Bab 2

703 70 1
                                    

ALLY pegang kepalanya yang mula terasa seperti berpusing-pusing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ALLY pegang kepalanya yang mula terasa seperti berpusing-pusing. Peningnya!

Dia mula rasa tak sedap badan. Ally mahu pulang dengan segera. Dengan segenap kudrat yang dia punya, Ally sedaya upaya cuba buka mata. Telefon dia bawa ke telinga. "Google, call Nick."

Tanpa menunggu lama, peranti canggih itu mendengar arahan mudah daripada Ally apabila telinganya menangkap bunyi deringan tanda panggilan sedang dibuat.

"Helo, Danny?"

"Nick, Danny nak balik," kata Ally dengan suara yang meleret dalam keadaan separa sedar.

"Sekarang?"

"Urm... I'm not feeling well. Tolong hantar... balik." Dan itu ayat terakhir yang Ally ingat sebelum matanya terpejam rapat.

* * *

"KAU bagi dia minum apa, ha?" Suara Nick mula memetir, berang melihat keadaan adiknya yang sudah tidak sedarkan diri.

"Mana ada aku bagi dia minum apa-apa." Ben masih cuba menafikan kesalahan dia.

"Kalau tak bagi, tak adalah dia jadi macam ni sekali!" Nick pandang Ben sambil memeluk erat bahu Ally yang cuba untuk berdiri dengan stabil.

"Eh, kejap. Aku tak tahu pula yang dia nak jadi macam ni. Tadi aku bagi dia minum martini." Ben angkat tangan separas dada, baru teringat.

Nick sepak kaki Ben yang berdekatan dengan dia. "Kau tahu, kan? Ally mana pernah minum! Yang kau gatal bagi dia minum tu, kenapa?"

Tiba-tiba Nick rasa panas walaupun suhu vila mewah itu agak rendah. Dia bengang dengan Ben yang buat pandai sendiri.

Ben tunduk mengusap kaki dia yang sengal disepak Nick. Rasa bersalah menyelubungi hati. Tak sangka pula Ally jenis tak tahan langsung dengan minuman beralkohol. "Sorry, I didn't know she's a lightweight."

"Isy, kau ni... dah tak sedar macam ni, siapa nak jawab?" Nick berang. Dia menghamburkan marahnya, langsung tiada tapis lagi.

Ben terdiam, tahu yang Nick sangat bengang ketika itu. Mengenangkan hal itu sahaja Ben dah menelan liur, kesat. Bukan dia sengaja.

"Sorry, Nick." Perlahan dia meminta maaf.

"Dah, aku nak balik hantar Ally." Nick menunduk. Dia papah Ally sehingga gadis itu tegak berdiri.

"Kau datang balik tak?"

"Datang. Aku hantar Ally lepas tu datang sini semula." Usai berkata-kata, dia seret Ally dengan segala kudrat yang dia punya membelah lautan manusia menuju ke kereta yang terletak di garaj.

Nick mengetap bibir sepanjang jalan. Ally berat! "Nick... kenapa Danny nampak Nick ada tiga kepala?" Nick tepis tangan Ally yang tiba-tiba tersedar dan mencucuk-cucuk pipinya.

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now