Bab 7 ( Bahagian 2)

609 87 3
                                    

CERITA antara Ally dan TZ tidak berakhir hanya di dewan kuliah kerana selepas itu, entah kenapa, mereka berdua asyik terserempak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CERITA antara Ally dan TZ tidak berakhir hanya di dewan kuliah kerana selepas itu, entah kenapa, mereka berdua asyik terserempak. Padahal fakulti mereka bukanlah kecil sangat sampai boleh terserempak selalu.

Ally bukan apa, malas nak bersua muka dengan TZ sebab lelaki itu kuat mengusik. Ada sahaja benda yang dia nak sakat. Lagi-lagi apabila Ally cakap yang dia tak suka TZ buat perangai di dalam dewan kuliah. Tapi selamba sahaja dia buat.

Lagipun, tak ada siapa-siapa pun yang tahu mereka berdua kenal antara satu sama lain. Ally malas nak terang lebih-lebih dekat orang. Perangai budak-budak kuliah dia bukan betul sangat. Macam-macam hal.

Sebab tu Ally punya kawan, Jaja dengan Irah sahaja. Orang lain dia malas nak buat kawan. Macam-macam cerita Ally dengar. Tak nak Ally campur.

"Ally, nak pergi library tak?" tanya Irah.

"Naklah. Aku nak studi ni. Matilah esok ada kuiz. Satu apa pun Mikro ni aku tak baca semalam sebab satu hari aku baca Genetic punya pasal." Mereka bertiga beriringan berjalan kaki menuju ke perpustakaan.

Ally mengaku, dia bukan minat sangat dengan biologi walaupun dia ialah pelajar Biologi. Sudah mengaji setengah jalan pun, tapi apa boleh buat, kenalah juga dia belajar dan buat betul-betul.

Jiwa ada ke tak ada, itu belakang kira. Janji belajar. Itu ialah pelajaran pertama dalam kehidupan yang dia belajar setelah memasuki alam dewasa. Bukan semua benda yang kita hajatkan akan kita dapat.

Dan kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat. Itu nasihat Nick untuk Ally pada awal-awal dulu ketika Ally patah semangat.

Sampai sahaja di perpustakaan, Jaja dan Irah mengambil tempat di satu meja di hujung, berdekatan dengan rak buku. Sementara Ally pula capai earphone, kertas dua helai dan sebatang pen seperti biasa. Dia berjalan di celah-celah rak buku, mencari buku rujukan tentang mikrobiologi. Ally tak ada nota. Dia lebih suka menelaah daripada buku rujukan.

Selalunya buku rujukan subjek itu duduknya di rak buku bahagian belakang.

Jadi, Ally akan baca buku di situ juga. Duduk di antara celah-celah buku. Begitulah kebiasaan dia setiap kali mengulang kaji.

Belajar biologi tidak seperti cabang sains yang lain. Tidak seperti kimia yang ada bahagian mengira dan membaca. Tidak juga seperti fizik yang hampir keseluruhannya mengira. Apa yang pelajar biologi seperti mereka buat ialah membaca.

Baca, baca, baca sampai muntah. Ally cari buku yang dia mahu, dia jumpa.

Pearson. Microbiology: An Introduction, Global Edition.

Ally tarik buku tebal itu dan duduk di atas lantai, bersila. Hari ini dia pakai seluar jean dengan baju putih lengan pendek digandingkan dengan kemeja kotak-kotak. Rambutnya disimpul ala siput. Ally menanggalkan kasut. Dia perlukan keadaan yang selesa untuk belajar.

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now