Bab 8 (Bahagian 2)

587 91 3
                                    

"Okay class, masa dah tamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okay class, masa dah tamat. Put down your pen and submit your answer sheet. Lepas tu boleh balik. Ingat, next class bawa nota topik seterusnya." Suara TZ bergema di setiap penjuru dewan kuliah itu.

Ally masih duduk sedangkan yang lain-lain sudah bangun, bersedia untuk pulang. Ally bercadang untuk biarkan mereka semua keluar dan mengosongkan dewan kuliah ini sebab dia ada perhitungan hendak dibuat dengan seseorang.

"Ally, tak nak balik lagi ke?" Jaja bertanya dari bawah.

"Tak, tak. Balik dulu. Aku nak pergi library lepas ni." Ally mencipta alasan.

"Nanti kau balik sendiri ke macam mana?"

"Ha. Aku balik sendiri. Malam kot. Kau orang balik je dulu, tak apa."

"Okey, babai!" Jaja dan Irah dah turun. Tinggallah Ally seorang sahaja di barisan kerusi kuliah.

TZ kumpulkan semua kertas jawapan. Dia kira untuk pastikan bilangan pelajar yang datang dan mengambil kuiz pada hari ini cukup. Tapi kenapa tak cukup pula?

TZ kira semula kerana dia tidak puas hati. Tadi rasanya dia dah fotostat cukup-cukup untuk semua orang. Mana pergi lagi satu set kertas soalan ni?

TZ termenung sekejap. Adakah dia yang salah kira? Tidak mungkin. Betul dah tadi TZ fotostat sama dengan bilangan kehadiran yang dia ambil daripada senarai nama. Kepala yang tidak gatal dia garu.

Dia angkat kepalanya apabila terasa bulu di tengkuk meremang, seperti diperhatikan seseorang. Dan dia lihat Ally sedang berpeluk tubuh sambil merenungnya tajam.

Ally betul-betul di depan dia dan di tangan itu ada sehelai kertas putih yang TZ percaya penyelesaian kepada kes 'Misteri Nusantara' dia. Cait!

"Dah kenapa berdiri dengan muka macam tu?"

"Dan kenapa you berdiri sebelah I tadi?" Soalan TZ dibalas dengan soalan juga oleh Ally.

TZ dah menyengih. Oh. "Mana ada."

"Ada!"

"I jalan-jalan dekat semua oranglah." TZ tak endahkan Ally. Dia simpan semua kertas yang perlu ke dalam beg dia. Pura-pura tidak faham kenapa gadis itu menyinga.

"You sengaja je, kan!" Ally rasa macam nak tarik-tarik sahaja kolar baju TZ yang berbelit dengan tali leher tu. Geram.

"Ya Allah, sengaja apa? Serius, I berhenti kejap je tadi. You nak marah-marah kenapa? Ada tol ke sebelah you tadi kalau orang lalu you kena bayar?" TZ buat lawak bodoh.

Ally? Rasa nak menangis.

"TZ..."

"Ya..."

"Kan I dah warned you jangan buat benda-benda pelik. I tak sukalah." TZ yang sudah siap mengemas, berdiri tegak tengok Ally.

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now