Sebaik sahaja dia menutup pintu bilik Ayana, dia berpaling dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Ayana yang hanya memakai gaun tidur berwarna merah hati itu. Dari jauh dia dapat melihat lekuk tubuh Ayana. Liur ditelan, matanya tidak lepas dari memandang Ayana yang cepat-cepat membalut bahagian bahunya dengan tuala.
Tanpa berkata apa-apa, Ayana terus berjalan ke meja solek. Lotion dicapai sebelum dipicit ke atas tangan lalu disapu pada lengannya. Elvis pula masih tercegat di depan pintu. Setiap perbuatan Ayana yang sedang menyapu losyen itu dipandang dalam. Akal dan hati tidak sehaluan. Kalau ikutkan hati sekarang juga dia terkam tapi akal pula menghalang.
"Buat apa kat sini?" Tanya Ayana tanpa nada. Tuala yang melorot dari bahunya itu dinaikkan kembali.
"Kenapa? Tak boleh?" Elvis mendekati Ayana sebelum botol losyen direbut. Kini Elvis menyapu losyen pada bahagian belakang Ayana yang terdedah. Ayana hanya diam merenung Elvis melalui cermin. Hatinya bercampur baur.
Elvis menjatuhkan tuala dari bahu Ayana lalu menyembamkan mukanya dileher Ayana. Tangannya tidak lari dari mengusap lengan Ayana.
"Tepilah" larang Ayana sambil cuba melepaskan diri dari Elvis. Kalau dulu dia mahu sentiasa berada dekat dengan Elvis tetapi tidak untuk kali ini. Tidak selepas dia mendengar mengenai hal itu. Wajah Elvis direnung tajam. Inilah wajah-wajah penipu. Tapi inilah juga wajah orang yang dicintainya.
"Kenapa? Tak suka?" Duga Elvis. Entah mengapa Ayana didepannya ini seakan bukan Ayana yang selalu memandangnya dengan perasaan kasih dan cinta.
Ayana menjeling Elvis tajam sebelum dia berjalan ke arah penyangkut tuala. Tuala disangkut sebelum katil dituju. Elvis hanya memandang perlakuan Ayana yang kelihatan aneh itu. Baru sahaja Ayana mahu membaringkan diri diatas katil itu dengan pantas Elvis menarik tangan Ayana supaya kembali berdiri.
Tanpa sempat menolak Ayana sudah berdiri tegak didepan Elvis. Bahunya digenggam kemas oleh Elvis.
"Abang nak apa?" Bentak Ayana kasar. Elvis mengusap-usap bahagian bahu Ayana itu. Ayana sehabis baik mencuba untuk melepaskan diri.
"Kau gila seks kan?" Sergah Ayana. Elvis yang terkejut dengan kata-kata Ayana terus melepaskan bahu Ayana.
"Kau cakap apa ni?" Tanya Elvis tanpa riak. Ayana tersenyum sinis. Baru sahaja dia mahu berpaling Elvis mencelah.
"Bekas luka apa kat bahu Ayana?" Tanya Elvis masih tenang. Ayana tersentak. Tangannya laju menekup ke arah bekas luka di bahunya itu.
"Abang tanyakan? Jawablah"
Ayana hanya diam. Dia tidak ada jawapan untuk soalan itu. Tidak. Dia ada jawapan tapi dia tidak akan sesekali memberitahu Elvis.
"Aku tanyakan? Jawab!" Tegas Elvis. Tangannya sudah mencengkam rahang Ayana. Ayana pula tercengang. Sudah lama Elvis tidak berkasar dengan dia.
Deringan dari telefon Ayana menyentakkan mereka. Baru sahaja Ayana mahu mencapai telefon itu, Elvis kembali mencengkam rahang Ayana.
"Aku tanyakan? Kau tak ada mulut nak jawab?" Bisik Elvis jelas dan tegas.
"Luka.." sekali lagi telefon Ayana berdering dan dengan pantas Ayana menepis tangan Elvis apabila merasakan pegangan tangan Elvis melonggar.
"He..hello" jawab Ayana. Matanya sempat memandang Elvis yang masih memandangnya tajam.
"Damien!" Jerit Ayana teruja. Sudah lama dia tidak mendengar khabar dari Damien.
