Bab 8 (Bahagian 1)

617 89 8
                                    

"SIAPA yang dah dapat kertas soalan, jangan bercakap dengan kawan sebelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SIAPA yang dah dapat kertas soalan, jangan bercakap dengan kawan sebelah. Simpan semua nota. Telefon letak di dalam beg dan boleh mula jawab. Oh ya, lepas habis jawab kuiz boleh balik terus. I tak mengajar hari ni. Kita akan jawab kuiz sahaja. Next class nanti make sure semua datang, sebab I nak masuk tajuk baharu." TZ bercakap di mikrofon sambil mata dia tajam memeriksa jika ada pelajarnya yang masih bersama dengan bahan rujukan.

Walaupun ini cuma kuiz dan bukannya test, ujian tetap ujian. Meniru ialah kesalahan besar dalam bidang akademik.

Dia puas hati apabila semua pelajar nampaknya seperti sudah bersedia. Yang TZ nampak atas meja mereka cuma ada kertas kajang dan alatan tulis.

Bagus.

Ally tongkat tangan dekat paha sementara tunggu kertas soalan sampai kepadanya. Duduk di atas sekali, memang lambat sikitlah kertasnya dapat. Dia sambut huluran 'jiran' yang duduk selang satu kerusi dengan dia. "Terima kasih," ucap Ally sambil berbisik apabila kertas sampai di tangan dia.

Ally tengok TZ di bawah dengan muka tak percaya. Dia baca apa yang tertera pada muka surat pertama.

Instruction to candidates:

Do not open the question until you are told to do so Recite your dua' properly before answering the question DO NOT LOOK AT YOUR FRIEND'S ANSWER! AND DO NOT LET YOUR FRIEND SEE YOUR ANSWER! EVEN YOU THINK YOUR ANSWERS ARE WRONG! Good luck!

Ally tergelak membaca arahan kepada calon. Kelakar. Selepas menulis segala maklumat, baru mata dia turun membaca soalan di bawah.

Dia tersenyum membaca soalan pertama.

State (two) cell theories.

Ally tengok TZ semula. Kebetulan lelaki itu juga sedang melihat dia. Apabila TZ perasan Ally tengah tengok dia, terus dia sengih tayang gigi sambil angkat-angkat kening. Dia tunjuk ibu jari dekat Ally sambil mulut bertanya tanpa suara.

"Okey tak?"

Ally angguk. Ibu jari dia angkat dekat TZ. "Okey."

"Good luck." TZ buat isyarat tabik hormat dekat Ally.

Ally membalas dengan membuat isyarat 'okey.' "Thank you."

Nafas ditarik perlahan dan Ally mula menulis jawapan yang memang sedia ada dalam kepala dia. Laju, tanpa sebarang masalah.

Syukur apa yang dia baca semalam semua keluar. Ally tekun menjawab sehinggalah ekor mata dia menangkap kelibat sepasang kaki bersarung kasut kulit hitam betul-betul di tangga sebelah kerusi Ally.

Dia dongak. Cuba teka siapa yang Ally nampak?

Tak lain tak bukan... Encik TZ, sedang berpeluk tubuh sambil mata dia tanpa segan silu membaca jawapan pada kertas Ally. Lelaki itu kemudian mengangguk-angguk kecil.

Selamba. Macam ribut Ally tutup jawapan dia dengan tangan membuatkan TZ pandang Ally dengan kening berkerut.

Kenapa?

Mukanya sengaja dikeruhkan. TZ tak payahlah baca jawapan orang! Isy, sibuk!

Ally buat tanda menghalau hingga TZ mengetap bibir. Oo... berlagak. Puas hati Ally apabila akhirnya TZ berlalu tanpa sebarang suara. Dia kembali fokus menunduk, tapi tak lama pun apabila sepasang kaki itu sekali lagi berada di tepinya.

"Apasal you dekat sini?" Ally mendongak memandang TZ.

Lelaki itu seperti tidak faham apa-apa. Hanya menjongket bahu sambil tayang muka blur. "Apa?"

Lima saat kemudian dia menyengih dan berlalu pergi sambil pura-pura tengok orang lain. Ally rasa macam nak telan TZ, tahu tak. Eee, apa kena dengan pensyarah dia yang seorang ni?

TZ meronda satu dewan kuliah memerhatikan pelajar-pelajarnya yang lain tapi, apabila sampai dekat Ally, TZ berhenti semula. Dia berdiri lagi di sebelah gadis comel itu.

Tanpa sebarang kata, Ally hempas pennya itu kasar di atas meja, menghasilkan bunyi sedikit kuat. TZ nampak muka Ally apabila gadis itu mengangkat wajahnya.

Bengang?

Muka itu jelas tidak senang apabila TZ duduk di sebelah dia, tetapi TZ peduli apa? Sekarang ini, siapa yang pensyarah siapa yang pelajar?

"Tak payahlah duduk sini!" Ally jegilkan mata kecil dia dekat TZ macam mak tiri marah Cinderella.

"Apa?" TZ tanya seolah-olah dia tidak dengar apa yang Ally cakapkan.

"Pergilah tempat lain!" kata Ally sambil mengetap bibir. Tahu tak pelajar-pelajar lain sudah mula pandang semacam sahaja dekat mereka berdua? Ni yang Ally malas ni. Bukan dia tak kenal budak-budak kuliah dia macam mana.

"Pergi sana!"

TZ akhirnya tergelak juga tanpa suara. Tahu yang gadis itu tidak senang duduk apabila dia berdiri di sebelah Ally, tapi TZ sengaja. Nak balas dendam selama ini Ally buat hal di dalam kelas dia.

Tidurlah, melukislah, baca novellah. Aktiviti seni apa sahaja yang dia tak buat?

Duduk depan ke, belakang ke, sama sahaja. Buang karan sahaja TZ arah-arah Ally. Itu yang TZ teringin nak tengok Ally jawab soalan. Boleh ke tidak?

TZ kembali fokus kepada Ally apabila dia nampak gadis berbaju biru itu tulis sesuatu di ruang kosong di belakang kertas soalan. Kemudian Ally angkat dan tunjuk di depan TZ.

CAN YOU GO AWAY?!

TZ baca dan tergelak.

Okeylah, okeylah. TZ mengalah. Tak mahu dia mengusik lebih-lebih pelajarnya yang seorang itu. TZ senyum dekat Ally sekilas dan kembali ke mejanya di hadapan sana.

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now