12

454 4 0
                                        

SERINA

Ian cerita tentang mimpinya.
Padahal aku pun pernah mimpikan dia.. tapi aku mimpi dia datang dari satu jarak dan berhenti disitu memerhatikan aku sedang menangis.
Dia hanya memerhati..
Aku memanggil namanya..kemudian langsung tersedar.

Aku hanya menganggapnya mainan tidur; tapi malam itu aku huhungi 'perempuan dia' sebab bimbang keadaannya.

Bila dia menyatakan rindu padaku, aku amat terkesan sebab aku sendiri amat merinduinya.

Mungkin juga dia benar² rindukan aku tapi di waktu yg sama dia tetap ingin bersama dgn perempuan itu.
Lelaki tamak sebegitu memang wujud.. aku maklum.
Makanya aku harus mampu mendidik hati aku utk kuat menerima nasib malang ku.

Dia bercerita tentang rancangan utk pindah kerja ke Lapangan Terbang di sini.
Itu juga alasan yg di berikan kenapa dia terpaksa mungkir janji.
Dia akan cover duty, full swing supaya dia cepat dapat release.

Kemudian dia cuba mengalihkan jalan ceritanya, he turns the table over to me.
Seolah² aku x kisah pun dgn usaha dia utk dapat selalu bersama.
Katanya dia ada sedikit kecewa bila aku x menunjukkan reaksi yg sepatutnya bila mendapat berita itu..

Utk menguatkan cerita, dia menambah "can u be honest with me.. u memang x nak i balik kan"

Aku hanya mendesah..
"Huhhmm"

Dia hampir berang, "What is that suppose to mean, dear?"

Aku x mau menangis..
Aku kena kuat..
Aku menekankan, "Ian, do what you think best for us"

Dia terus memintas "This is exactly what im doing..
For us"

Aku balas dgn tenang, aku katakan aku hargai atas usaha dia tapi dia sangkal.
Katanya dia x nampak langsung pancaran kegembiraan apatah lagi penghargaan dariku.

Padahal kalau dia dapat menyelami hatiku, tahu lah dia betapa besarnya harapan ku agar dia kotakan apa yg di kata.
Sebaliknya yg nampak nyata adalah dia dgn sandiwaranya, akan cuba memutar belitkan keadaan sampai objektif nya tercapai.
Hatiku bertekad..
[let's see mid month, i doubt he ll be back as he promised]

Aku minta diri darinya sebab aku dah mengantuk, nak selesaikan kemas dapur & tidur.

***

Kiranya jam 2:30am..bunyi fon, VC darinya..
Dia berada atas katil sedang tidur..
Matanya agak bengkak, dia kata dia tengah menggigil selepas dia mimpi aku.
Mimpi yg sama.. dia takut katanya.
Dia takut kehilangan aku dalam hidupnya.
Dia luahkan rindunya padaku. Dia balik bertanya..tak adakah secebis rindu yg terbit dalam hatiku utk nya.
Waktu itu aku memang tak dapat nak kawal lagi..aku menangis bersamanya, aku luahkan segala kerinduan yg memakan diriku.
Aku minta maaf kalau aku menyinggung perasaannya.
Aku nyatakan aku tak pernah melalui perkara begini & aku x tau bagaimana nak menanganinya.
Dia minta aku membuka ruang dihatiku, kalau x mampu semua sedikit pun jadilah agar dia dapat menumpang kasih dariku..
Aku meraung..ku katakan padanya bahawa hatiku memang sepenuhnya utk dia.
Dia minta aku percaya kalau dia akan jadi yg terbaik utk aku; sebagaimana aku utknya.
Dia mengakui kalau aku memang bukan perempuan pertama dalam hidupnya tapi dia berjanji akulah yg terakhir.

Airmata ku semakin deras, kedengarannya sungguh ikhlas, aku hampir² mau mempercayai nya tapi aku tau dia berkata begitu kerana terpengaruh keadaan. Dia sedang merindui seseorang dan sekarang dia lagi sendiri di katil.
Bila keinginannya x terpenuhi dia cari aku..

"Sayang..whats in your mind, speak to me" sambil ibu jarinya mengelus² skrin, bertujuan mengelus pipiku"
"Oh Goddd" aku menangis lagi kerana aku dapat merasakan elusannya itu, benar² merasakan hangatnya jarinya di pipiku.

Daya Tahan Cinta SerinaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang