Bab 1 (Bahagian 2)

848 68 8
                                    

Mereka majukan langkah ke bahagian yang lebih tenang, di bahagian ruang tamu kedua yang sedikit tersorok di tepi dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mereka majukan langkah ke bahagian yang lebih tenang, di bahagian ruang tamu kedua yang sedikit tersorok di tepi dapur. Rumah Ben ini sudah jadi seperti rumah kedua mereka. Walaupun besar seperti istana, tapi Nick dan Ally sudah hafal selok-beloknya.

Tak terkira entah berapa kali mereka sudah berkunjung ke sini.

"Danny nak duduk sini." Ally dah labuhkan duduknya di atas sofa kulit yang empuk. Kakinya dibawa naik lalu dia bersila dengan selesa di situ.

"Tak nak keluar? Tengok-tengok? Cari kawan baharu ke?" Nick tanya sambil keluarkan dompetnya dari dalam poket seluar kemudian dia serahkan kepada Ally untuk disimpan di dalam beg sandang yang dia bawa dari rumah.

"Tak nak. You pergilah. Nanti kalau nak balik, bagi tahu."

"Betul ni?"

"Hurm."

"Okey..." Baru Nick nak bercakap dengan lebih lanjut, suara seseorang yang nyaring menjerit dari belakang. Dia mematikan kata-katanya. Dua pasang mata sudah tertumpu kepada sesusuk lelaki tinggi lampai, yang berkulit putih langsat, berbaju putih dikotori dengan pelbagai warna cat neon.

"Oh my God! Aku nampak angel ke dekat sini?" Ben tekupkan tangannya ke mulut sambil dia lihat Ally dari atas hingga bawah buatkan Nick tergelak besar. Kalau dia jadi Ben pun reaksi dia akan begitu.

"Apa yang kau dah buat dekat angel aku ni? OMG, I love you, babe!" Ben depakan tangannya, pura-pura ingin memeluk Ally seiring dengan rasa teruja yang dia rasa ketika itu.

Ally terlebih dahulu hulurkan penumbuk kepada Ben. Menyampah sungguh dia dengan lakonan terlebih lelaki berketurunan Cina itu.

Ben sengih sahaja dengan cara Ally membalas. Dia bukan apa. Terkejutlah juga, sebab Nick berjaya ajak Ally datang ke parti malam ini. Alamak, Ben dah kalahlah ni dengan Nick, sebab lelaki itu dah berjaya heret Ally ke parti liar mereka.

Bukan calang-calang orang ni.

VIP!

"Pergh, congrats, bro. You did it. Tak sangka aku boleh jumpa Ally dekat sini." Ben sudah melagakan bahunya dengan Nick. Dia sudah duduk di tempat letak tangan sofa yang diduduki Ally. Matanya masih galak melihat gadis kesayangannya itu duduk santai di situ.

Ben tundukkan badannya untuk memeluk Ally. Sesaat kemudian dia daratkan satu kucupan ringkas di rambut lebat itu, tapi sekejap saja. Cepat-cepat badannya Ally tolak dengan muka menyampah. Tahu, Ben hanya berpura-pura.

"Ally tak datang saja-saja. Make sure you pay Nick wisely because I need my portion too," kata Ally sambil dia buka telefonnya.

Tajam mata Ben tengok Nick. "Kau bagi tahu Ally ke?"

"Kejap lagi kita sembang. Aku nak pergi tandas dulu." Dengan kata-kata itu, Nick beransur pergi meninggalkan hanya Ben dan Ally di ruangan yang luas itu berdua.

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now