Prolog

710 45 1
                                    

3 Tahun lepas.

Suasana kafe yang tadinya tenang kini penuh dengan bisikan-bisikan pelanggan.

"Apa U cakap? Nak putus? Dengan i?" Si jejaka menyoal dengan sinis.

"Yes, i nak break dengan u. Tolong lah faham. I dah tak boleh teruskan dengan u. " Si gadis tanpa rasa bersalah menyedup Iced Latte tanpa memandang muka si jejaka

"What a joke Sophie, bukan ke U yang beria nak kan i dulu? Now tak sampai beberapa bulan, u nak putus? Why? " si jejaka tajam memandang si gadis yang dipanggil Sophie.

"Ya, itu sebelum i couple dengan u. Tapi selepas i dengan u, i rasa yang i tak layak untuk u." Sophie tersenyum. Tapi tak manis lah sebab gaya dia dah macam sikit je nak berjoget kalau jejaka tu setuju untuk putus.

"Tu je ke reason u nak putus dengan i? " si jejaka kelihatan tenang menyoal.

"You are too perfect, semua tentang u sempurna, i takut kalau i kahwin dengan u, i failed u. " Sophie menayang muka sedih. Sedih lah kot.

"Bullshit!" Si jejaka menjeling.

"What? You curse? " si Sophie terkejut beruk. Betul lah tu macam beruk, sebab muka tebal dengan make up tu dah berkerut seribu.

"Yes, i am, and you know what, i don't fuckin' care about your bullshit! U nak putus dengan i, go ahead. Sikit pun i tak kisah. Silakan. " si jejaka tenang berkata sambil menyilangkan tangannya ke dada. Sinis senyuman diberi.

"What, i thought u akan- "

"Apa? U ingat i akan merayu suruh u stay? Lambatttt lagi."

"Erghhhh, You!" Sophie bangun dengan kasar sambil jari telunjuknya yang panjang dengan kuku yang diwarnakan hitam , sehitam hatinya mungkin menunding ke muka si jejaka.

Si jejaka hanya memandang tajam.

"Fine! Kita putus! I dah tak nak tengok muka u, bye!" Sophie menghentak stiletto merahnya kasar. Lah, kesian lantai tak bersalah tu, jangan berlubang sudah.

"Wait!" Panggil si jejaka. Eh tak jadi putus ke?

"I knew it, u tak sanggup nak putus dengan i kan?" Terkedek-kedek si Sophie mendekati si Jejaka.

"In your dream! Cincin tu bagi balik, isn't it what you supposed to do? Pulangkan cincin kalau nak putus? Bagi cepat!" Dengan malas si jejaka berkata.

"What! You nak balik cincin ni? Tapi-" Hah gelabah pulak si Sophie ni.

"Tapi apa tapi, of course i nak balik. I beli cincin tu dekat Paris, special untuk tunang i, but since u nak putus, pulangkan balik sebab u bukan tunang i dah." Bravo brother! Mantap.

Sophie merentap kasar cincin dari jari manisnya. Disuakan kepada jejaka. Tetapi si jejaka hanya memandang cincin yang disuakan Sophie tanpa berniat untuk mengambilnya.

"Kenapa tak ambil?" Sophie menyoal dengan muka tak puas hati.

Si jejaka mengetuk meja dengan jari telunjuknya beberapa kali.

"Letak sini, and you may go." Si jejaka berkata sambil menjongketkan keningnya.

Sophie merengus kasar sebelum menghempaskan cincin itu ke meja. Kemudian laju dia meninggalkan kafe.

Si jejaka tersenyum. Dia mengambil cincin tersebut kemudian melambungkan ke udara beberapa kali sebelum berhenti dan mengangkat tangannya seolah-olah ingin membuang cincin tersebut ke tong sampah.

Lah, jangan dibuang. Tak nak bagi aku. Boleh jual.

Si jejaka memandang sekeliling kemudian matanya terhenti pada seseorang. Tangannya menggamit memanggil.

Ehh, dia panggil siapa tu nyah?

Apabila seseorang tersebut tidak berganjak, si jejaka bangun mendekatinya.

