" Nah "
" Thanks , Jimin "
Jimin duduk disebelah selepas memberikan mug mengandungi coffee panas kepada Jihyo .
Jihyo menyisip pelan . Jimin memandang Jihyo dengan pandangan simpati . " Selalu kau datang dengan Jungkook " tutur Jimin mengimbau kembali kenangan sebelum ini ." Jungkook busy dengan kerja . Lagipun aku tak nak ganggu dia .
Dia nampak penat " balas Jihyo cuba memahami situasi suaminya . Sebelum ini keduanya selalu datang ke rumah Jimin untuk menziarahi eomma Jimin yang terlantar sakit .Jimin senyum .
Senyum yang dibuat-buat .
Bagi dia Jihyo terlalu naif .
Terlalu baik sehingga tidak menyedari apa yang sedang berlaku . Mahu sahaja dia memberitahu Jihyo hal sebenar . Tapi apabila nampak senyuman bahagia Jihyo , dia menyerah . Dia tidak mahu mematikan senyuman kawan baiknya itu apabila dia menceritakan hal sebenar .Senyuman ceria Jihyo terbentuk . " Oh ya , kau tahu kan harini birthday Jungkook . Kau rasa hadiah apa aku patut bagi ? sambil-sambil tu malam ni aku nak masak kan special untuk dia " tanya Jihyo memandangkan Jimin seorang lelaki . Jadi Jimin pasti lebih tahu .
" Entah , kau bagi jelah apa-apa . Dia suami kau kan . Macam aku pula isteri dia " Jimin berseloroh dihujung percakapannya .
" Aku dah habis fikir dah .
Tak tahu nak bagi hadiah apa . Kau kan lelaki .
Mesti kau tahu hadiah apa yang sesuai . Tolonglah aku " Jihyo mengoncang lengan Jimin . " Ish , kau ni .
Kau bagi jelah baju ke , jam ke , kasut ke . Banyak bendalah kau boleh bagi . Yang penting kau jangan bagi dress lah dekat dia . Lain jadinya " mengeliat geli Jimin apabila membayangkan Jungkook pakai dress ." Tak ada jelah aku nak bagi benda alah tu .
Erm , aku bagi jam jelah .
Kejap lagi aku pergi beli .
Thanks , Jimin bagi cadangan . Sayang kau " Jihyo mengujar ceria . Dia bangkit dan jalan masuk kedalam bilik eomma Jimin . Mahu jumpa sebelum balik .Jimin mengurut dahi .
Tersepitnya dia rasa sekarang . Dia kasihankan Jihyo . Wanita itu terlalu baik . Tidak layak Jihyo kena semua ini . Sampainya hati Jungkook melakukan sebegini . Wasiat tidak semestinya perlu ditunaikan ." Happy birthday , Jeon Jungkook "
Terserlah mekar senyuman Jungkook . Bouquet bunga yang diberikan oleh Sungkyung dia ambil . " Thanks , tak sangka awak buat suprise macam ni .
Mesti mahal kan kena bayar semua ni " makanan mahal diatas meja dia juihkan . Restaurant mahal pula tu ." Tak ada lah biasa je .
Untuk awak semua boleh .
Asalkan awak happy "" Sungkyung , awak ni memang tak pernah gagal ambil hati saya . Jom , makan " bouquet bunga dia letak atas meja di bahagian tepi . Kerusi dia tarik untuk Sungkyung duduk .
Sungkyung senyum lebar . Jungkook duduk berhadapan dengan Sungkyung ." Saya harap birthday tahun ni bakal menghadirkan semakin kuat sinar bahagia untuk awak . Saya tak nak tengok awak sedih . Kalau ada masalah apa-apa jangan lambat bagitahu saya . Saya sentiasa ada untuk awak " tangan Jungkook diatas meja dia pegang .
" Saya sepatutnya bagitahu macam tu dekat awak .
Ada masalah apa-apa bagitahu saya . Please , jangan pendam " balas Jungkook . " Saya okay je awak . Janganlah risau . Saya tak skip dah jumpa doctor " selepas teruk diserang penyakitnya sebelum ini , dia mula mengambil berat tentang dirinya ." Baguslah tu .
Ubat pun jangan skip "
Pesan Jungkook tidak mahu Sungkyung sakit lagi . Walaupun hakikatnya Sungkyung belum sembuh sepenuhnya ..
.
.
Jihyo melirik jam di dinding . Apron masih tersarung ditubuh . Makanan yang sudah terhidang atas meja dia pandang kosong . Jam sudah menginjak ke angka 12:00 malam . Tapi bayang Jungkook belum kelihatan .
" Mana awak ni ? "
Jihyo tertanya sendiri .
Dia duduk dimeja makan .
Banyak lauk pauk dia masakan khas untuk Jungkook bertujuan menyambut hari kelahiran suaminya itu . Bermacam kejutan yang dirancang .Dia juga sudah melaram habis secantik yang boleh untuk Jungkook . Berangan ingin menghabiskan sepenuh masa dengan Jungkook malam ini . Memberikan hadiah jam tangan serta dia bercadang mahu menonton movie dengan Jungkook .
Mahu mencipta memori indah bersama di hari kelahiran Jungkook . Tanpa dia sedar sekarang ini Jungkook sedang meraikan hari jadi bersama dengan Sungkyung . Berbahagia dengan Sungkyung .
Kotak jam tangan yang mahu dihadiahkan kepada Jungkook dia pandang sepi . Apakah malam ini tidak akan ada memori indah antara mereka ?
Kepalanya didaratkan atas meja . Mata sudah lali mengantuk . Kesudahannya Jihyo tertidur disitu menanti sang suami .
KLEK !
Pada pukul 2:00 pagi baru Jungkook sampai di rumah . Langkah sahaja kaki kedalam , matanya tertajap kearah Jihyo di ruang makan . Isterinya itu sedang tidur disitu . Jungkook menghampiri . Banyak makanan terhidang diatas meja serta . . .
Kek birthday bertulis namanya . Perasaan bersalah hadir dihati Jungkook . Tidak dia jangka Jihyo akan buat semua ini . Mahu memberikannya kejutan kepadanya .
Jungkook duduk diatas kerusi mengadap isterinya itu .
" Jihyo "
Bahu sang isteri ditepuk pelan . Jihyo yang mula sedar bergerak-gerak. Mata terpisat-pisat . " Kenapa tidur dekat sini ? "Jihyo duduk tegak .
" Awak dah balik ?
Saya tunggu bie "" Mianhe , bie ada kerja dekat pejabat . Banyak kerja " ujarnya memberi alasan seraya buat-buat mengurut belakang tengkuk . " Kesiannya , mesti awak penat kan . Gwenchana , sayang faham bie banyak kerja " balas Jihyo cukup memahami .
" Dah , jom tidur dekat atas . Sakit badan tidur dekat sini " Jungkook bangkit dan jalan ke tangga . Jihyo yang baru teringat ambil kotak hadiah dan lari anak mendapatkan Jungkook .
Jungkook dipeluk dari belakang ." Happy birthday , bie "
Ucap Jihyo bahagia . Jungkook mengeras . Tindakan Jihyo menghadirkan rasa bersalah berkali-kali dihati Jungkook . Jihyo langsung tidak marahkannya . " Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia , bie .
Saya sayang awak sangat-sangat " Jungkook dipeluk erat .Jungkook meleraikan pelukan Jihyo dipinggangnya . Dia pusing mengadap Jihyo .
" Thanks , sayang .
Tapi mianhe saya penat sangat . Kepala ni pening-pening . Mianhe tak dapat sambut birthday dengan sayang . Thanks untuk kejutan . Bie naik dulu " pipi Jihyo diusap perlahan . Dia pusing melangkah naik ke tingkat atas ." Bie "
Jihyo memanggil perlahan manakala Jungkook sudah pun masuk kedalam bilik . Airmuka Jihyo berubah sedih . Dia cuba untuk faham situasi Jungkook . Tapi dia sedih kerana tidak dapat sambut birthday Jungkook .Mata tiba-tiba berkaca .
Sedih apa yang di idamkan tidak seperti yang dirancang . Jihyo melangkah naik . Menyedari sahaja kehadiran Jihyo , Jungkook terus pusing dan menyorok telefon bawah bantal . Dia sedang berbalas mesej dengan Sungkyung .Jihyo masuk dengan raut wajah sedih . Kotak hadiah Jungkook dia letak atas meja solek . Jungkook yang sedang tidur membelakanginya dia pandang . Fikirnya suaminya itu terlampau kepenatan dengan kerja . Dia perlu faham .
Jihyo mengambil tempat sebelah Jungkook .
" Happy Birthday , suamiku " ucap Jihyo perlahan tapi dapat di dengari Jungkook yang pura-pura tidur . Jihyo berbaring . Malam itu dia tidur dengan hati yang merasa sedih . Semoga sahaja selepas ini segala perancangan berjalan dengan lancar .
...
BERSAMBUNG .
YOU ARE READING
𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙏𝙚𝙧𝙩𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝 | 𝙅𝙐𝙉𝙂𝙆𝙊𝙊𝙆 ✔︎
Randomkesetiaanku yang kau sia-sia kan , kelukaanku yang kau tabur berkali-kali .