019

12.9K 282 23
                                    

Ayana bangkit dari tidurnya bersama senyuman manis dibibir. Mata memandang ke arah pintu balkoni yang terbuka itu. Figura Elvis yang hanya bertuala disitu menjamu matanya. Spontan dia bangun mendekati Elvis. Pinggang Elvis dipeluk dari belakang.

"Abang..." Gumam Ayana. Ahh sukanya, masuk hari sudah tiga hari berlalu sejak kejadian hitam itu. Ini bermakna sudah tiga hari Ayana menjadi isteri Elvis. Bahagianya. Pagi itu selepas sahaja mereka bergaduh dan Elvis menenangkannya. Elvis terus keluar meninggalkan Ayana disitu. Pada awalnya Ayana sempat berfikiran negatif, mungkinkah Elvis hanya sekadar manis dibibir sahaja tanpa memaksudkan semua kata-katanya.

Tapi semua fikiran negatif itu melayang apabila Elvis pulang membawa sepasang baju kurung moden berwarna putih. Rupa-rupanya Elvis keluar bagi menguruskan hal-hal akad nikah. Dan pada petang itu jugalah dia bergelar isteri kepada Elvis, tanpa pengetahuan sesiapa pun. Hanya ada Elvis, Ayana, tok kadi dan dua orang saksi. Mereka sempat mengabadikan momen itu dengan mengambil beberapa gambar nikah sebagai bukti mereka sudah berkahwin.

Walaupun akad nikah itu dijalankan secara tertutup, Ayana tetap merasa bahagia. Seketika itu, Ayana lupa akan masalah sekelilingnya. Ayana lupa akan Damien.

"Good morning" sapa Elvis. Tangan Ayana yang melingkar dipinggangnya dielus lembut. Ayana manja!

Ayana hanya diam dibelakang Elvis. Hidungnya menghirup wangian maskulin dari tubuh Elvis. Dia merasa begitu tenang, Elvis bagaikan terapi untuknya.

"Abang, jom breakfast dekat luar" ajak Ayana ceria. Selama 3 hari ini, dia hanya terperap di dalam apartment itu. Elvis melarang dia untuk bergerak banyak kerana luka di pehanya masih basah.

"Kenapa nak makan kat luar?" Tanya Elvis lembut. Dahi Ayana yang jelas berbenjol itu dikucup penuh rasa... kasih sayang mungkin?

"Bosanlah duduk sini. Dah lama Ay tak keluar tengok bangunan tinggi-tinggi" rungut Ayana. Elvis tersenyum memandang Ayana yang sudah memuncungkan bibirnya itu.

"Abang tak cukup tinggi ke untuk Ay tengok?" Usik Elvis. Ayana mencebik.

"Abang bangunan ke?" Elvis terus ketawa suka. Tubuh Ayana ditarik ke depannya sebelum dipeluknya erat, tepi kepala Ayana dicium lembut. Satu yang Elvis perasan akan perubahan pada dirinya ialah dia seakan-akan begitu tenang apabila dekat dengan Ayana. 

"Abang happy kahwin dengan Ay?" Tanya Ayana tiba-tiba. Elvis hanya diam. Dia tidak ada jawapan yang jelas untuk itu. Dagunya diletakkan diatas bahu Ayana. 

"Abang rasa tenang sangat bila dekat dengan Ayana" jujur Elvis. 

"Abang happy tak?" desak Ayana lagi. Dia berdebar-debar ingin mendengar jawapan Elvis. 

"Hmm" Elvis mengangguk-angguk dengan kepalanya yang masih berada diatas bahu Ayana. Ayana tersenyum suka.

"Ay pun happy. Rasa macam dunia ni Ayana yang punya" gurau Ayana. 

"Mengadanya dia" usik Elvis. Ayana ketawa kecil. Terhibur dengan respon Elvis.

"Jomlah, kata nak breakfast kat luar" ajak Elvis. 

"Jom" dengan ceria Ayana menarik tangan Elvis. Elvis sudah hairan. Kenapa dia ditarik sama? Ayana yang sudah mengambil tuala itu dilihat nakal. Pantas tubuh Ayana didukung. 

"Jom sayang, jom" kata Elvis dengan senyuman menggoda. Ayana sudah membulatkan matanya. 

"Abang!"








































***






















































CINTA BUAT ABANGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang