Another Teaser!

423 40 1
                                    

TEASER 8 | IKHLAS DARI HATI ❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TEASER 8 | IKHLAS DARI HATI ❤️

“TZ…”

“Ya?”

“TZ…”

“Ya, Ally.”

“Kenapa dia orang buat I macam ni?” Dengan suara yang serak dia bertanya.

“Mungkin dia orang betul-betul ada kerja penting nak buat kot.”

TZ berikan jawapan yang selamat. Dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana dia langsung tidak tahu tentang urusan mereka yang sebenarnya.

“Tapi, I anak dia. Am I supposed to be their only priority?”

TZ terdiam. Tidak tahu hendak jawab apa. Pertama kali dia berhadapan dengan sisi Ally yang ini.

Vulnerable.

“Betul juga.”

Ally tergelak, kedengaran penuh hambar. Langsung tidak ikhlas.

“It is okay, I dah biasa. Sorry, you mesti terkejut.”

“Tak adalah. Terkejut sikit je. Angkat telefon terus dengar you nangis. Tak apa, Ally. You anggap je semua yang jadi ni mesti ada hikmah.” TZ cuba pujuk hati Ally dengan jawapan yang paling selamat. Hendak bercakap lebih, takut bakal menggores hati Ally pula nanti.

“Allah uji… sebab Dia sayang, kan?” bisik Ally perlahan.

Sayup-sayup suaranya kedengaran di corong telefon tetapi masih boleh didengari TZ dengan jelas.

TZ di sana jadi terpempan apabila mendengar sepotong nama Tuhan yang Esa itu meniti di bibir gadis pujaan hatinya, tetapi cuma sekejap, sebelum bibir perlahan menguntum senyum.

“Sangat… sayang. Sebab tu Dia uji, sebab you kuat. Dia tahu.”

“Right…”

Allah sayang. Ally? Terpujuk.

“I wish you are here.” Ikhlas dia mengharap.

“Keep praying. He listens.”

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now