Bab 9 ( Bahagian 1)

578 78 2
                                    

BZZ. Bunyi sesuatu yang bergetar buatkan Ally menoleh ke arah telefonnya yang tadi dia letak di atas buku. Telefon pintar itu menyala tanda ada pemberitahuan yang masuk.

Dia ambil dan baca apa yang tertera di skrin. Mesej daripada aplikasi WhatsApp. Dia buka. TZ hantar fail Excel dekat kumpulan WhatsApp subjek yang dia ajar.

Ke sana ke sini mata Ally berlari baca apa benda yang TZ hantar, sebelum bibir dia melebar secara sendiri. "Yes!" Ally bersorak kecil tengok markah kuiz dan juga ujian bagi subjek Mikrobiologi.

Daripada lima belas peratus, markah Ally adalah empat belas perpuluhan lima!

"Okey, tinggal lagi dua puluh lima persen je nak cari untuk carry marks," kata Ally sambil mencongak cara nak cari markah penuh untuk markah terkumpul. Bukan apa, kalau markah terkumpul dah tinggi, senang sikit nak cemerlang dalam peperiksaan akhir.

Ally puas hati. Seronok rasanya apabila usaha dia menelaah membuahkan hasil. Telefon dia letak kembali di atas meja dan sambung menulis nota di atas kertas A4. Tidak lama, telefon dia kembali bergetar. Kali ini panggilan pula yang masuk.

"Irah? Nak apa pula dia ni?" Ally tekan dulu butang hijau kemudian dia bawa telefon ke telinga. "Helo."

"Ally, kau dekat mana?"

Ally letak pen atas buku. Sebelah tangan pegang telefon, sebelah lagi dia peluk tubuh untuk ampu tangan yang lagi satu. "Library, kenapa?"

"Kau dah tengok markah kuiz dengan test?" Suara Irah macam tengah kalut buatkan Ally curiga. Dia ni kan, adalah tu benda yang dia nak cerita.

"Dah, kenapa?"

"Aku ada teh panas ni nak cerita."

Kan... Ally dah kata...

Gelak kecil terhambur secara spontan. "Teh apa? Kalau Tealive aku nak. Teh 'o' bodoh-bodoh aku tak nak."

"Tak ada. 'Teh' aku lagi mahal daripada Tealive. Ni standard Starbucks punya teh."

Ally menggeleng. "Ha, apa dia?"

"Sekejap. Kau dekat library, kan? Tempat selalu?"

"Ya."

"Okey, kau tunggu kejap. Aku dengan Jaja datang. Kau tunggu situ. Jangan ke mana-mana! Sejuk 'teh' aku ni kejap lagi."

Tut. Panggilan tamat.

Ya Tuhan... perangai Irah ini macam makcik bawang! Kepoh!

* * *

"HA apa dia?" Ally tanya sebaik sahaja Irah dan Jaja labuhkan duduk mereka di atas kerusi betul-betul setentang dengan Ally.

"Kejap, kejap. Bagi aku bernafas dulu."

Ally bagi mereka kipas kecil yang memang dia bawa bersama ke perpustakaan ini. "Nah, sejukkan dulu badan tu."

Jaja ambil tanpa banyak suara. Sementara Irah dah mengibas-ngibas tudung untuk buang haba.

"Okey, cerita dia macam ni. Tadi aku dengan Jaja kan ada kelas TITAS." Irah mula buka mulut walaupun nafas dia masih mencungap.

"Okey... lepas tu?"

"Dalam tu adalah geng budak-budak kelas sebelah tu sekali dengan kita orang." Irah berhenti bercerita dan pejam mata apabila Jaja hulur kipas depan muka dia. Nikmatnya.

"Oi, habiskanlah dulu ayat kau!" Ally sepak kaki Irah bawah meja.

"Dia orang ni duduk dekat barisan kerusi depan kita orang."

"Lepas tu?"

"Lepas tu... aku dengan Jaja dengar dia orang mengumpat kau. Aku rasa dia orang tak perasan kot aku dengan Jaja ada dekat belakang. Bukan main lagi, tak ingat dunia dia mengata kau, Ally!"

Ally jadi ingin tahu. "Mengumpat apa?"

