Ayana membuka matanya perlahan-lahan. Pinggang yang terasa berat dilihat sekilas. Tubuh dibalikkan menghadap Elvis yang sedang nyenyak tertidur itu.
Perlahan-lahan dia bangun menuju ke pintu bilik. Ya dia sudah keluar wad sejak dua hari yang lepas. Kali ini biliknya sendiri. Tombol pintu cuba dibuka tetapi tidak berjaya. Ayana merengus geram. Siapa yang memandai-mandai mengunci pintu biliknya?
Kunci pendua dicari didalam laci tetapi tidak dijumpai. Rambutnya ditarik kasar. Geram kerana tidak dapat menemui kunci biliknya.
Elvis terjaga daripada tidur apabila dia tidak merasakan kehadiran Ayana disampingnya.
"Ay?" Panggil Elvis. Pintu bilik air dikerling sekilas. Mungkin dia berada didalam.
"Ayana" panggil Elvis lagi. Tanpa berlengah dia bangun menuju ke bilik air. Elvis mengerutkan dahi apabila mendapati bilik air itu kosong. Laci di meja solek dituju. Kunci bilik Ayana masih disitu. Akhirnya Elvis mengambil keputusan untuk menuju ke bilik Ayana. Baru sahaja dia mahu memutarkan tombol pintu itu, bunyi deruman motosikal berkuasa tinggi kedengaran meninggalkan perkarangan rumahnya.
"Shit" desis Elvis. Pintu bilik Ayana dibuka kasar. Pintu balkoni yang terbuka luas dipandang tajam.
Tanpa berlengah Elvis pun bersiap hendak mengejar Ayana.
"Ayden, mana Ayana?" Tanya Puan Dayana risau. Bukan main terkejut apabila dia mendengar bunyi deruman motosikal semasa dia turun hendak meminum air didapur tadi.
Elvis hanya menggelengkan kepalanya.
"Cari Ayana Ayden, mama risau. Ayana tengah mengandung tu" gesa Puan Dayana.
"Ya, Ayden tahu. Aydan nak keluar cari Ayana lah ni" Elvis pantas membuka pintu rumahnya itu, tetapi belum sempat dia menapak keluar sebuah trak hitam memasuki perkarangan rumah mereka. Elvis menutup pintu itu sebelum menarik Puan Dayana supaya berundur. Kening berkerut memikirkan siapa yang menceroboh rumahnya itu. Puan Dayana yang terpinga-pinga hanya menurut apabila Elvis mendudukkannya diatas sofa itu.
"Mama tunggu sini ya, Ayden nak panggil papa. Jangan buka pintu walaupun ada yang ketuk" pesan Elvis.
Dengan pantas Elvis menapak ke atas. Dia membuka pintu bilik papa dan mamanya tetapi tidak ada pun kelibat papanya disitu.
"Pa?" Panggil Elvis cukup perlahan. Entah mengapa naluri hatinya membawa dia ke bilik Ayana. Dan tak semena-mena dia melihat Tuan Manaf mengintai di celah pintu yang terbuka kecil itu.
"Pa?" Dengan pantas Tuan Manaf memberi isyarat supaya Elvis diam. Elvis yang memahami isyarat itu terus bergerak perlahan-lahan kearah Tuan Manaf. Dan dari situ jelas kelihatan beberapa orang yang bertopeng dan berpakaian serba hitam sedang mencuba untuk membuka sebuah peti di lantai bilik itu. Elvis mengerutkan dahi. Ni peti yang ada dalam almari pakaian Ayana kan?
"Stupid!" Jerkah orang didalam itu secara tiba-tiba. Peti itu ditendang kasar sebelum mereka menyelongkar kawasan tempat tidur Ayana pula. Tuan Manaf mengangkat sebilah pisau dapur yang dipegangnya sejak tadi. Bersedia untuk menyerang.
Elvis yang melihat turut sama bersedia dengan tangan kosong.
"Berhenti!" Tuan Manaf mencengkam leher salah seorang yang begitu hampir dengannya apabila dia memasuki bilik Ayana itu.
Dua orang yang lain pula sudah mengeluarkan pistol, bersedia untuk menembak Tuan Manaf tetapi dengan pantas Elvis mematahkan serangan orang itu. Tuan Manaf dan Elvis masing-masing bergelut dengan tiga orang penceroboh apabila mereka melawan dan mencuba untuk keluar dari situ. Elvis yang dihentak ke dinding itu menarik lampu tidur lalu dihempaskan ke kepala orang yang sedang menyerangnya. Leher baju lelaki itu dicengkam sebelum dia menghentak tubuh lelaki itu ke dinding.
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA BUAT ABANG
RomanceDari kecil hidup bersama, tinggal serumah dan hidup sebagai adik beradik. Entah bagaimana perasaan cinta mulai tumbuh dalam diri. Ayana Bellinda dalam diam menyimpan perasaan terhadap abangnya itu. Perasaan itu cuba ditahan dan dipadam, namun benar...