Special Teaser 1

589 56 2
                                    

“Assalammualaikum, sir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Assalammualaikum, sir. Saya cuma nak tanya, sir rasa sir handsome tak?” TZ baca apa yang tertulis di kertas itu kuat-kuat. Sejurus habis membaca, dia tergelak lagi.

“Aku bet yang tanya ni mesti budak lelaki yang tak handsome.” Izz tambah komen sambil tuding jari kepada satu-satu muka budak lelaki yang dia rasa kurang kacak membuatkan semua orang tergelak.

Ally tekup mulutnya. Bagus juga ada yang tanya soalan macam ini. Nak juga dia dengar jawapan TZ di khalayak ramai macam mana.

TZ berdeham sebelum menjawab.

“Mencabar soalan ni. Boleh timbulkan unsur riak di sini. I tak nak jawab. I nak you all yang jawabkan. Guys, you rasa I handsome tak?”

“Handsome!” Jeritan pelajar perempuan bergema di persisiran pantai itu.

Ally julingkan matanya ke atas. Konon… ada unsur riak. Memanglah dia tak nak jawab, tetapi apabila TZ tanya soalan itu kepada pelajar-pelajar perempuan, memang jawapannya sedap telinga didengar.

Itu namanya dua kali riak!

TZ bangun daripada duduk dan tundukkan badannya sedikit sebagai tanda berterima kasih. “Izz, okey?”

Izz angguk, puas hati.

Soalan berganti soalan. Apabila Izz tanya soalan dan TZ jawab sambil berjenaka, mereka semua bergelak ketawa bersama. Sampai berair mata.

“Okey, untuk soalan yang kesepuluh. Sir rasa orang yang tak pernah tahu pasal Lawak Kampus noob ke tak?”

Cis! Mati terus senyuman TZ. Tak payah teka dia sudah tahu siapa punya soalan.

“Sir tahu tak Lawak Kampus?”

TZ garu belakang kepalanya. Dengan muka yang tebal, lambat-lambat dia menggeleng. “I tak pernah baca.”

Muka Izz melongo, tetapi cepat-cepat dia kawal. “Tak apa, sir. Apalah sangat Lawak Kampus tu. Sir ada PhD kot. Faham, faham.”

Geram sahaja TZ tengok Ally dekat belakang sana. Bibirnya diketap. Boleh pula terkena soalan Ally dalam banyak-banyak.

“Ha, soalan kali ni aku suka. Ada dua, melekat pula dia. Kita bacalah ya?” kata Izz dengan nakal. “Dia tulis, dalam ramai-ramai orang dekat sini, sir kena pilih seorang untuk cakap ‘I love you’.”

Pelajar perempuan sudah menggila. Ally tarik kening ke atas. Wah!

Menarik… boleh buat modal gaduh antara pelajar perempuan ni.

TZ pandang Ally di belakang sana. Kebetulan mata bertemu mata. Ally seperti tahu apa yang bakal keluar daripada mulut TZ buatkan senyum dia tadi mati. Matanya dijegilkan seluas mungkin.

“TZ, no!” kata Ally tanpa suara. Hanya bibir sahaja digerakkan.

“Ally.” Amaran gadis itu tidak diendahkan. Serentak semua kepala yang tadi menghadap depan berpaling ke belakang.

“Wuuu…” Pelajar lelaki sengaja tambah minyak pada api.

“Wow, panas! Dah… dah tenung Ally. Siapa suruh tanya, sir jawablah.” Izz cuba redakan keadaan apabila pelajar perempuan masih memandang Ally sambil bercakap-cakap sesama sendiri. Apabila semua mata sudah pandang ke depan semula, Ally tunjuk penumbuk kepada TZ yang memampangkan riak selamba di depan sana.

Eee, TZ tak guna! Dia ni, sengaja! Yang hendak pindah jauh ke hujung dunia itu dia. Yang kena tinggal di sini itu Ally! Berani-berani dia buat hal depan khalayak ramai macam ini? Ally rasa hendak menangis apabila telefon di atas ribanya sudah bergetar hebat, tanda dihujani dengan mesej daripada Jaja dan Irah.

Tengok! Ini baru perempuan kepoh berdua itu. Belum lagi orang lain. TZ ni…

“Baiklah, next question. Eh? Macam tahu-tahu je. Ni mesti duduk sama-sama masa tulis soalan. Ready, sir?”

“Yes.”

“Okey. Dalam banyak-banyak student sir, siapa sir nak pilih untuk cakap ‘I hate you’?”

Ally lagi sekali rasa darahnya naik menyerbu ke muka.

“TZ, no!” Tangan dia silang untuk beri amaran kepada lelaki itu supaya jangan buat hal depan orang. Tapi, sayang. Siapalah Ally hendak kawal mulut lelaki itu. TZ tidak perlu fikir pun untuk jawab soalan itu.

“Ally.”

Ally rasa nak menangis sahaja sekarang apabila telinga dia tangkap bunyi-bunyi orang bercakap tentang dia. Mencarut Ally dalam hati.

Tunggu, lepas habis ni memang Ally pukul pensyarah dia yang satu itu.

Tunggulah!

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now