Elvis Ayden merenung ke arah wajah pucat Ayana Bellinda itu. Direnungnya dalam, tak sangka yang Ayana ini bukan adik kandungnya. Kalau dia kahwin dengan Ayana dapatkah dia anggap Ayana ini sebagai isteri?
"Hmm" Ayana menggeliat kecil. Perlahan-lahan matanya dibuka.
Dinding putih menjadi tatapannya.
"Ay hidup lagi ke? Atau dah mati?" Tanya Ayana pada diri sendiri. Dia masih tidak menyedari bahawa Elvis sedang berdiri tidak jauh dari dia.
Perlahan-lahan dia bangun duduk melunjur. Pergelangan tangan yang dibalut dipegang.
"Tak jadi mati" Ayana menghela nafas perlahan.
"Kau nak mati sangat ke?" Tanya Elvis. Ayana sempat menjerit sebelum memandang ke arah Elvis.
"Abang!" Jerit Ayana. Elvis menjongketkan kening. Dari tadi dia berdiri di sini takkan tak sedar kot?
"Abang buat apa dekat sini?" Tanya Ayana pelik.
"Kau teringin sangat nak mati?" Tanya Elvis lagi.
Ayana menundukkan kepala.
"Lain kali kalau nak mati gantung diri terus biar lemas. Ni nak juga potong pergelangan tangan tu, menyusahkan orang nak cari penderma darah" sindir Elvis. Dia lega Ayana sudah sedar tetapi dalam masa yang sama dia geram.
"Dah tu kenapa cari? Biar jerlah Bell mati" rungut Ayana.
"Kalau kau mati tak adalah kawan aku bergaduh lagi" kata Elvis. Rambut Ayana dibelai lembut.
"Abang jaga Ay dekat sini ke?" Tanya Ayana dengan mata bersinar. "Ya".
Ayana terus memeluk pinggang Elvis.
"Ay ingat abang tak sayangkan Ayana dah" gumam Ayana perlahan.
"Kenapa Ay nak mati? Dah tak sayang mama dan papa? Dah tak sayang abang?" Tanya Elvis. Ayana mendongakkan kepalanya memandang Elvis.
"Ayana seorang jer yang sayang mama, sayang papa dan sayang abang. Tapi korang tak pernah sayang Ay" air matanya mula bertakung.
Elvis mengerutkan dahi.
"Siapa yang cakap kami tak sayang?"
"Abang tahukan yang Ay bukan adik abang? Ay cuma anak angkat Ay cuma dijadikan pengganti adik kandung abang dalam keluarga ni. Ay cuma dijadikan penawar hati mama kan? Sebab tu abang tak pernah nak layan Ay baik-baik, sebab Ay orang luar" Ayana sudah mengeluarkan air mata.
"Kenapa suka sangat fikir bukan-bukan? Mama sayangkan Ay lah, kami semua sayangkan Ayana" pujuk Elvis. Dipeluknya tubuh Ayana. Dia sedikit kekok mahu memeluk Ayana apabila hakikatnya mereka bukan adik-beradik.
"Ayana. Bell benci nama tu! Bell bukan 'Ayana' mama tu" Ayana Bellinda sudah menolak l tubuh Elvis menjauhi dia. Matanya mencerlung.
Dia bukan Ayana! Dia cuma orang luar! Dia cuma di jadikan pengganti!
Elvis terkejut apabila melihat Ayana yang tiba-tiba menggeleng-gelengkan kepala itu. Mukanya sudah basah dengan air mata.
"Ayana" Elvis cuba menenangkan Ayana.
Ayana dengan pantas memandang ke arah Elvis. Tawa besar meletus.
"Abang nak tahu tak? Bell gila. Bell orang gila, Bell cintakan abang sendiri" Ayana terus ketawa kuat sebelum jatuh terduduk di atas lantai.
Tawa digantikan dengan tangisan.
Elvis sudah memeluk Ayana. Dia turut merasa sedih melihat Ayana yang teresak-esak menangis itu.
"Ayana cintakan abang" Ayana bergumam.
"Abang tahu. Jangan macam ni, tenangkan diri" pujuk Elvis.
"Ay tak nak hidup macam ni. Ayana sengsara. Ay tak suka makan ubat" Ayana mula memukul Elvis. Semua sebab Elvis!
Kalau perasaan itu tidak wujud pasti dia sihat sahaja sekarang ini. Dia tidak pernah minta perasaan itu wujud. Dia sudah cuba melupakan perasaan itu namun apabila mengetahui kebenaran bahawa dia bukan anak kandung dalam keluarga itu, perasaannya makin bercambah.
Elvis memaksa Ayana untuk melihat wajahnya.
"Ayana sayangkan abangkan?" Ayana pantas menganggukkan kepalanya.
"Ayana cintakan abang"
"Kalau abang nak ajak Ay kahwin dengan abang, Ay nak tak?" Tanya Elvis. Sungguh dia tidak pasti tapi entah mengapa keputusan itu keluar dari bibirnya.
"Ab.. abang cakap apa ni?" Tanya Ayana terkejut.
"Abang ajak Ay kahwin. Kitakan bukan adik beradik, jadi kita boleh kahwin kan?" Elvis tersenyum nipis. Melihat wajah Ayana yang makin tenang itu melegakan hati dia.
"Ayana tak nak" pantas Ayana menolak. Elvis sudah menjongketkan kening.
"Kenapa? Ay kata Ay cintakan abang?" Tanya Elvis.
"Ayana cintakan abang. Tapi Ayana tak nak jadi perampas. Tapi Ayana tak nak tengok abang bahagia dengan perempuan lain" air mata kembali mengalir.
Ayana sendiri tidak tahu dia mahukan apa. Dia keliru dengan perasaannya.
"Tak, Ayana bukan perampas. Abang yang ajak Ay kahwin. Abang dengan Misha dah tak ada hubungan" tipu Elvis.
"Betul?" Ayana terkejut. Elvis tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda ya.
"Ayana nak. Ayana nak kahwin dengan abang. Ayana nak tinggal dengan abang. Ayana nak cintakan abang. Ayana tak nak sorok perasaan Ay lagi" Kata Ayana bersungguh-sungguh. Tangan Elvis digenggam erat.
Elvis tersenyum kecil melihat wajah gembira Ayana. Benarlah kata papa, Ayana cintakan dia sampai sanggup sakitkan diri sendiri.
"Tapi abang ada syarat" wajah Ayana terus berubah.
"Ay kena janji Ay akan makan ubat. Supaya Ay cepat sembuh" Elvis memegang wajah Ayana lembut. Ini perempuan yang dia anggap adik selama ini. Rupanya mereka hanyalah sepupu.
"Abang terima Ayana? Ay sakit. Ay gila" Ayana kembali menangis.
"Ayana tak gila. Ayana masih kenal mana salah kan? Ay dah cuba lupakan perasaan Ay pada abang sebab kita adik beradik. Ay bukan gila Ay cuma keliru dan tak dapat kawal perasaan tu kan?" Pujuk Elvis. Dia tidak boleh menambah kekusutan di kepala Ayana.
"Ay sayangkan abang" Ayana terus memeluk Elvis erat.
Vote☘️
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA BUAT ABANG
RomanceDari kecil hidup bersama, tinggal serumah dan hidup sebagai adik beradik. Entah bagaimana perasaan cinta mulai tumbuh dalam diri. Ayana Bellinda dalam diam menyimpan perasaan terhadap abangnya itu. Perasaan itu cuba ditahan dan dipadam, namun benar...