"Telefon Bell rosaklah, ni pun Bell baru buat sim card baru guna nombor lama tu"
Elvis hanya memandang Ayana yang sudah melabuhkan duduk di balkoni bilik itu. Akalnya berjalan memikirkan bekas luka dibahu Ayana. Dia kenal benar dengan bekas luka yang berbentuk seakan bulat itu. Dia juga ada beberapa bekas luka sebegitu. Apatah lagi Tuan Manaf yang sudah lama berkecimpung dalam bidang mafia itu. Tapi Ayana? Dia ligat berfikir dari mana datangnya bekas luka itu sedangkan selama ini Ayana dijaga rapi dari serangan musuh keluarga mereka.
"Aku pun rindu kau" Elvis terus memandang ke arah Ayana. Rindu? Elvis tersenyum sinis.
"Ak..aku pun.. tak sabar" Ayana menjawab dengan tergagap-gagap. Dirinya dihurung rasa bersalah.
"Damien, aku nak masuk tidurlah. Bye. Jumpa nanti" pamit Ayana. Dia tidak mahu berlama-lama berbual dengan Damien. Dia sebak mendengar celoteh Damien yang sudah tidak sabar untuk pulang memperisterikan dia.
Ayana masuk ke dalam biliknya itu tanpa berkata apa-apa. Bilik air dituju. Air mata ditahan. Elvis hanya membiarkan.
Keluar sahaja Ayana dari bilik air itu, wajah beku Elvis terpampang didepannya. Tanpa kata Ayana terus memeluk tubuh Elvis erat. Tangisan yang ditahan-tahan terlepas jua. Elvis yang masih mahu bertanya soalan terus tidak jadi. Spontan tangannya naik mengusap belakang Ayana.
"Abang.." panggil Ayana lembut. Wajahnya tersebek-sebek memandang ke arah Elvis. Elvis mengangkat kening. 'Apa?'
"Ceraikan Ay" pinta Ayana sayu. Elvis terus menolak tubuh Ayana supaya menjauhi dia. Dia tak salah dengarkan?
"Ceraikan Ay abang. Damien dah nak balik sini" tangis Ayana. Dia tidak tahan mendengar nada gembira Damien semasa berbual dengannya tadi.
"Ay dah gila ke?" Tanya Elvis keras.
"Ay memang gila. Tolong abang. Kasihankan Ay, ceraikan Ay sebelum Damien balik" rayu Ayana. Tangan Elvis digenggam erat. Berharap Elvis memahami keinginannya.
"Dulu bukan main lagi Ay nakkan abang. Sekarang bila abang dah jadi milik mutlak Ay, Ay nak abang ceraikan Ay pula?" Tanya Elvis penuh tanda tanya. Dia tidak faham dengan Ayana.
"Ay cintakan abang tapi Ay sayangkan Damien juga" Elvis terus membeliakkan matanya. Apa yang baru sahaja dia dengar ni?
"Damien baik dengan Ay, Ay tak nak Damien kecewa. Tolong Ay abang. Ceraikan Ay, abang pun bukannya cintakan Ayana kan?" Rayu Ayana bersungguh-sungguh. Elvis yang seakan panas mendengar rayuan Ayana terus menarik kepala Ayana. Bibirnya dibenam ke bibir Ayana.
Ayana pula menolak dalam tangis. Dia benar-benar diselubungi rasa bersalah. Dia sepatutnya menjadi isteri Damien bukan Elvis.
"Kenapa tolak abang? Abang suami Ay kan?" Tanya Elvis tegas. Wajah Ayana yang sudah basah dengan air mata direnung tajam.
"Dam.." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Elvis kembali membenamkan bibir mereka.
"Jom tidur" ajak Elvis. Tetapi Ayana tetap mengeraskan tubuhnya.
"Ceraikan..." Tak semena-mena tubuhnya diangkat dan dihempas ke atas katil.
"Ayana milik abang. Abang tak akan sesekali lepaskan Ayana pada orang lain" pesan Elvis sebelum menindih tubuh Ayana.
Ayana yang sedikit sebanyak terharu mendengar kata-kata Elvis itu akhirnya hanyut bersama Elvis.
~vote~
KAMU SEDANG MEMBACA
CINTA BUAT ABANG
RomansDari kecil hidup bersama, tinggal serumah dan hidup sebagai adik beradik. Entah bagaimana perasaan cinta mulai tumbuh dalam diri. Ayana Bellinda dalam diam menyimpan perasaan terhadap abangnya itu. Perasaan itu cuba ditahan dan dipadam, namun benar...