010

13.9K 302 15
                                    

Elvis terjaga dari pengsannya apabila digerakkan oleh anak buahnya.

"Tuan, bangun"

Perlahan-lahan Elvis bangun memandang sekeliling. Dia masih berada di tempat di mana dia pengsan semalam.

"Tuan, Tuan Manaf" anak buahnya yang bernama Sam itu teragak-agak untuk memberitahunya.

Pantas Elvis berdiri.

"Kenapa dengan papa" tanya Elvis sambil melangkah ke dalam rumah. Belakangnya yang terasa nyeri tidak dihiraukan.

"Tuan Manaf diserang"

Elvis pantas menaiki tangga ke tingkat atas. Puan Dayana dan beberapa anak buah yang lain sedang mengangkat Tuan Manaf untuk di bawa ke hospital.

"Mama okay?" Tanya Elvis risau.

"Okay, tapi papa" tangis Puan Dayana. Apabila dia terjaga dari pengsannya pagi tadi, orang pertama yang dilihatnya adalah Tuan Manaf sendiri yang sudah berlumuran darah kerana ditikam di bahagian perut.

"Korang bawa papa ke hospital sekarang, jangan lupa ketatkan pengawasan. Mark tinggal dengan yang lain" arah Elvis. Rahangnya bergerak-gerak.

"Korang semua buat apa semalam?!" Jerkah Elvis. Wajah Mark ditumbuk kuat. Tidak dihiraukan kecedaraan yang di alaminya.

"Kami minta maaf Tuan. Tapi semalam kami semua tak larat nak lawan waktu serangan berlaku" jawab Mark berani. Bukk! Satu lagi tumbukan hinggap di pipinya.

"Kau ingat aku nak dengar alasan kau? Siapa yang berjaga semalam, saya cuma arahkan sebahagian sahaja untuk masuk menjadi saksi semalamkan?!" Tengking Elvis lagi. Satu-satu wajah mereka dipandang.

"Tuan semua yang masuk sebagai tetamu dan saksi perkahwinan tuan semalam awal-awal lagi dah tak sedar. Saya syak mereka diberi dadah. Saya dah minta mereka pergi melakukan ujian air kencing tuan" lapor Mark.

"Betul Tuan Elvis. Yang berjaga di luar sahaja yang masih sedar semalam" sokong mereka disitu.

Semalam keadaan sedikit kucar kacir apabila tahu-tahu sahaja mereka sudah diserang hendap. Lagi membingungkan kebanyakkan anak buah mereka sudah tidak sedarkan diri. Sistem keselamatan juga tidak berfungsi seolah-olah sudah digodam dari awal.

Pang!!

Kedengaran bunyi kaca pecah dari salah satu bilik di tingkat satu itu. Kesemua mereka yang ada disitu terus senyap. Elvis Ayden berjalan perlahan-lahan ke arah bilik itu. Mark yang melihat Elvis Ayden menghulurkan tangan itu pantas memberikan pistol miliknya kepada Elvis.

Dengan pantas Elvis membuka pintu bilik itu. Pistol sudah diangkat ke depan.

"Abang!" Terjerit Ayana apabila diacukan pistol. Elvis pantas menurunkan tangannya.

Pasu bunga yang pecah di atas lantai dilihat. Darah yang menitik dari tangan Ayana Bellinda dilihat. Pantas dia mendekati Ayana.

Baju pengantin yang berwarna putih itu sudah bertukar warna.

"Kenapa luka?" Tanya Elvis tegas. Ditenungnya mata Ayana.

"Bell terlanggar pasu tu. Bell nak bersihkan tapi kaca tercucuk kat tangan Bell" Ayana menunjukkan telapak tangannya yang masih tercucuk kaca itu. Darah menitik-nitik di atas lantai.

"Ayana pergi mana semalam?" Tanya Elvis keras. Dicengkamnya rahang Ayana.

"Bell kat rumah lah kat mana lagi?" Tanya Ayana Bellinda.

"Kita kena serang Ay tak sedar ke?" Tanya Elvis ragu-ragu. Ayana membulatkan mata. Terkejut. Elvis yang melihat wajah terkejut Ayana terus melepaskan Ayana.

"Ayana tak dengar ke keadaan kecoh semalam?" Tanya Elvis perlahan. Wajah terpinga-pinga milik Ayana dipandang dalam.

"Tak, Bell tidur lepas makan pill tu. Ni pun Bell baru bangun" jawab Ayana perlahan. Mata mula berair. Elvis yang melihat Ayana yang hendak menangis itu pantas menarik Ayana ke dalam pelukannya.

"Kenapa Ayana tolak semalam?" Tanya Elvis. Dia masih tertanya-tanya. Kenapa tolak kalau cinta?

Ayana Bellinda yang seakan tersedar pantas menolak Elvis. Dia benci! Elvis cuba menarik Ayana tetapi ditepis.

"Papa cedera" kata Elvis. Langkah Ayana terhenti.

"Papa mana? Bawa Bell jumpa papa" desak Ayana. Lengan Elvis digoyangkan. Air mata mengalir deras.

"Mama okay?" Tanya Ayana.

"Hospital. Jom, sekali rawat luka Ay" ajak Elvis. Dia memegang bahu Ayana tetapi Ayana mendesis perlahan sebelum berjalan mendahului Elvis. Elvis yang baru melangkah keluar dari pintu itu sempat menoleh ke belakang. Pintu balkoni yang terbuka dilihat.

Mark yang sedari tadi berdiri diluar pintu itu dilihat. Isyarat diberikan. Mark menganggukkan kepala sebelum pantas memasuki bilik itu.

Ayana Bellinda yang kelihatan gelisah itu dilihat. Air mata yang mengalir dihapuskan secara kasar. Elvis menggelengkan kepala perlahan. Tangan kanan Ayana ditarik. Kaca yang terbenam jauh ke dalam telapak tangan itu dilihat sebelum dia memandang ke arah Ayana yang sedang merenung ke luar jendela kereta itu.

"Ayana" panggil Elvis sebelum menarik Ayana ke dalam pelukannya. Esakan yang ditahan sejak tadi kedengaran.

"Kalau Ay tak lari mesti kita dah kahwin kan?" Elvis terkaku.

"Ay sayangkan abang tapi abang tak sayangkan Ay. Sebab tu Ay lari" Ayana mendongakkan kepala memandang Elvis.

"Mesti abang terpaksa kahwin dengan Ay kan? Sebab tu abang cuma jemput anak buah abang jadi saksi dan tetamu. Kalau kita kahwin semalam mesti tak ada sesiapa pun yang tahu kita dah kahwinkan?" Ayana merenung mata Elvis yang hanya kaku memandang ke depan.

"Abang kita patah balik?"


















Hi, sorry lambat update. Kurang idea hahaha.

View dah 10k tp vote baru 100++😢 sedih lah juga hahaha. Vote lah banyak²🤗 thank you yang vote💜




Vote🍀

CINTA BUAT ABANGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang