan terbang antarabangsa.
Namun, sekarang itu semua x penting lagi.

Yg penting sekarang aku perlu yakinkan Andrew agar mereka bersetuju utk 'buyout' kontrak aku.
Di waktu yg sama aku perlu duduk berbincang dgn uncle Gary tentang ini.

Aku terus hubungi Uncle..
A: Hi uncle, how r i doing?
A: Just checking, is everything good?

Cepat Uncle membalas
G: Hi son
G: Yes, all in order
G: Know what.. im here im kl

A: Thats great
A: R u bz, can slot me in yr schedule

G: Sure
G: When

A: Im stil on night shift tomorrw
A: Im available in the aftnoon

G: Great will meet then

A: 👍

⬇️
⬇️
⬇️

SERINA

Hari berlalu..
Seperti dijangka, mesej makin kurang..VC hampir tiada.
Tapi masalah nya rumah sudah di sewa dgn bayaran 3 bulan deposit.
Memang betul, dia yg membiayai semua.. tapi ia tetap pembaziran.
Dalam pada ada ragu kalau dia akan balik, rumah itu sudah ku hias penuh tapi sederhana.

Tak apalah, aku buat mana yg perlu..
Iaitu teruskan kehidupan malang ku..

Bagaimana aku yg begini plain, ditambah dgn sejarah hitam yg terpalit, dapat membuat seseorang seperti Ian, yg ada rupa, pangkat & harta memilih aku berbanding dgn Lilia yg sekali pandang sudah jelas kejelitaan & penampilannya.
Yang boleh membuat bangga pd lelaki yg menjadi pendampingnya.

Aku tak ada masalah kalau dia terang terangan mengakui kalau ada x dapat menandingi kedudukan Lilia di hatinya.
Tipu lah kalau aku x kecewa, tapi aku lebih rasa terhormat diberi pilihan begitu berbanding sekarang, dia dgn sandiwaranya.
Aku rasa harga diri aku di pijak².

Baru² ini Daniel ada mesej..
Dia menyesali sikapnya yg tidak bertindak cepat, padahal sudah lama dia menyimpan perasaan, katanya.
Dia tau keputusan yg aku buat lebih kepada membalas jasa keluarga angkat.
Dia berpesan supaya menghubunginya jika memerlukan bantuan. Andai aku atau Adrian menyedari kesilapan kami dan ingin merubah kehidupan, dia akan sentiasa terima ku semula.
Dia masih tetap menunggu andai masih ada jodoh.

Tapi tidak terlintas langsung utk aku pergi mengadu kepadanya tentang apa yg Adrian buat pdku; walau aku tau pasti dia sanggup menjadi pendengar ku yg setia.

Kata² Daniel membuat aku berfikir, adakah benar ini satu kesilapan?
Apakah perkahwinan aku dan Adrian satu kesilapan.
Memang mulanya aku berat utk terima lamaran Mada, di tambah dgn sejarah hitamku. Tapi di waktu yg sama aku malu utk menolak hajatnya setelah begitu banyak keluarga itu menolongku.

Tapi bila aku melihat kesungguhan dalam diri Adrian, aku mula membuka hatiku..

Rupa²nya kesungguhan dia lebih kepada kesungguhan utk memiliki harta warisan.
Perkahwinan kami melancarkan urusan dia mengambil alih syarikat itu.
Kenapa aku x boleh pikir benda yg 'clear cut' macam tu..

Tak ku sangka.. salah aku rupanya.
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Daya Tahan Cinta SerinaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang