Elvis Ayden melihat telefonnya yang berdering itu.
"Ayana? Tak habis-habis nak call" selamba di matikan telefonnya. Dia tak ada masa nak melayan, lagi-lagi kerja yang dibuatnya sekarang sangat banyak.
Ayana pula sudah mengetap bibir.
"Kenapa abang ni? Dah tak sayang Ayana ke?" Otaknya mula memikirkan yang bukan-bukan.
'Abang dah ada girlfriend ke?'
KRING!!
Ayana melihat skrin telefon sebelum mengangkat panggilan itu.
"Malam ni? Tengoklah kalau dapat abang aku nak balik malam ni" tolak Ayana.
"Aku tak peduli, malam ni event besar tahu, aku dah siapkan superbike kau. Aku tunggu ni, bukan aku jer, orang lain pun tak sabar nak tengok kau beraksi" terang orang di talian itu.
"Tengoklah, aku tak janji. Aku tak nak gaduh dengan abang aku lagi" pantas telefon itu di matikan. Semakin lama dia melayan, semakin dia tertarik.
Dia sudah berjanji tidak akan melibatkan diri dalam perlumbaan lagi.
Ya, Ayla seorang pelumba. Tapi lebih kepada pelumba haram. Bila papa melarang untuk mengikuti sukan lumba litar, Ayana dalam diam melibatkan diri dengan perlumbaan Haram. Tidak ada seorang pun yang tahu dia seorang pelumba yang mendapat gelaran 'Ratu Litar'. Hanya Elvis Aydan yang tahu. Sebab itulah dia sedikit takut untuk membantah kata-kata Elvis Ayden.
Ayana keluar dari biliknya dengan hanya berskirt paras peha dan baju ketat yang menampakkan perut. Semua dalam rumah itu sudah lali untuk menasihatinya. Ayana sangat keras kepala, dia tidak pernah mengikut cakap mereka. Kecuali kalau Elvis yang menegur dia akan mendengar.
"Mama" Ayana memeluk tubuh Puan Dayana.
"Ya sayang" sahut Puan Dayana. Matanya memandang sayu penampilan anaknya itu.
"Mama, abang Ayden jadi balik tak petang ni?" Tanya Ayana teruja. Sejak Elvis berpindah dia sudah jarang berjumpa dengan Elvis. Apatah lagi abangnya itu seakan-akan mengelak untuk berhubung dengannya.
"Ya, tapi abang Ayden bawa kawan balik. Bell pergilah tukar baju yang elok sikit" nasihat Puan Dayana. Rambut anaknya itu diusap lembut. Anak mata hijau milik Ayana Bellinda ditatap. Entah mengapa semakin lama dia merasakan yang dia semakin jauh dengan Ayana Bellinda.
"Biarlah, macam munafik sangat kalau Bell tukar baju semata-mata untuk kawan abang Ayden tu" Ayana mencebik. Dia tidak suka ditegur.
Petang itu Elvis pulang membawa seorang gadis yang berbaju kurung. Sungguh manis dilihat pada mata orang lain tapi sangat menjengkelkan di mata Ayana.
Gadis itu menyalam semua yang berada disitu. Ayana hanya memandang tangan yang dihulurkan gadis itu.
Elvis Ayden yang melihat terus menegur.
"Ay, salam kak Misha tu" Dengan terpaksa Ayana menyambut. Tapi jelas hanya hujung jari yang bersalaman.
Selepas sahaja bersalam, Ayana terus masuk ke dalam rumah. Punggung di labuhkan kasar ke atas sofa itu.
Tuan Manaf menggelengkan kepala melihat Ayana. Begitulah kelakuan tidak sopan Ayana setiap kali Elvis membawa perempuan pulang ke rumah.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA BUAT ABANG
RomanceDari kecil hidup bersama, tinggal serumah dan hidup sebagai adik beradik. Entah bagaimana perasaan cinta mulai tumbuh dalam diri. Ayana Bellinda dalam diam menyimpan perasaan terhadap abangnya itu. Perasaan itu cuba ditahan dan dipadam, namun benar...