"I was calling you miss."

Lah dia panggil aku ke. Gelabah kejap.

"Err, maaf encik saya tak tahu encik panggil saya. Ada apa saya boleh bantu?" Perghh skemanya ayat aku. Senyum sis senyum. Pelanggan bawa untung.

"Yes, give me your hand." Si jejaka tersenyum manis.

Alahai jangan lah senyum macam tu bang. Cair dah ni.
Ehh kejap, apa dia cakap tadi? Tangan? Tangan siapa?

"Hah? Tangan siapa? Sini tak jual tangan" kau merepek ape ni.

Si jejaka ketawa macho.

Ape ni, tadi senyum dah manis, sekarang gelak pun macho.

Aku mengetuk kepala ku, kuat juga sebab aku rasa pening tetiba.

"Ehh , are you okay? Kenapa ketuk kepala tu? " si jejaka kelihatan risau.

"Ohh ya, saya okay. Err apa encik cakap tadi? Encik nak tangan? " Confirm kan sekali lagi. Kalau betul aku nak bagi tangan aku, mana tahu dia nak penampar aku untuk sedarkan dia dari mimpi yang tak seberapa nak buruk tu.

"Ya. I nak tangan u " Dia tersenyum, nampak lesung pipitnya yang dalam di kedua pipinya.

Aku terkaku sesaat sebelum laju menggeleng kepala. Kau dah kenapa sistur. Hensem teruk ni, sampai aku pon sangkut.

Dia menarik tangan aku apabila melihat aku yang dari tadi angguk-angguk geleng-geleng.

Dia membuka tapak tangan aku kemudian meletakkan sesuatu di atasnya.

Shingg-

Fuhhh silau. Apa benda ni nyah.

"Ehhh. Kenapa encik bagi cincin ni dekat saya?" Dah kenapa dia bagi cincin tunang dekat aku? Tak kan dia nak aku jadi tunang dia pulak. Ah kau, berangan tak sudah.

"Cincin ni i hadiahkan dekat u. Terpulang sama ada u nak simpan or jual. Bye , have a nice day." Sejurus itu terus si mamat itu menghilangkan diri.

"Hah? Ehhh encik, encik? Lah hilang." Aku memandang cincin tersebut. Cantik dan sangat eksklusif , patut lah si Sophie tu macam berat hati nak lepaskan cincin ni.

Apa aku nak buat dengan cincin ni ehh. Kalau jual confirm masyuk. Tapi kalau mamat tu mintak balik macam mana. Tapi dia dah bagi aku, buruk siku dia kalau mintak balik kan. Hehe, untung aku hari ni, dapat tengok drama eksklusif, dapat cincin eksklusif dan paling penting dapat bercakap dengan mamat eksklusif. Hahahaha.

"Woi. Kau dah kenapa gelak macam tu." Pekerja kafe yang ku panggil Kak Jie menegur aku.

Ohh aku tergelak kuat ke. Ingat kan dalam hati je tadi.

"Hehe, Kak Jie, tak ade ape-ape. Tak kan gelak pun tak boleh?" Aku senyum senget.

"Masalahnya, ape yang kau gelak? Ape yang lelaki tu cakap dengan kau?" Kak Jie mencekak pinggang, matanya bulat memandang aku.

"Ohh , alah, dia cakap jangan sibuk hal orang." Aku memusingkan badan.

"Ye ke, tak kan lah dia cakap jangan sibuk hal orang pastu gelak-gelak. Kau jangan nak tipu akak." Kak Jie menyepetkan matanya.

"Ye kak. Betul dia cakap macam tu. So sekarang saya nak pergi buat kerja, tak baik tau sibuk hal orang. Bye!" Laju aku melepaskan diri daripada Kak Jie. Bukan apa dia tu kaki gosip. Nanti sampai kesudah dia ajak bergosip.

Petang itu , aku ingatkan hari akan berlalu dengan gembira. Rupanya, kesedihan menanti.

-Bersambung-

Dear_XYZ♡

Dear Mr. Hot and Cold[OG] ON HOLD!Where stories live. Discover now