ADRIAN
Kami menuju ke klinik..
Dalam perjalanan aku menunggu dia jelaskan kenapa dia 'shut me off' selama seminggu ni..
Kenapa dia pergi ke klinik perbidanan, KLINIK PERBIDANAN!Dia diam..dia pejamkan matanya.
Aku bersimpati, sedih nampaknya dia..hatiku tersentuh walau sebenarnya aku tengah kesal dgn nya. Aku bersuara,"U ok sayang? ..masih headache?"Dia hanya mengangguk.
Dia menangkup muka dgn kedua tangannya.Sampai di depan klinik, dia masih tak berkata apa².
Aku yg tegaskan, "you stay, Abang ambilkan"Di kaunter aku cuba selidik apa rawatan yg dia cuba dapatkan & kenapa di tunda.
Jawapan yg aku terima membuat aku menggigil satu badan.
Telinga mendengar dgn jelas setiap penerangan tapi hati cuba hiburkan diri..
[Mesti ada salah faham di klinik, mesti ada penjelasan pada semua ini]Begitu aku keluar dari klinik aku mencari pandangan matanya, dia pandang ke sisi seolah ada yg menarik perhatian tapi aku yakin dia sememangnya tidak mahu memandang ke arahku.
Begitu aku masuk ke dalam kereta, dia bertanya, "what takes u so long, they having break ke"
"Tak lah.. diorang blurr"
Aku cuba tenangkan diri dan menukar arah perbualan.
"I cakap, im here for Serina's purse..
The she asked me Serina Binti apa encik?
I answered Serina Angelica Chambers.. then dia tanya lagi, binti apa encik?
I was like..binti?
I cakap dia tiada binti, lepas tu I tengok dia masih blurr, I cakap, mungkin u cari Serina binti Chambers.
Then she said oooo Serina binti Chamberrrs.
I was like..what?
What a typical malay clinic"Dia terkekek sambil mencapai long purse nya dari ku, "thanks Abang" katanya.
Muka nya nampak macam lega lalu dia mencelah, "No, this isnt own by malay.
The owner is an Indian doc"
"Abang..tak nak cari dinner?"
Dia tukar cerita.."Boleh..mana?" aku setuju sebab aku rasa aku perlukan masa utk hadam berita ini.
"Tapau.. makan kat rumah aje, boleh?"
"Fine with me, kedai mana" aku minta ditunjuk arah.
"Kedai tepi tu bagus, dia ada lane macam drive-in utk orang tapau," katanya.
Sampai di kedai yg dimaksudkan, waktu itu long Q.. "kena tunggu tau bang, banyak order" kata budak yg mengambil order.
Aku menoleh padanya mencari persetujuan, dia mengangguk pd budak itu.
"Oh cikgu..takpe kalau cikgu punya kita boleh hantar, macam biasa.
Regular customer bang" dia sembang padaku."X pe akak tunggu, Bad kenalkan ni husband akak" katanya.
"Oh bang, cikgu ni customer saya dah banyak tahun dah" katanya sambil menghulurkan salam.
Aku memandang padanya, dia senyum.
Aku rindu senyum itu.. teringat masa kita sembang di depan buskers dulu.
"Dah x boleh ubah dah..dah cakap saya bukan cikgu..tetap jugak" tambahnya.Aku masih memandangnya, suasana jadi sunyi kembali.
Aku on radio, dia bersuara.."baru nak on"
Aku hanya senyum.
Kedengaran lagu dari Spring..
Aku biasa nyanyi lagu ni, x sangka lagu ni keluar waktu aku tengah kecewa macam ni..
Aku dekatkan badan ku dan ikut menyanyi dekat dgn telinganya..[..Jika benar cinta itu buta
Butakah mata ku
Berkali terluka masih jua ku menunggu
Apa yang ku inginkan
Cuma kejujuran dalam perhubunganJika itu tiada
Apalah ertinya
Penantian ini hanya sia sia]Mataku masih mencari ekspresi nya.
Dia kelihatan kurang selesa tapi dia menoleh kepadaku..
Seperti ada takungan airmata..
Aku sebak.
"Mendayu nya..sedih pula dengar, Abang nyanyi" sambil tangannya mengusap pipi ku dgn lembut.
Luluh hati aku..
Aku hanya mau kan dia membuka mulut, x kira lah apapun ceritanya. Kalau dia keliru, dia silap langkah aku sedia maafkan.
Dia hanya perlu buka mulut.

KAMU SEDANG MEMBACA
Daya Tahan Cinta Serina
RomansaPapa Adrian berkahwin dengan mama nya atas alasan ingin mendapatkan zuriat setelah isteri pertamanya di sahkan tidak boleh mengandung. Adrian adalah pewaris tunggal Papanya. Apabila dia beri arahan utk mengambil alih perusahaan keluarga nya, dia aga...