Elvis meletakkan Ayana ke atas sofa apartment miliknya dengan perlahan-lahan. Ayana mendesis perlahan.
"Kenapa abang tak bawa Ay pergi hospital? Ay tengah luka ni kan" tanya Ayana hairan.
"Bahaya lah Ay. Ni nasib baik abang ikut Ay datang situ, kalau apa-apa terjadi kat Ay macam mana?" Bebel Elvis. Tangannya ligat menaip mesej kepada seseorang.
"Apa yang bahaya?" Tanya Ayana bersama riak wajah polos.
"Ay boleh tanya apa yang bahaya? Ay tak nampak ke kejadian tadi? Alex mati kena tembak dekat situ, belum kira lagi tembakan-tembakan yang dilepaskan tu. Kalau Ay yang kena tembak macam mana? Ni pun Ay tahu tak siapa yang tikam dan dari mana pisau tu datang?" Tanya Elvis tegas. Wajah Ayana ditenung dalam.
"Tak tahu. Ay nak pergi kat abang tetiba jer peha Ay kena tikam. Tak tahu dari arah mana" kata Ayana perlahan. Elvis menhela nafas perlahan.
"Ay tahukan abang ketua Black Tiger? Abang rasa serangan malam tu ada kaitan dengan abang. Mungkin ada yang ikut abang? Atau mungkin juga kejadian tu amaran buat abang" kata Elvis. Dahinya diurut perlahan.
"Abang tahu ke siapa yang serang?" Tanya Ayana bersungguh-sungguh. Elvis pantas mengangkat kepala memandang Ayana.
"Ay tahukan kita banyak musuh? Pisau yang kena kat Ay tadi tu milik Gonzalez Group" kata Elvis perlahan. Ayana tersenyum sinis.
"Musuh abang, musuh papa, musuh keluarga abang" perlahan sahaja Ayana berkata tapi masih dapat didengari oleh Elvis. Elvis tergamam melihat senyuman Ayana yang sukar ditafsir itu.
"Ay tak bermusuh dengan sesiapa pun? Kenapa perlu Ay yang kena serang? Kenapa bukan abang? Tu kan musuh abang?" tanya Ayana lagi. Tangannya bermain-main di baju Elvis.
"Dahlah, Ay tak faham pun kalau abang bagitahu ni" Elvis menyandarkan belakang tubuhnya ke sofa itu.
"Terlebih faham dah abang" gumam Ayana. Pandangannya terhala pada gambar keluarga mereka diatas meja tv itu.
"Apa Ay?" tanya Elvis. Dia tidak mendengar dengan jelas apa yang dikatakan Ayana.
"Luka Ay macam mana?" Tanya Ayana. Elvis mencelikkan mata memandang Ayana. Baru sahaja dia mahu membalas, loceng pintu apartmentnya berbunyi.
Elvis berlalu ke pintu dan tidak lama selepas itu dia kembali bersama seorang lelaki.
"Ay, ni kawan abang. Nama dia Shafiq. Bro ni Ayana adik aku" Elvis memperkenalkan mereka. Ayana pula merasa sedikit terasa apabila Elvis memperkenalkannya sebagai 'adik'.
"Hai, saya Shafiq" kata Shafiq sambil menghulurkan tangan. Tapi Ayana hanya diam. Tiada niat mahu menyambut huluran itu.
"Erm, siapa yang sakit?" Tanya Shafiq apabila diendahkan Ayana.
"Adik akulah. Kau boleh tolong rawat dia tak? Luka kena tikam" terang Elvis. Dia pantas mengambil tempat di sebelah Ayana. Walaupun Shafiq tu kawannya, dia tetap tak percayakan Shafiq.
"Boleh" dan Shafiq pun memulakan sesi merawat luka Ayana itu. Selepas sahaja dirawat Ayana meminta diri untuk masuk ke bilik. Dia tidak suka berlama-lama dengan lelaki itu. Tapi kalau dengan Elvis dia nak.
"Adik kau ke tu?" Tanya Shafiq apabila Ayana sudah bolos ke dalam salah satu bilik di apartment itu. Elvis memandang Shafiq yang tersengih-sengih itu.
"Ya"
"Yeke? Mata dia warna hijau weh, setahu aku warna biji mata mama papa kau takda pun yang hijau. Tapi serius weh lawa" puji Shafiq. Walaupun Ayana hanya menunjukkan riak sombong padanya, tapi dia tetap merasakan Ayana cantik dan manis. Orang kata sombonglah best.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA BUAT ABANG
RomanceDari kecil hidup bersama, tinggal serumah dan hidup sebagai adik beradik. Entah bagaimana perasaan cinta mulai tumbuh dalam diri. Ayana Bellinda dalam diam menyimpan perasaan terhadap abangnya itu. Perasaan itu cuba ditahan dan dipadam, namun benar...