Bab 3

714 70 11
                                    

"ALLAH selamatkan saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ALLAH selamatkan saya. Allah selamatkan saya... Allah selamatkan TZ. Allah selamatkan saya..."

Rancak dia menyanyi untuk diri sendiri sebelum TZ menekan brek mengejut apabila ternampak seseorang terbaring di atas jalan. Liur yang ditelan terasa kesat. Dia memberanikan diri menjenguk kepala ke luar.

TZ memandang ke sekeliling beberapa kali.

"Manusia ke bukan tu?" Dia menggumam perlahan. TZ usap lehernya yang sudah meremang. Jujur TZ mengaku yang dia penakut orangnya.

"Tapi kalau manusia, apa hal yang pergi baring tengah jalan macam ni sekali? Macam mana dia boleh terbaring dekat sini?"

TZ garu kepalanya walaupun tak gatal. Dia cuba cari rasional di sebalik keberadaan perempuan yang terbaring di atas jalan raya itu. Setelah beberapa ketika, TZ membuat keputusan untuk turun dari kereta.

Baru sahaja pintu kereta dibuka, tiba-tiba TZ terfikirkan sesuatu.

Macam mana kalau sebenarnya dia pura-pura sahaja? Buatnya ini ialah salah satu modus operandi penyamun zaman sekarang, macam mana? Lepas itu dia culik TZ? Rompak TZ?

Terus pintu kereta dia tutup semula, siap berkunci. TZ gelisah. Patutkah dia keluar atau tidak?

Akhirnya, setelah puas menimbang baik buruk, dengan tekad yang satu, kakinya dijejakkan ke tanah walaupun ketika itu hatinya rasa sangat kecut.

Sekali lagi sekelilingnya dipandang, tercari-cari mana tahu ada van ke, kereta ke, yang menunggu masa untuk serang dia.

Tiada. Itu membuatkan TZ rasa sedikit lega.

TZ berjalan mendekati si dia yang terbaring itu dengan sangat perlahan dan berhati-hati. Dia lihat susuk tubuh itu, sepertinya ialah seorang perempuan. TZ kini berada betul-betul di hadapan gadis itu. Mukanya tidak jelas kelihatan kerana ditutupi dengan rambut yang panjang mengurai.

Dia nampak gadis itu bergerak-gerak. Kepalanya seperti mendongak tetapi tak lama sebelum kepalanya terkulai jatuh.

TZ fikir gadis itu sudah pengsan sebab dia langsung tidak bergerak.

Ah, sudah...!

Dia mula panik.

Hari ini sepatutnya bermula dengan baik dan diakhiri dengan baik. Kenapa bala tiba-tiba datang pula? Telefon di poketnya dia keluarkan segera. TZ cari satu nama dalam senarai kenalan, kemudian laju dia letakkan telefon ke telinga. Tak lama kemudian, panggilannya disambut seseorang.

"Helo, Yanie? Yanie, tolong abang, Yanie." Sebaik sahaja talian bersambung, tanpa salam TZ menyerang adiknya.

"Tolong apa ni, abang? Sedar ke tak jam pukul berapa ni?" Yanie di seberang sana seperti ingin marah. Dah pukul 11.30 malam.

"Yanie, abang tak main-main. Abang jumpa orang ni. Dia tengah terbaring ni dekat tengah-tengah jalan." TZ perhatikan gadis itu yang masih pegun, langsung tak berkutik.

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now