Chapter 17 - Si gadis bermata hijau

82 10 0
                                    

Jam 8 malam Iqie tiba di hadapan rumah Ellyn. Beberapa minit kemudian, Ellyn muncul bersama senyuman manisnya.

"Hai Shuai Ge." Ellyn menegur Iqie sebaik masuk ke dalam kereta BMW merah Iqie.

"Hai." Jawab Iqie pendek.

"Wah, hensemnya Shuai Ge Ellyn ni. Baru balik dating ke?" Ellyn mengajak bergurau. Dikerdipnya mata berkali-kali sambil mendekatkan muka kearah Iqie.

"Banyaklah kau. Pakai seatbelt!" Tegas Iqie mencantas.

Iqie mula memandu selepas Ellyn memasang tali pinggang keselamatan.

"Ge, bila Ellyn nak dapat kakak sepupu ipar ni." Ellyn sengaja mengusik Iqie.

Iqie diam tidak menjawab, tumpuan diberikan pada pemanduan. Malas mahu melayan kerenah Ellyn.

"Ge... Hello? I'm talking to you." Ellyn mencuit-cuit bahu Iqie.

Iqie membuka compartment di antara tempat duduk pemandu dan penumpang, mengeluarkan sesuatu darinya  lalu diberikan kepada Ellyn.

"Ehhh, hadiah untuk Ellyn ke ni." Ellyn teruja.

"Hmmm." Iqie menjawab.

Ellyn membuka kotak tersebut, seutas gelang tangan berjenama Swarovski.

"Cantiknya, pandai ge pilih." Ellyn memuji Iqie.

"Staf situ yang recommend." Balas Iqie.

"Ge cakap nak belikan untuk siapa? Girlfriend?" Ellyn tersengih.

"Cakap nak belikan untuk adik yang banyak songeh ni." Iqie menjeling.

"Xie xie ni wo de shuai ge ge. Wo ai ni oo.( Terima kasih abang hensem ku. Sayang abang." Ellyn memberi flying kiss.

Kening Iqie berkerut, muka geli ditayang.

"Nak makan kat mana ni?" Seketika Iqie bertanya.

"Mana-mana je Ge nak. Ellyn okay je. Ge nak makan apa?" Ellyn bertanya kembali.

"Eh budak ni. Orang tanya dia, dia tanya kita pulak." Iqie menjeling.

"Wahai abang ku yang hensem lagi baik hati, dengar sini baik-baik." Ellyn mula bernada serius.

Kening Iqie terjungkit. Namun dia hanya diam mendengar, mahu melihat apa telatah Ellyn kali ini.

"Jangan banyak tanya dekat perempuan kalau pasal makanan. Sebab perempuan ni memang complicated kalau pasal makan. Dia lapar tapi tak tahu nak makan apa.  Haa, kalau macam tu-" Ellyn mula membebel.

"Kalau macam tu apa lagi, patah balik. Tak payah makan, habis cerita." Iqie berpura-pura memberi signal untuk berpatah balik.

"Ehhh. Jangan lah , red flag lah ge ni.. Ellyn baru je nak bagi tips." Ellyn memeluk tubuh.

Iqie menahan gelak. Pemanduan diteruskan.

"Red flag eh.. Macam tu je kau labelkan Ge red flag.. Am i a walking red flag to you? Am i a man that women should avoid? Is that how girls.. no women define me?" Iqie tersenyum sinis tiba-tiba. Sengaja menduga Ellyn.

"Alah dia ni, orang gurau je.. Sentap pulak.. Sorry lahh. Ellyn tarik balik okay.. Shuai Ge Ellyn ni lelaki yang terpaling Green flag Ellyn pernah kenal." Ellyn membuat muka comel. Dalam hati Ellyn mengakui. Ellyn cukup kenal dengan sepupunya ini. Cukup Ellyn katakan perempuan-perempuan yang pernah menjadi kekasih sepupunya itu sangat-sangat rugi kerana telah melepaskan peluang untuk menjadi isteri yang dimiliki dan disayangi oleh seorang lelaki bernama Iqie Arrayyan.

"So.. Nak makan dekat mana? Jawab betul-betul. Kalau tak memang aku hantar kau balik rumah macam tu je." Iqie menjeling.

"Hehe.. Italian food lah. Ellyn nak makan dekat Positano." Ellyn menepuk tangan.

Dear Mr. Hot and Cold[OG] ON HOLD!Where stories live. Discover now