"Pergh, kalau kau dengar ni Ly, confirm masa tu juga kau nak tampar dia orang." Irah macam sengaja tambah rencah dalam cerita sebab muka dia pun sudah jadi bengis.

"Dia orang cakap apa?" Ally ulang lagi soalan dia yang masih lagi tidak berjawab dengan penuh sabar. Kalau kali ini Irah tak jawab juga, dia dulu yang Ally tampar.

"Dia orang macam biasalah, mengata kau ni gedik, menggatal dengan pensyarah apa semua. Lepas tu kau melayan pakwe-pakwe dia oranglah apa benda lagi." Irah cerita apa yang dia dengar.

Ally? Kening sudah hampir bertaut rapat. "Siapa yang cakap tu? Geng-geng Si Diba tu ke?" Kedua-dua Jaja dan Irah mengangguk serentak buatkan Ally tergelak, tetapi penuh hambar.

Sumpah Ally jadi kehilangan kata. Speechless.

Sebab orang yang sama jugalah yang buat cerita ini awal-awal semester satu dulu. Ingatkan cerita ni sudah habis, rupanya...

"Dia orang tu kenapa, eh? Tak ada kerja sangat dah ke dalam hidup sampai nak ambil tahu hal aku sepanjang masa?"

Jaja tongkat dagu dengan tangan. Bibir dia cebikkan dengan penuh bosan. "Biasalah tu, Ly. Dia jealous tu dengan kau. Dia orang kan satu kelas semua perangai pelik, nak lebih je semua benda."

"Aku pun rasa apa Jaja cakap tu betul."

Ally menyeringai. "Apa benda nak jealous dengan aku, dude?"

"Budak-budak kelas tu kan semua nak perform je result. Dia orang mana boleh tengok orang lain tinggi. Sakit hatilah. Dia orang tu jadi lagi koyak sebab kau baik dengan pensyarah. Tak payah ambik port, Ly. Dia orang sama-sama sekelas pun busuk hati, inikan pula dengan kau." Jaja cuba tenangkan Ally.

Yalah, awal-awal dulu dia pun macam Ally, bengang juga. Tetapi, lama-lama, setiap sem macam ini, jadi malas hendak layan. Buat penat sahaja fikir apa salah diri padahal orang lain yang tak ada salah pun tak sudah-sudah dicari kesalahannya.

"Aku penatlah dengan dia orang ni."

"Aku kata tak payah fikir!" Jaja ketuk tangan Ally dengan pen. Kasihan tengok kawan dia yang seorang ini. Ada sahaja orang dengki.

"Yalah, yalah..." Ally jawab sambil kutip semula pen biru untuk sambung buat nota. Tetapi tidak sampai seminit Ally menulis, tiba-tiba Irah berbunyi semula.

"Ally, Ally, tengok ni!" Irah tayang skrin telefon dia betul-betul depan muka Ally. Dia baca.

Menggatal dengan lecturer lepas tu bila test, markah full mark. Applause!

Terus Ally rasa macam darah tengah mendidih. Muka jadi panas. Bengang mendominasi hati.

"Dia ni dah kenapa?!" Tercampak terus pen dari tangan.

"Bak sini aku baca." Jaja rampas telefon Irah. "Ni siapa yang buat status ni, Irah?"

"Dinie, geng Diba tu juga."

"Apa pasal dia boleh ada nombor kau?" Jaja tidak puas hati.

"Hari tu kan aku satu grup assignment dengan dia. Kau tak ingat ke?"

Jaja tidak pedulikan Irah dan pandang Ally. "Ly, okey tak?" Dia nampak muka Ally sudah keruh. Tangan itu dah pun laju kutip pen-pen dia yang berterabur atas meja. Kemas semua kertas yang bersepah tadi letak di dalam beg.

"Dahlah, tak ada mood aku nak studi. Aku nak keluar." Beg sandang sudah pun tersarung di bahu. Bersedia untuk pergi, Ally mahu tenangkan diri. "Aku gerak dulu, eh?"

"Nak pergi mana?" Irah tanya.

Ally angkat bahu. "Tengoklah nanti."

"Nak kita orang teman tak?" Jaja tanya penuh prihatin.

Geleng. "Tak apa. Thanks, babe. Aku pergi dulu." Dan Ally pergi tanpa menoleh dengan hati yang mendongkol geram. Urgh!

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now