006

15.3K 227 9
                                    

Tuan Manaf termenung memandang ke luar jendela. Perbualannya bersama Ayana Bellinda tadi membuatkan dia berfikir panjang.

"Abang, Bellinda cakap apa?" Tanya Puan Dayana.

"Kalau kita korbankan kebahagiaan anak kita, Dayana okay tak?" Tanya Tuan Manaf tanpa nada.

Puan Dayana terus memandang Tuan Manaf tajam.

"Apa maksud abang?"

"Bellinda cintakan Ayden" Puan Dayana tersentak.

"Apa ni? Ayden tu abang dia" tegas Puan Dayana.

"Dayana dah lupa? Tu bukan anak kandung kita" perlahan Tuan Manaf mencapai tangan Puan Dayana.

"Bellinda anak saya, dia adik Ayden!" Bentak Puan Dayana.

"Anak kita dah mati Da. Ayana kita dah mati" Tuan Manaf memeluk tubuh Puan Dayana. Perlahan-lahan air mata menitis di pipi.

"Ayana hidup. Anak kita Ayana Bellinda" tegas Puan Dayana. Dia akan tetap mengakui Ayana Bellinda itu anaknya.

"Nama anak kita Elvina Ayana binti Manaf, bukan Ayana Bellinda Eric Gonzalez. Anak perempuan kandung kita dah meninggal Da, Ayana Bellinda cuma anak angkat kita, anak buah abang, yang kita jadikan pengganti anak perempuan kita 20 tahun lalu" Tuan Manaf cuba mengingatkan Puan Dayana mengenai kejadian itu buruk itu.

"Ayana saya dah meninggal" Puan Dayana memeluk Tuan Manaf erat.

"Jangan nangis Dayana, Ayana Bellinda tetap anak kita" pujuk Tuan Manaf.

"Ayana Bellinda abang, dia tetap anak saya" rayu Puan Dayana.

"Abang tahu, Bell anak abang juga. Tapi Bellinda betul-betul sakit sampai dia dah cuba cederakan diri dia"

Tuan Manaf termenung mengingatkan Ayana Bellinda.

~flashback~

Tok! Tok!

Puan Dayana yang masih bersedih kerana kematian anak perempuannya Elvina Ayana hanya membiarkan ketukan di pintu. Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun.

"Dayana, Marina datang tu. Dia bawa baby Bell dia" kata Tuan Manaf. Dia turut merasa sedih atas kematian anak perempuannya yang baru berumur 2 tahun itu. Tetapi dia harus kuat demi isterinya itu.

"Kenapa dia bawa anak dia? Dia nak ejek saya ke? Sebab saya tak pandai jaga anak saya?" Tanya Puan Dayana sayu.

"Bukanlah, dia nak hiburkan kakak dia ni" pujuk Tuan Manaf sambil menarik tangan Puan Dayana.

Puan Dayana menarik tangannya kasar. "Ayana saya mati sebab abang! Abang yang cari musuh dan abang biarkan anak-anak saya diculik! Anak saya tu bang, anak lelaki saya di hospital dan anak perempuan saya dah tak ada" tangis Puan Dayana. Masih dia ingat bagaimana rupa anak perempuannya yang berlumuran darah apabila dikembalikan oleh pihak musuh itu. Kalaulah, Tuan Manaf tidak meninggalkan mereka bersendirian dirumah, pasti kejadian itu tidak akan berlaku. Pasti rumahnya tidak dipecah masuk dan anak-anak mereka tidak akan diculik. Elvis mereka temui berkeliaran bersendirian di taman sekitar situ, manakala anak perempuan mereka, Elvina Ayana dihantar pulang ke rumah dalam keadaan berlumuran darah, isi perut yang terkeluar juga menunjukkan betapa kejamnya musuh yang membunuh anak mereka itu. 

"Abang tahu, abang minta maaf. Da jangan risau, abang akan cari pembunuh anak kita" janji Tuan Manaf.

"Anak saya abang! Anak saya dah tak ada! Ayana saya dah tak ada!" Bentak Puan Dayana. Tangisannya semakin kuat.

CINTA BUAT ABANGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang