08

397 56 36
                                    

7 BULAN KEMUDIAN

" Sayang . . "
Sayup-sayup suara Jungkook dari bawah memanggil Jihyo .
Dia baru sahaja pulang dari berjumpa Sungkyung .
Wanita itu 100% sudah stabil dari penyakit buah pinggang selepas ada insan begitu mulia mendermakan sebelah buah pinggang kepadanya .

Jihyo yang sedang berbaring dengan perut memboyot bangkit . Kesakitan yang dialami begitu tidak terperi . Hidup dengan sebelah buah pinggang . Dengan keadaan sarat mengandung . Muka yang begitu pucat .

Sampai sekarang dia tidak menceritakan kepada sesiapa tentang dirinya yang mengidap barah otak dan dialah yang mendermakan buah pinggang kepada Sungkyung . Apabila Jungkook atau keluarga bertanya kenapa dia tampak begitu pucat . Jihyo berbohong dia kepenatan kerana berbadan dua .

Jimin juga tidak mengetahui akan hal itu .
Dia juga tidak mengesyaki apa-apa dek kerana fikirnya Jihyo pucat dan penat kerana mengandung .

Disamping itu , Jihyo berkeras mahu meneruskan kandungan . Dia akan menyesal seumur hidup andai mengugurkan kandungan kerana itu adalah impian semua wanita . Mahu memiliki zuriat sendiri . Tidak perlu ambil anak angkat . Jihyo mahu rasa menjadi seorang ibu .

" Sayang , ni saya ada belikan kimbap kegemaran awak ni " Jungkook menapak masuk kedalam . Dia duduk sebelah Jihyo . " Awak pergi melawat Sungkyung ? " soalan Jihyo membuatkan Jungkook terdiam sejenak . Rasa bersalah dengan isterinya itu .

" Mianhe , sayang "

Jihyo senyum .
" Gwenchana , saya faham "
Mulut mengatakan faham .
Tapi hatinya tidak .
Jihyo perlahan-lahan memeluk Jungkook . " Thanks , bahagiakan saya .
Thanks , jadi suami saya " tutur Jihyo lembut .
Raut wajahnya berkerut menahan sakit dikepala dan pinggang .

Jungkook membalas pelukan Jihyo . " I love you , sayang . Maafkan saya diatas semua kesilapan saya .
Saya telah korbankan awak .
Tidak sepatutnya saya buat macam tu . Saya sayangkan awak sangat-sangat "

Jihyo tersenyum dengan setiap kata-kata Jungkook .
Luahan yang cukup ikhlas .
Walau sakit .
Tapi Jihyo tetap bersyukur kerana hati Jungkook ada dirinya .

Jihyo meleraikan pelukan .
Tangan sang suami dipegang .
" Bila saya tak ada nanti .
Please , jaga anak kita " pinta Jihyo bersama airmata yang bertakung . Jungkook geleng laju . " Ani ani , saya nak jaga anak kita dengan awak . Apa awak cakap ni ? saya yakin awak dengan baby akan selamat . Mungkin awak cakap ni sebab ini kali pertama bagi awak .
Tapi saya yakin awak boleh sayang "

" Saya tak nak jaga anak kita sorang-sorang " Jungkook membantah kata-kata isterinya itu . Dia tidak sanggup kehilangan Jihyo . " Ani , saya cuma berpesan .
Kita kan tak hidup untuk selamanya . Setiap manusia pasti akan pergi . Tak salah kan saya cuma berpesan ? "

Airmata Jungkook mengalir .
" Jangan tinggalkan saya "
Kucupan lama singgah dibibir Jihyo . Jungkook menyesal .
Menyesal akan yang dia buat sebelum ini . Tapi jujur dia sayang dan cintakan Jihyo .
Tidak bersedia lagi dia mahu kehilangan Jihyo . Dia mahu membahagiakan Jihyo selepas dia melukakan hati isterinya itu .

Mahu menebus segala kesilapannya .

Kucupan dileraikan .
" Jom , saya nak jumpa eomma " pinta Jihyo mahu kerumah eomma Jeon dan berjumpa dengan eomma nya Puan Song .
" Tapi kita makan dulu ya .
Awak kan kata nak kimbap "
Sebekas kimbap diatas meja dia ambil mahu suapkan kepada Jihyo .

" Kita bawa lah .
Kita makan dengan eomma .
Mana tahu nanti tak sempat "
Ujar Jihyo .
Ayat terakhir dia ucap perlahan .
Tidak di dengari oleh Jungkook yang sedang membuka bekas kimbap .

" Arra , kita makan sama-sama dengan eomma .
Awak larat tak jalan ni ? "

" Tak apalah kalau tak larat awak dukung " seloroh Jihyo membuatkan Jungkook tergelak .
" Boleh je sayang .
Awak nak saya dukung sekarang pun boleh "

🎉 You've finished reading 𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙏𝙚𝙧𝙩𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝 | 𝙅𝙐𝙉𝙂𝙆𝙊𝙊𝙆 ✔︎ 🎉
𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙏𝙚𝙧𝙩𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝 | 𝙅𝙐𝙉𝙂𝙆𝙊𝙊𝙆  ✔︎Where stories live. Discover now